Explore

“Biar diorang explore kehidupan ni. Kalau kecik-kecik kita dah atur sangat hidup dia, hingga memusnahkan zaman kanak-kanak dia, nanti besar dia jadi dungu. Sebeb kecik-kecik dah diajar untuk belajar-belajar-belajar….sampai sudah tak habes. Bila keluar dari universiti, tengok result punya gempak, tapi bila nak suruh bercakap, fail. terkebil-kebil bila orang tanya.”

kita bukan nak keluarkan individu yang dungu. yang tak mampu untuk berfikir bila kena buat sesuatu. atau mungkin juga tahu, tapi tak berupaya meluahkan perkara sebenar. atau melawan, atas alasan, tak biasa tak pernah diajar untuk buat lagu tu. dan mungkin juga atas sebaris ayat, “saya yang menurut perintah”.

Kenapa ye, ramai taknak berfikir? Sekadar ikut tanpa sebab peraturan yang dunia ciptakan? Sedangkan, kalau peraturan yang Allah ciptakan, semua nya nak cari sebab musabab Allah buat tu, Allah buat ni.

Patut tak ramai orang yang dapat ambil pengajaran dari apa yang Allah ciptakan kan?

alhamdulillah. Sebab Dia memberi peluang pada hati yang Dia pegang ini untuk lebih berfikir. lebih menyoal. Bukan macam dulu. Just follow the flo. atas alasan, malas nak ambil kisah.

budak-budak.

benda kecik pun suka besar-besarkan.

macam budak-budak.

 

heh? siapa?

aku.

 

orang tua tak sedar diri.

berperangai macam budak-budak hingga lupa diri,

orang tu yang hampir nak mati.

 

kasar, memang.

biar sentap dalam hati,

sedar diri tu dah nak mati.

Tayang

Cerita itu cerita lama.

kalau sekadar untuk menyakitkan, kenapa perlu diulang tayang?

 

tapi, kata hati yang lain,

ulang tayang kenangan itu untuk peringatan.

Saat terlupa, mungkin ia hadir.

Bukankah peringatan itu berguna untuk orang-orang yang berfikir?

 

”Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.” [Riwayat Bukhari & Muslim]

 

Kalau tak kerana Allah kuatkan kaki pada stand sekarang, mungkin dah lama jatuh ke dalam kisah itu.

Ia tak sukar, kerna peluang untuk berundur sentiasa ada.

 

tapi, itu bukan jalan kembali.

Takpe, sakit ini sekejap untuk jadi bukti di akhirat nanti.

 

untukmu serikandi umar.

19:15. Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan, dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali.

“Sanah Helwah Ukhti. Moga terus laju melangkah di jalan ini. ❤ (20:31 teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia).” [september 11, 2011]

  • Salam
    rasa2 akak kenal awak x??
    kalau xkenal pun kita taaruf la
    hehehe
    saudara semuslim kan  [october 20, 2010]

Hari ini, Jun 27, 2012. Hari pertama bertemu murobbi. [Jun 27, 2010.]

Hari ini juga, hari lahir seorang kakak yang lain. Dia yang selalu saya bercerita selain murobbi sendiri. Sehingga kadang-kadang, murobbi akan tanya macam ni bila saya tak betul weng weng, “Ada cerita ngan [serikandi umar] tak?”

First time jumpa, dekat Fateh lama. Di mana waktu tu, first time pergi daurah. First time jumpa orang yang sangat ramai. Dan, dia orang pertama yang saya jumpa bila masuk rumah tu, tengah sediakan kubis untuk masak. and the taaruf pun bermula. 

Sedar tak sedar, agak lama juga berkenalan dengan dia. Saat bertatih. Saat berlari. Saat merangkak. Jatuh bangun. Penat. Tension.

orang yang selalu nasihat. orang yang selalu tegur. orang yang selalu bagi taujihat.orang yang layan ngada2 saya (dengan murobbi takleh buat camtu, dia tak layan sangat.=p)

satu je doa saya untuk dia, di hari lahirnya yang ke …… tetttttt.

“Moga Allah bagi kekuatan untuk akak untuk terus thabat di jalan ini. tak kira, dalam keadaan berat atau ringan. berlari atau merangkak. Moga Allah bagi kekuatan.” 

 

Saudaraku,

Ada orang-orang yang memiliki kekuatan ruhani seperti itu. Ada orang-orang yang bisa memberi kesejukan dalam diri kita. Mereka adalah orang-orang yang selama ini ada dan berjalan bersama-sama kita di sini, di jalan menyebarkan dan mengajak pada kebaikan, halan yang te;ah ditempuh para Rasul dan pada Nabi. Mesti mereka tidak sebaik generasi para sahabat, para tabiin dan para salafushalih tetapi pancaran wajah mereka bisa membuat kita luluh. Mesti mereka tidak setingkat dengan para salafushalih, namun kata-kata mereka bisa membuat hati menjadi lembut.

 

[berjuang di dunia, mengharap pertemuan di syurga.]

 

Sanah helwah, ukhtiku. =) sayang, dua-dua.

p/s: jarang tau saya buat tribute untuk orang macam ni. jangan tanya saya apa hadaf saya tulis ni. aha. =p

Meh, sentap sikit.

Sentap 1: Kalau tak kerana kesabaran seorang murobbi tu, mungkin dah lama murobbi awak tinggalkan awak. So, kiralah sebanyak mana sabar awak terhadap murobbi awak kalau sikit-sikit nak frust. Sikit-sikit nak frust. Apa kessss.

Sentap 2: Dakwah dan tarbiyyah ni dah banyak mengeluarkan tenaga, duit, masa, usaha untuk membentuk seorang mutarabbi yang boleh membentuk mutarabbi yang lain. Agak-agak diri tu rasa lemah, rasa nak berhenti, rasa penat, tanyalah balik pada diri, semua yang dikorbankan untuk membentuk seorang diri awak tuh, berbaloi atau tak? heh?

Sentap 3: Setahun ikut tarbiyyah dengan perjalanan yang betul, sudah mampu menghasilkan seorang yang boleh bergerak. Bukannya tak pernah dengar lagi Shahadatul Haq kan? So, kalau diri awak tu tak bergerak-gerak lagi, maknanya tak faham-faham lagi lah tuh kenapa awak ikut tarbiyyah.

Sentap 4: Orang yang ditarbiyyah, mana ada buat sesuatu perkara untuk tujuan suka suki sagu hati dik oii. Dah lupa ke KI (Khalifah/Ibadah) yang awak dengar berpuluh-puluh kali dah dalam Ini Story Kita sejak awak mula-mula ikut tarbiyyah lagi?

Sentap 5: Redha itu pahala, tak redha itu jawab sendiri dengan Allah.

JOM! Serang diorang.

“Kakak, adik. jom pergi sekolah depan. Bosan lah. Serang budak-budak best jugak. Serangan bermanfaat.” Angkat kening.

“Layannnn.”

 

***

Prepare habes. Video tiga bijik. Speaker, laptop. Pertama kali dalam hidup. Shesh. Sungguh cuak melampau. Seharian kerja kat kolam renang, malam tu serang diorang. Hanya minta kekuatan dari Allah. Tapi dia rasa perasaan itu tidak sepenuhnya. Mungkin itu yang merosakkan segalanya ketika serangan.

***

Waktu sebenar, segala kata yang disusun, hilang lesap entah ke mana. Mungkin mencari pemilik sebenar ilham tersebut. Kematian kata-kata, hingga mengulang ayat yang sama.

Ada setengahnya, tidak jelas dengan apa serangan yang dilakukan. Faktor umur mungkin. Muka-muka yang innocent. Terinsap sendirian yang aku, si penulis, selaku si penyerang melihat mereka. Bersungguh-sungguhlah!

Refleksi selepas serangan:

1) Aku, si penulis sangat serius. (kata seorang adik. Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan untuk senyum.)

2) Tanyalah. Tanyalah pendapat mereka yang lebih berpengalaman berinteraksi dengan adik-adik sekolah menengah. Dan aku, si penulis akhirnya sedar bahawa aku tak mempunyai skills komunikasi a.k.a men’df’ adik-adik sekolah menengah.

3) Tajuk. Kata Kakak dan Adik bulatan gumbira, tajuk tersebut berat sangat. Owh. Aku yang tersyok sendiri. heh.

4) Tawakkal. Sikap yang ada pada diri si penulis, bila dia dah prepared segala bagai, dia akan bajet sikit. Lupa untuk tawakkal sepenuhnya. Yakin sangat dengan diri pun bahaya jugak. Ingatlah, hati itu….Allah yang pegang. Segalanya pun milik Dia.

5) Taubat banyak-banyak. Yeah, aku si penulis seharian berada di kolam renang. Jadi pegawai teknikal. Tak tahu macam mana nak tundukkan pandangan dah. Tengok mana-mana pun sama. Sekarang ni, masih risau dengan status hafazan aku. Dosa yang dikutip mampu melupakan ingatan.

Well, itu langkah pertama. Mulanya aku rasa aku perlu mengalah. Sebab kesian pada adik-adik sebab tak faham apa yang aku cakap. Kira macam down ar agak dalam hati.

Tapi, itu hanya seketika. Lepas brainwash diri, aku rasa kalau takda langkah pertama, takkan ada langkah kedua. Sebab tu orang kata, kalau kau tak mampu nak tinggalkan rokok, awal-awal lagi jangan cuba untuk merokok.

Dan, harapnya, langkah pertama itu langkah yang mencetus semangat, bukan langkah yang memandulkan pergerakan. Tahu?

Owh, sebelum serangan dibuat, aku, si penulis mestilah memaklumkan terlebih dahulu bos-bos yang atas supaya mereka tahu bahawa aku sedang menjajah dan yang pastinya, untuk meminta sedikit himmah lah. Gamaknya takleh minta dengan Allah dulu ke Si Penulis???? =_=

dush. dush. dush.Tembakan dan serangan akhirnya menyerang aku untuk aku bertahan. supaya lebih kuat. Senyum.

She. and he.

“Bersepahnya meja. Mesti korang budak laki yang makan kan tadi nih? Perempuan jugak yang kena kemaskan Bersihkan. Memang korang takleh hidup eh tanpa perempuan?”

“Hey, sejak bila kau pandai membebel ni?”

“Sejak aku jadi perempuan.”

 

***

“Mail, mintak tolong tengokkan kereta aku boleh tak? taknak hidup lah.”

“Alah, kalau taknak hidup, tanam je lah. apa susah?”

“Main kasar.”

“Perempuan, memang takleh hidup tanpa lelaki eh?”

 

***

3:14. Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah  kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

Fitrah. Lelaki pasangannya perempuan, dan sebaliknya. Itu fitrah.Takkan nak tolak hukum Allah Allah ciptakan? Takyah tanya siapa memerlukan siapa, yang penting keduanya diciptakan suka sama suka. Pada siapa, itu Allah dah atur.

Tapi, takkanlah sebab itu fitrah, kau, jadikan alasan untuk bercengkerama dan berasmaradana di bawah langit Illahi ni? Halal takpe, Allah redha, Allah pun sayang, masyarakat pun sayang, tapi ini hal bukan yang status halal.

Kalau bab makanan, halal haram priority kooot. Tapi bila keluar dari bab makanan, terus buat dono uno je kan?

heh. duk pusing-pusing kata, tak kemana juga kalau kata itu hanya jadi simpanan dalam akal. tak diluahkan padahal Allah dah kasi ilham. apakah sekadar nak tengok jer? heh. kamu, bekerjalah dengan praktikal. bukan dengan teori. teori tu tak mampu bawa kamu ke tempat yang lebih baik.

falsampah, takkan berakhir kalau tak ditegah.

Mengapa?

Mengapa pujianku pada Allah membumbung tinggi?

Kerana Dia memisahkan penderitaan dari pengetahuan.

[Johann Wolfgang von Goethe]

 

Tersuka pada cetusan puisi ilham Pencipta terhadap ciptaan-Nya. 

Kala hati masih lagi menerima rawatan, datang pula virus menyerang, merobek kembali hati yang hampir suci.

Sungguh, ibarat hati itu bagai tak pernah dikenali walau zahirnya hampir 24 purnama.

Aku yang kesakitan, mencari Dia untuk mengubati duka sepi di hati.

 

Sakit dan Tenang, takkan mungkin bersama.

Bismillah..

Buat kamu..
Kamu yang dadanya tengah sempit,
Dihimpit mujahadah lillah.
Kamu yang nafasnya tengah sesak,
Yang fikiran nya tengah kacau,
Yang hatinya tengah pedih,
Kamu yang jiwanya tengah berombak,
Bahunya tengah terbeban,
Sampai matamu layu.
Kamu..yang hampir terkulai,
Yang langkahnya makin perlahan,
Yang menangis di waktu malam,
Kerana waktu yang semakin menekan.
Yang..hampir hilang segala kuasa.
Kamu yang mencari jalan,
Yang mencari jawapan,
Yang mencari kekuatan,
Yang mengintai harapan.
Kamu..
Buat kamu yang hampir tewas,
Dan genting menunggu satu pautan,,
IHFAZILLAH YAHFAZKA.
IHFAZILLAH YAHFAZKA.

Jagalah Allah..Dia akan menjagamu.

Harapnya sakit ini untuk seketika. Kerna hati ini tahu apa penawarnya. apa sebabnya. hati ini tahu. bertahan dan bermujahadah sangatlah sakit. Terpaksa menahan amarah dari hati yang terbiasa melempiaskan tanpa ambil kira perasaan orang. sukar rupanya.

kesakitan ini, dia harap jadi saksi, jadi bukti dia pernah cuba untuk bermujahadah, kerana dia tahu. marah itu datang dari nafsu, datang dari emosi, bukan dari hati yang suci.

perit, tambah lagi bertahan daripada melukakan hati yang dicintai.

Setiap benda bukannya Allah mudahkan, tapi Allah teguhkan hati, yang akhirnya membawa kepada penilaian sesuatu perkara tersebut mudah.

well, frankly said, “Allah know us better. Tell Him, insyaAllah, He’ll help. Kerna Dia.”