sedetik.

dalam keadaan sunyi dan sepi. 

kita tak keseorangan. 
ada Tuhan yang memandang. 

buatlah apa sahaja, 
tetap tak boleh lari dari hukum Tuhan. 

——-

futur dalam kenikmatan. 
bahagia dalam penderitaan. 

taman.

kalau dosa pun ditayang tanpa rasa segan, 
apa yang tinggal untuk dibualkan dalam sujud malam bersama Tuhan? 

biarlah dosa itu, modal engkau dan Allah. 

tak perlu diungkap,
tak perlu ditayang, 
tambahan pula dijaringan. 

kat taman pun orang dah tak rasa segan. 
kalau dah kawen, syukur, tapi simpan lah dari tatapan orang. 
kalau tak kawen lagi…hurm…

menulis atas dasar kasih sayang, bukan sebab benci dan dendam. 

la yukminu ahadukum hatta yuhibbu li akhi wa yuhibbu linafsih. -hadis 13.

nak cakap.

marah, sakit hati, dendam,. 
simpan lah dalam hati kalau ingin hati sendiri bernanah. 

daun yang luruh tidak pernah membenci angin-tere liye. 

kerana dia beriman dengan qada’ dan qadar sebagaiman kita diajari untuk beriman dengan perkara yang sama. 

tidak adil untuk dirimu menjauhi kebaikan hanya kerana kau membenci si penyampai. 

menzalimi diri, terusan sedang kau tahu kau perlukan kebaikan yang disalurkan. 
Allah yang izinkan, yang lain hanya perantara. 

 

alkauthar.

Kaki ku angkat perlahan mendekati kanak-kanak itu. Hari ketiga di sekolah yang….istimewa ini. Dewan makan hari ini sunyi tanpa suara. Bahkan suara dari kami guru-guru baru juga tidak kedengaran. Pengalaman Berasaskan Sekolah Pendidikan Khas: Murid Masalah Pendengaran, Pertuturan dan Penglihatan. 

Pada hari pertama lagi, mengcekalkan hati. Andai mereka bisa, apakah perlu untuk aku tunjukkan rasa aku dihadapan mereka? bukan waktunya. hati tak cukup tegar untuk membiarkan mereka melihat aku yang tak cukup kuat, sedangkan deria yang Allah berikan cukup. 

Jari perlahan menyentuh bahunya. Tangan ditunjuk pada nama sendiri di baju, dan terusan membuat isyarat ‘nama siapa?’ perkataan yang ku pelajari di awal ketibaan. Dia membawa jari ke tulisan di seluar. ‘Hassan.’ Aku mengangguk. Tersenyum kemudiannya. Sebak. dan, suasana kembali sunyi. Ku cuba membuat isyarat untuk berbual, tapi akhirnya aku mengalah. Satu perkataan pun yang diisyaratkan melalui tangannya tidak aku fahami. sebak. 

mata meninjau-ninjau kepada rakan-rakan yang lain. tidak memberi sebarang reaksi. ye, masalah yang sama. komunikasi. berbeza rasanya muayasyah dengan murid masalah penglihatan dengan muayasyah bersama murid masalah pertuturan dan pendengaran. lain. ada beza. aku cuba menguatkan hati. 

tangan laju membuat isyarat bertanya umur. tapi hampa bertandang lagi. soalan ku tak difahami. malahan pergerakan tangan yang dibuat juga tidak aku fahami. kecewa. 

aku memberi makluman, akan kembali. laju menunjukkan pada jam dan tanda tunggu. Dia hanya mengangguk, senyum. berlari mengambil pen dan kertas. halangan komunikasi yang wujud pada awal pertemuan ibarat hilang secebis. 

aku bertanya, dan terus bertanya. tanpa suara. hanya tulisan bermain pada kertas putih itu. sesekali tergelak. melihat dia membuat isyarat. semakin dapat ku adapt. 

aku beransur ke arah murid yang lain pula. adik beradik. masalah yang sama. pendengaran dan penglihatan. method yang sama kami berbual. pen dan kertas. tapi makin banyak aku fahami. mula beransur-ansur menggunakan bahasa isyarat. 

hati makin sebak. rupanya bukan mereka berdua yang di situ. adik bongsu mereka juga di sana. masalah yang sama. bila ditanya tentang ibu bapa, aku dan kawan-kawan, berhenti setakat itu. Tak sanggup rasanya masuk ke dalam lagi. cukuplah kami tahu tentang mereka yang paling asas. 

banyaknya kekurangan yang Allah beri, terasa sukar pula andai kekurangan itu diletakkan di atas bahu. UJI. lain orang lain caranya. dan hanya Tuhanmu yang kenal kekuatan hati engkau. 

jari jemari. berhenti.sebak lagi.

syukur. untuk segala nikmat. walau tak guna sangat. sobs.  

108:1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak. 108:2. Maka dirikanlah salat karena Tuhanmu dan berkorbanlah. 108:3. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus. (alkauthar)

hilang satu nikmat, Allah masih memberi nikmat lain. Sebab tu, saat rasa lemah dengan kegagalan, Allah ajarkan kita, untuk menghitung nikmat lain yang masih wujud. 

jangan kerana satu kekurangan, kita lupa segala kelebihan yang ada, sedangkan kelebihan itu lebih banyak dari kekurangan yang wujud. 

alhamdulillahirrabila’lamin. 

kita kata

 

kita kata, kita nak masuk syurga,
tapi amal kita tak menunjukkan pun kita nak ke sana.

kita kata kita nak masuk syurga,
tapi kita tak pernah tanya macam mana caranya nak ke sana.

kita kata kita nak masuk syurga,
tapi bila diajak kita kata tak bersedia.

kita kata lagi, kita nak masuk syurga,
tapi kenapa kita ni banyak sangat memberi alasan pada Dia?

——-

kita kata kita tak suka kemungkaran berleluasa,
tapi kita tak pernah mencuba mencegah kemungkaran yang bermaharajalela.

kita kata kita nak mencari redha Allah,
tapi kita sentiasa buat benda yang Allah tak redha.

kita yang pelik.
kerap kali berkata-kata,
tapi tak pernah cuba membuktikan dengan kerja,
sedangkan nilaian Allah terhadap mereka yang praktikal,

maka, takkan kita hanya nak tetap dengan kata kita?

masa, tak pernah menunggu.
tangguhkan lah segala apa yang kau kata,
kalau bisa menangguhkan pertemuan dengan Dia.

cuba.