“Kakak, adik. jom pergi sekolah depan. Bosan lah. Serang budak-budak best jugak. Serangan bermanfaat.” Angkat kening.

“Layannnn.”

 

***

Prepare habes. Video tiga bijik. Speaker, laptop. Pertama kali dalam hidup. Shesh. Sungguh cuak melampau. Seharian kerja kat kolam renang, malam tu serang diorang. Hanya minta kekuatan dari Allah. Tapi dia rasa perasaan itu tidak sepenuhnya. Mungkin itu yang merosakkan segalanya ketika serangan.

***

Waktu sebenar, segala kata yang disusun, hilang lesap entah ke mana. Mungkin mencari pemilik sebenar ilham tersebut. Kematian kata-kata, hingga mengulang ayat yang sama.

Ada setengahnya, tidak jelas dengan apa serangan yang dilakukan. Faktor umur mungkin. Muka-muka yang innocent. Terinsap sendirian yang aku, si penulis, selaku si penyerang melihat mereka. Bersungguh-sungguhlah!

Refleksi selepas serangan:

1) Aku, si penulis sangat serius. (kata seorang adik. Tapi alhamdulillah, Allah mudahkan untuk senyum.)

2) Tanyalah. Tanyalah pendapat mereka yang lebih berpengalaman berinteraksi dengan adik-adik sekolah menengah. Dan aku, si penulis akhirnya sedar bahawa aku tak mempunyai skills komunikasi a.k.a men’df’ adik-adik sekolah menengah.

3) Tajuk. Kata Kakak dan Adik bulatan gumbira, tajuk tersebut berat sangat. Owh. Aku yang tersyok sendiri. heh.

4) Tawakkal. Sikap yang ada pada diri si penulis, bila dia dah prepared segala bagai, dia akan bajet sikit. Lupa untuk tawakkal sepenuhnya. Yakin sangat dengan diri pun bahaya jugak. Ingatlah, hati itu….Allah yang pegang. Segalanya pun milik Dia.

5) Taubat banyak-banyak. Yeah, aku si penulis seharian berada di kolam renang. Jadi pegawai teknikal. Tak tahu macam mana nak tundukkan pandangan dah. Tengok mana-mana pun sama. Sekarang ni, masih risau dengan status hafazan aku. Dosa yang dikutip mampu melupakan ingatan.

Well, itu langkah pertama. Mulanya aku rasa aku perlu mengalah. Sebab kesian pada adik-adik sebab tak faham apa yang aku cakap. Kira macam down ar agak dalam hati.

Tapi, itu hanya seketika. Lepas brainwash diri, aku rasa kalau takda langkah pertama, takkan ada langkah kedua. Sebab tu orang kata, kalau kau tak mampu nak tinggalkan rokok, awal-awal lagi jangan cuba untuk merokok.

Dan, harapnya, langkah pertama itu langkah yang mencetus semangat, bukan langkah yang memandulkan pergerakan. Tahu?

Owh, sebelum serangan dibuat, aku, si penulis mestilah memaklumkan terlebih dahulu bos-bos yang atas supaya mereka tahu bahawa aku sedang menjajah dan yang pastinya, untuk meminta sedikit himmah lah. Gamaknya takleh minta dengan Allah dulu ke Si Penulis???? =_=

dush. dush. dush.Tembakan dan serangan akhirnya menyerang aku untuk aku bertahan. supaya lebih kuat. Senyum.