antara komitmen dan cinta

bismillah.

sekitar berjalan di muka buku. terpandanglah satu gambar ni, katanya cinta itu komitmen. takkan ada komitmen kalau tanpa cinta.

kalau ikutkan panjanglah explaination dia, tapi mafhumnya begitu.

tapi,di jalan ini, kefahaman yang akan menumpahkan komitmen. walau tanpa cinta. itu yang saya sedang rasa. kita tahu dan faham yang kita kena buat benda tu, tapi hati takda dalam berbuat. tapi kena buat juga.

dan akhirnya, rasa terpaksa sangat. rasa tak bahagia. rasa nak quit. but actually kita tak start ape pun sehingga kata nak quit. sebab lahirnya kita memand taklifan ni dah ada kat bahu. tunggu difahamkan atau tak je.

BUAT JE.BUAT JE.BUAT LAH SAMPAI PENAT SEKALIPUN. WALAUPUN TANPA CINTA. WALAU TANPA HATI.-sebab, itu mungkin ujian, untuk kau lagi dekat dengan Allah.

seminggu ni, rasa banyak bermain dengan persoalan. kadang-kadang rasa macam nak gila pun ada. tepis2 suara tu, datang balik. tepis2 datang balik. bercakap dengan orang rasa stress. bercakap dengan diri sendiri lagi lagi lagi stress.

pastu, nak kena buat apa?

seriusly, TAK TAHU. cuma rasa penat yang amat sangat. sangat. energy drain. boleh melepek tak buat pape berjam-jam.

bercerita dengan so called kawan baik, end up gaduh. hah,lagi lah stress. dah la selama ni dia je yang selalu dengar, tapi…hurm…

okey, lets stop this. and move yourself – cakap kat diri sendiri.

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) KEBAIKAN”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, [16:30]

current fav. sebab tengah cuba untuk menampakkan diri sendiri, yang semua ni ada kebaikan untuk hati yang lapang.

ya Allah,lapangkanlah dan tenangkanlah.

Advertisements

menjadi dewasa

bismillah.

mungkin dari sudut umur, orang pasti anggap saya dah cukup dewasa. dari sudut pandang emak, dah cukup umur untuk kahwin. noktah.

tapi hakikatnya, neraca pandang manusia selalu limited dan berbeza. dan hingga kini, aku masih berusaha memahami definisi sebenar sebuah dewasa.

lost.

so, bye.

after 2 years

bismillah.

setelah 2 tahun terpenjara dalam ujian tu. alhamdulillah allah the only reason untuk betul-betul okey.

jatuh bangun waktu tu, takde yang tahu rasa nya bagaimana. sebab hanya orang yang alami yang tahu.

i am looking forward to find a better me.

untuk agama, bangsa dan negara. (skema:P)

anggaplah, 2015/2016 itu zaman kejatuhan. zaman gelap. dan pastinya Allah sudah memberikan pelajaran terbesar buat diri aku tentang itu.

APA-APA ‘CINTA’ YANG SELAIN DARI DIA, MAKA BUKAN CINTA, DAN WAJAR DIBERSIHKAN.