Bismillah..

Buat kamu..
Kamu yang dadanya tengah sempit,
Dihimpit mujahadah lillah.
Kamu yang nafasnya tengah sesak,
Yang fikiran nya tengah kacau,
Yang hatinya tengah pedih,
Kamu yang jiwanya tengah berombak,
Bahunya tengah terbeban,
Sampai matamu layu.
Kamu..yang hampir terkulai,
Yang langkahnya makin perlahan,
Yang menangis di waktu malam,
Kerana waktu yang semakin menekan.
Yang..hampir hilang segala kuasa.
Kamu yang mencari jalan,
Yang mencari jawapan,
Yang mencari kekuatan,
Yang mengintai harapan.
Kamu..
Buat kamu yang hampir tewas,
Dan genting menunggu satu pautan,,
IHFAZILLAH YAHFAZKA.
IHFAZILLAH YAHFAZKA.

Jagalah Allah..Dia akan menjagamu.

Harapnya sakit ini untuk seketika. Kerna hati ini tahu apa penawarnya. apa sebabnya. hati ini tahu. bertahan dan bermujahadah sangatlah sakit. Terpaksa menahan amarah dari hati yang terbiasa melempiaskan tanpa ambil kira perasaan orang. sukar rupanya.

kesakitan ini, dia harap jadi saksi, jadi bukti dia pernah cuba untuk bermujahadah, kerana dia tahu. marah itu datang dari nafsu, datang dari emosi, bukan dari hati yang suci.

perit, tambah lagi bertahan daripada melukakan hati yang dicintai.

Setiap benda bukannya Allah mudahkan, tapi Allah teguhkan hati, yang akhirnya membawa kepada penilaian sesuatu perkara tersebut mudah.

well, frankly said, “Allah know us better. Tell Him, insyaAllah, He’ll help. Kerna Dia.”