“Biar diorang explore kehidupan ni. Kalau kecik-kecik kita dah atur sangat hidup dia, hingga memusnahkan zaman kanak-kanak dia, nanti besar dia jadi dungu. Sebeb kecik-kecik dah diajar untuk belajar-belajar-belajar….sampai sudah tak habes. Bila keluar dari universiti, tengok result punya gempak, tapi bila nak suruh bercakap, fail. terkebil-kebil bila orang tanya.”

kita bukan nak keluarkan individu yang dungu. yang tak mampu untuk berfikir bila kena buat sesuatu. atau mungkin juga tahu, tapi tak berupaya meluahkan perkara sebenar. atau melawan, atas alasan, tak biasa tak pernah diajar untuk buat lagu tu. dan mungkin juga atas sebaris ayat, “saya yang menurut perintah”.

Kenapa ye, ramai taknak berfikir? Sekadar ikut tanpa sebab peraturan yang dunia ciptakan? Sedangkan, kalau peraturan yang Allah ciptakan, semua nya nak cari sebab musabab Allah buat tu, Allah buat ni.

Patut tak ramai orang yang dapat ambil pengajaran dari apa yang Allah ciptakan kan?

alhamdulillah. Sebab Dia memberi peluang pada hati yang Dia pegang ini untuk lebih berfikir. lebih menyoal. Bukan macam dulu. Just follow the flo. atas alasan, malas nak ambil kisah.