hiburan itu, garam.

random. menunggu pensyarah di luar bilik. bukan, di luar dewan kuliah. di sebelahnya kolam ikan, dan pokok yang menghijaukan pemandangan. 

dia, di tiang sana. aku di tiang ini. jarak, hampir tiga meter. jarak yang selamat. Sepi. sebab, dia lelaki. 

“aku rasa, aku dah banyak sangat membazir masa. lalai.” random dia bercakap. takda angin, takdak ribut tiba-tiba keluar kata-kata itu. aku memandang pokok di hadapan. tanpa sebarang respon. 

“aku rasa game yang aku main tu, melalaikan aku sangat-sangat. tidur jadi lambat. bangun jadi lambat. lepas tu, kerja pun jadi tertangguh.” aku menelan air liur. game. dan lelaki. common. 

“ko main game ape sampai macam tu sekali? Game Pokemon? ke Adventure life yang ko tunjuk hari tuh?” (Pokemon Ruby, pokemon red dalam Gameboy Visual Advance yang diinstalled dalam lappy.) aku menguis-nguis kaki pada simen. awkward. 

“aku main game online.” game online. spm dulu. hurm. aku masih mendengar patah-patah yang dia keluarkan. 

“faham je. aku pun pernah main juga dulu.” Dia tiba-tiba terdiam.

“ko, pernah main game online? ko main game ape?” aku senyum sekilas. memejam mata. 

“game apa ko nak aku cakap? fiesta. ragnarok. yang ni yang sempat aku main sampai level berape entah. abang aku takdak kat rumah, aku pun dah time tuh spm, aku stop. tapi. hurm. macam ko cakap. melalaikan. banyak benda jadi tak setel. so, aku faham lah apa perasaan ko sekarang. dah terjebak, susah nak lepas, tapi, tengok, sama ada hati nak atau tak. Allah dah bagi perasaan tu. Allah dah bagi kesedaran. choose.” 

“ko pernah main semua game tu???” Terkejut. Entah. 

“tak perlu nak cerita apa yang kita dah buat. yang lepas, pengajaran untuk aku. berapa banyak masa dah dihabiskan untuk benda yang tak berfaedah. ko sendiri pun rasa kan benda tuh?”

tett. tett. bunyi mesej. henpong dia.

“jom ar masuk je terus dalam tu. Encik suruh masuk je.” 

perbualan, tergantung. 

************

hurm, setiap orang, akan pilih hiburan yang berbeza untuk hiburkan hati dia. setengah orang, mungkin dengar lagu, setengah orang, mungkin dengar quran untuk hiburkan hati dia. atau, main game. atau. entah. terpulang. suka hati. 

hiburan tak salah. Fitrahnya macam tu. 

tapi, hiburan itu, garam. hatihati. 

terlebih letak, kucing pun tak makan lauk tu walau itu ikan salmon. 
terkurang, pun tak sedap jugak. 

yang penting, ambillah selayaknya. 
selayaknya kita boleh ambil. 

dan, kalau boleh, carilah hiburan yang membawa kita kepada Allah. 
bukan sekadar memenuhi hati kita yang kosong tuh. hiburan. tak salah. tapi, terlebih boleh jadi tekanan darah tinggi. rosak buah pinggang. 

merana. 

47:36. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

 

kita, takda pilihan pun sebenarnya. Allah je yang patut kita pilih. 
sebab, for sure, akhirat nanti kita akan cari Allah juga kan? 

live hell or live well, 
we choose. 

tried. done. talk.

bila aku bercakap, bila aku menasihat. 
kebanyakkan apa yang aku pernah rasa.
kebanyakan, apa yang aku pernah lalui.

sakitnya jatuh. peritnya untuk bangun kembali.
bertahan saat diuji dengan benda yang sama, berulang-ulang kali.
sukarnya, nak tetapkan hati untuk positif dengan apa yang Dia takdirkan.

aku bercakap. aku bercerita, apa yang aku cuba dan tengah berusaha untuk buat.
aku yang kau nampak pada hari ini, bukan lahirnya begini.
ceritanya panjang. kisahnya panjang. 

aku, hanya ingin mengajak, membawa kamu bersama aku.
huluran tangan, bukan sekadar untuk menjarakkan kamu dari jahiliyyah itu, tapi, untuk mencari teman, berpimpinan tangan melangkah dan mengembara kepada Dia.

banyak kali, aku mendengar kau berkata, “awak tak rasa apa yang saya rasa…”

mana kau tahu? 

wajah menghadap bantal, sambil bercerita pada yang Esa. air mata tak henti mengalir. 
ada kau lihat? 

sama ada, kau nak, atau tidak. kau nak atau tidak.
andai kata, kau nak, kau akan hiraukan apa sahaja yang menghalang. kau akan hiraukan. kau akan hiraukan.

tapi, andai kata hati kau berbelah bahagi, hati kau meragui Dia, maka kau akan rasa susah. 
kau akan rasa banyak sangat halangan.

sisters. aku bukan bercakap kosong. 
aku cakap. sebab aku pernah rasa.

kau tak tahu. sebab aku tak pernah bagitahu. 
masa lampau, cukuplah untuk dijadikan pengajaran. 

aku yang kau lihat kuat, juga sedang berusaha. juga sedang bermujahadah. 
yang kadangkala jatuh tersungkur juga. tapi, kerna rahmat dari Dia, yang rebah bangkit dengan lebih gagah. 

sebab. Aku taknak jatuh lagi sekali. 

Image

 

kalau kau nak, Allah tunjuk jalan, kau akan pilih jalan yang Allah tunjuk tu. 
sekarang, tanyakan pada diri, kau nak atau tidak? 

Allah yang Maha Penyayang.

Image

 

Dan Kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Maukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu Maha Melihat. (25:20)

Tau tak, kehadiran orang sekeliling kita ni, peluang untuk kita buat pahala dengan setiap kesabaran yang kita pertahankan saat kita bersamanya? 

ini nasihat dan apa yang cuba aku pegang dan spreadkan bila, ada orang mengadu penat untuk bersabar. penat untuk bertahan. penat menghadapt muka orang tu. dan penat. penat. penat. 

dunia yang kejap, jangan kerana orang sekeliling kita yang bermasalah, kita nak libatkan diri dan menjadikan satu masalah. 

solusi itu yang patut dicari dan disebarkan. 

wahai kesayangan, bersabarlah. Allah itu maha Adil. =)