Pulau Tioman. Kembali nya dari sana.

Kembalinya aku dari sana. 

Naik bus, dia bagitahu, “pauh, tempat untuk ko takde. aku terlambat.”

tapi aku nampak dia ada tempat. bukan dia janji nak duduk dengan aku ke? Takpelah. redha2. then, ada bising-bising dalam bas, marah-marah. hati yang tenang tadi berkocak. Alhamdulillah, end up, aku dapat jugak tempat. sebab 4 orang lelaki tu bawa balik kereta seorang kawan yang lain. 

Aku duduk. istighfar atas perasaan yang wujud dalam hati. 

Allahu akhbar. Sejak dulu lagi, aku bertanya pada diri, kenapa bila berurusan dengan orang yang tak ditarbiyyah, orang yang tak sefikrah, orang yang tak berbulatan, kenapa nak double standard? 

Masih wujud. masih wujud jahiliyyah ini dalam diri. =( 

Bukan sekali ia berlaku, malah berkali-kali. Kenapa bila bersama akhawat boleh pula nak berlapang dada nak bersangka baik? 

Kenapa perlu wujud sikap tidak adil? kenapa tak boleh nak berlaku adil pada semua orang disekeliling? 

Teringat sewaktu jadi fasilitator untuk IkramTeens Negeri Sembilan, tertulis dalam salah satu slide waktu itu, “akhlak itu, cerminan hati.” 

Means, hati aku ni masih sangat-sangat terpalit dengan jahiliyyah? 

Allahu akhbar. Aku cuba. aku cuba untuk berlapang dada dengan semua orang. tapi, tapi tak semudah yang disangka. Kalau lah jahiliyyah dalaman ni semudah membuang jahiliyyah luaran, pasti pasti hidup lebih bahagia? kan? 

66:8. Hai orang-orang yang beriman, bertobatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,

Istigfar2. dan air mata pun mengalir. Aku kalah dengan hati sendiri. Kalah bila mengingatkan bahawa, mencari kesempurnaan itu dalam mencintai dan menggapai redha Allah itu menuntut segalanya untuk dikorbankan. 

segalanya, harus dikorbankan. harus. 

Image

 

  • sbb hati tu raja

  • sbb tu kena sentiasa jaga n ambil peduli

  • sbb dia berkuasa

  • so makan pakai dia kena jagala

Dua tiga kisah.

(1) 

Awak kat mane? Akak nak solat dulu. 

Saya kat bilik lagi. Sekarang jam 8 suku. dalam 8.30 pagi saya sampai rumah akak. Boleh?

Okeyh, insyaAllah.

Hati bercakap sendiri. Dhuha, later. Di Shah Alam nanti. Yakin sangat akan sampai sebelum tamat waktu dhuha, kemudian Allah uji. 2 jam bersesat-sesat. hingga aku sedar, tunaikan dulu apa yang engkau janji pada Pemilik Kuasa. tunaikan dulu. 

khatimahnya, aku berhenti. mencari masjid. Dhuha dulu. Baru rasa tenang. Waktu itu, dah hampir jam 12. Kemudian, dengan mudahnya, jalan itu tampak lurus. Allah. aku menangis sendirian.

***

(2)

Bangun awal, prepare. Untuk pertama kalinya, di minta menjadi muwajih (penyampai) muqaddimah sebuah kisah besar. Allahu akhbar. Cuak. Berdebar. 

Awal tahun dulu, pernah ada yang memberitahu aku, untuk bersedia. Tapi atas sebab tertentu, persediaan aku dua minggu tu, tidak dapat dimanfaatkan langsung. Lega. 

Kali ini, mereka bilangnya pada aku 2 hari sebelum. study, recap, refresh. Buka semua nota. Cuak. tapi rasa tenang. Berdebar, tapi relax. Sukar nak cakap. Aku praktis. Ikut flownya. 

Sampai sana, tengok muka-muka baru, yang tak pernah ku temui lagi. segala yang ada di benak akal, hilang. dan aku noktah. Penting: Luruskan dan betulkan niat. heartless. tak leh nak describe. 

***

(3) 

Buat kerja. Settle awal-awal. Takdelah awal pun. Esok nak kena hantar. Print segala bagai. Kemudian, bergembira dalam bulatan bersama adik-adik. Aku, bahagia. Tambahlagi, ini bulatan aku yang aku sangat berusaha sebelumnya. 

Lain perasaannya. 

Esoknya, sedang asyik berserunuk menghirup kesuaman kopis susu, bersama semperit dan elmon landon. Aku puas melihat folder disebelah. Tiba-tiba

 

 

 

 

 

 

 

Duss…. Kopi susu suam, yang baru je stitik menjamah tekakku, selamat menjirus di folder tersebut. Selamat yang tak selamat. 

ibrahnya: …..aku tak dapat nak fikir. yang aku ingat, aku pujuk diri, Allah nak tarik perhatian orang yang Dia sayang. Haha. dan aku senyum. Padahal dah lambat pergi kelas. folder dah selamat minum kopi. Salman dan tudungku jua. Tapi takpe, Allah nak tarik perhatian aku. haha. 

***

Husnul Khatimah. Harap sangat. Image

Bulan 10, ada walimah. kakak saudara. 

Pelek, bila 2 hari lepas, ada orang muncul dalam mimpi aku. Bukan pertama kali. tapi banyak kali. Seingatnya, aku takdak buat istikharah minta jawapan, tapi aku cuma harap, Allah berikan yang terbaik. 

51:49. Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah.

ingat mudah bila melibatkan hati? bukan memendam, cuma menjaga kesucian hati. Sebab Allah tak ciptakan dua rongga dalam satu hati. 

Depan laptop. makan kopok.

Laptop ini, namanya Salman. asal dari nama Salman al-Farisi. Kenapa? Cerita ini lain kali ku garapkan. 

***

Image

“Apa yang kau faham tentang Sastera Islam?”

“Sastera Islam ialah sastera yang terhasil pada individu yang iltizam dengan jiwa keislamannya. Malah berperanan menunjangi konsep tauhid yang dalamnya terkandung aspek mendekati yang makruf, mencegah yang mungkar. Sastera kerana Tuhan, berhikmah untuk manusia.”

[Darah Pejuang]

***

meremang bulu roma. Kagum. Booster my spirit! tapi, kata seorang kakak di negera matahari terbit, “beramal, jangan kerana  semangat, tapi beramal kerana faham.

Sayyid Qutb, dihukum gantung kerana tulesan yang menyemarakkan semangat jihad pemuda islam. kuasa pada tulesan? 

Dan, baru tahu rupanya Ma’alim Fit Tariq merupakan tulesan beliau yang terakhir. sebelum dihukum gantung. tulesan dia, masih kekal kan? sebab Allah kata, 

2:154. Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati; bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.

 

Allahu akhbar. 

Alone.

Jiwa yang kosong, kalau di sekeliling dia ramai pun dia akan kata dia seorang.

Image

sebaliknya jiwa yang berisi, walau di sekelilingnya tiada jasad lain yang menemani, dia tetap akan rasa kehadiran yang lain. Dalam hati.

Tambah lagi, Allah kan ada? heh.

****

dalam dunia hidup nak berteman, di akhirat nanti,

43:67. Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.

Rapat macam mana pun, tidur sekatil, kepala sebantal, tengok RunningMan sama-sama, main bola sepak sama-sama, baju kau baju aku, berus gigi aku berus gigi kau, TAPI.

akhirat nanti, mungkin berpisah. ye dok? KALAU tanpa TAQWA. 

alang-alang mandi, biar basah.

alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

genggam bara api, biar sampai jadi arang. 

*** 

Syawal 25. Raheeq Al-Maktum. 

Yang paling menariknya permulaan disyariatkan Hari Raya orang-orang Islam ialah pada bulan syawal tahun 2 Hijarah sebaik sahaja mereka mendapat kemenangan dalam Peperangan Badar. alangkah hebatnya perayaan ini yang merupakan anugerah Allah setalah dimahkotakan mereka dengan mahkota kemenangan dan kemuliaan. alangkah indahnya pemandangan Solat Hari Raya yang mereka kerjakan setelah keluar dari rumah-rumah mereka sambil mengangkat suara dengan kalimah takbir, tauhid dan tahmid. Hati mereka dipenuhi dengna kecintaan kepada Allah, mengharapkan rahmat-Nya serta keredhaan-Nya setelah mereka mendapat beberapa banyak nikmat dan kemenangan.

[Raheeq al-Maktum, pages 333/perenggan 2] 

***

Alhamdulillah, Mus’ab bakal okeyh insyaallah. Orang yang langgar dia, dah datang mengaku. Dan, dia akan paykan pelanggaran itu. 

dosa yang kita buat, akan menghantui kita.” 

dia sambung, “memang pun kak. tak tenang sangat lepas langgar kereta akak tuh. waktu solat pun terbayang-bayang benda tu. Tidur sampai termimpi-mimpi.” 

Yang paling best, bukan sebab dia kata dia bayar semua tu, tapi aku berpeluang untuk bercerita tentang takdir Allah, ujian Allah, ketentuan Allah, hakikat redha dan sabar dengan apa yang berlaku.

Allah, Dia yang memegang hati itu. 

Mus’ab Ibnu Umair.

Kerananya, dah berapa banyak air yang meleleh. Dari pertama kali mendengar kisahnya, hingga pada kudaku, diberikan  nama Mus’ab, masih juga air mata meleleh. Malah makin bertambah. 

Padaku, kisah Mus’ab memberi inspirasi padaku. Dari segi latar belakang, mahupun kesungguhan beliau dalam dakwah. Dan betapa dunia itu ditinggalkan di belakang, sehinggakan ketika pengebumiannya pun kain kapan yang membaluti tubuhnya tidak mencukupi. 

Sayu. tapi, kisah beliau, cukup famous. Bukanlah aku mengagumi ke’famous’an beliau, tetapi sebagai pembakar semangat yang mana semangat dalam diri ini sentiasa sahaja jatuh. Bukanlah aku tidak mengagumi peribadi hebat Rasulullah s.a.w, tetapi lain rasanya perasaan dalam hati bila melihat susuk yang Allah bersihkan dari jahiliyyah. 

Haybat! 

dan, nama itu, ku abadikan pada kuda ku. Kuda yang ku usahakan sendiri sejak bermulanya perkenalan aku dengan d&t. Kehadiran mus’ab di sisi juga, tujuan aku hanya lah untuk memudahkan pergerakan d&t aku di sini. Sesuatu perjalanan yang ku tak jelas tujuannya, sekali-kali tidak aku menggunakan nya. 

Allahu akhbar. Ku kira niat ku dah cukup bersih. insyaAllah kalau Dia melihat. 

tapi, sejak bersamanya mus’ab dengan aku, banyak sudah air mata yang mengalir. Banyak, sehingga aku rasakan, apakah salah kiranya mus’ab hadir di sisi ku untuk menemani jalan ini? sekurang-kurangnya, aku tidak seorang.

Dia, menguji niat hati ku. dan mungkin, di sebalik niat itu, terselit juga niat-niat yang lain sehingga ujian yang bertimpa-timpa yang Dia hadiahkan padaku melalui mus’ab. 

Terbaru, mus’ab dilanggar. Lari. dan the only choice aku ada ialah SABAR. 

Banyak kata-kata semangat yang dilemparkan padaku, tapi ku tahu itu hanyalah sebahagian. Yang meningkatkan kembali adalah sama ada diriku ingin atau tidak untuk bangkit. 

Kata dua orang adik, yang ku sayangi kerana Allah, 

“Ya Allah, tabahnya akak…kalau H***, tak tahu camne perasaannya.”

“Me tak tahu apa reaksi me akan bagi kalau benda ni jadi kat me.”

Ku kira, ini hadiah terbaik untuk aku, di hari lahirku, 11 Sept. Dan aku mengharapkan, ujian yang diletakkan atas bahu aku, Allah hapuskan dosa-dosa aku. Harap sangat. 

Dan, aku lebih rela, dosa-dosa itu, Dia hapuskan di dunia ini, kerna peluang ini terbuka hanya di dunia. Dunia ini bukanlah milik aku untuk aku tangiskan, bahkan mus’ab juga bukan milik aku. Ia hanya sebahagia dari pinjaman si Pemilik segalanya. 

Aku, hanya hamba. Sedang mencuba membina sifat kehambaan. 

2:153. Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.

 

2:155. Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,

 

Image

 

saya harap, dengan apa jua yang berlaku, orang tersebut terbuka hati untuk lebih tunduk. lebih patuh pada Allah. kerna saya percaya, Hati itu…Allah yang pegang. Dan urusan ini dari Dia, dan kepadaNya saya serahkan urusan ini. insyaAllah. fi amanillah.