Hadiah Hari Lahir, 2010.

Mujahadah yang sebenar mujahadah. 

Susah itu lah yang memberi petanda bahawa kita sedang bermujahadah. kalau senang, mana mungkin dipanggil mujahadah, ye dok? 

29:69. Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.

Mungkin sebab sudah lama tak dibasahkan hati. Mungkin sebab sudah lama tak dapat peringatan. Sebab dah lama tak buat curhat. Dah lama tak bercerita. 

peringatan yang dah lama tak dengar, “Allah akan uji kita, selagi mana kita tak keluar dari keadaan itu. Contoh, Allah akan uji kita dengan ikhtilat, selagi kita tak keluar dan jaga ikhtilat tuh.” 

Kan, Allah itu lebih kenal dan lebih dekat dengan kita, banding dengan yang lain? 

Bahkan, antara kita dan hati kita, juga punya Allah ditengahnya? 

“jazakunallahu khair buat akhawat yang bersama sepanjang perjalanan seremban-jelebu-kuantan-terengganu-kelantan. uhibukkuna fillah. yang lihat jatuh bangun saya. yang lihat lemah kuat saya.yang bawa saya kembali pada Dia. Jazakillah. Andai diberi syurga, ingin, bawa kamu sekalian bersama.” 

Qanaah

Print screen ni dah lama dah. tapi tak berpeluang untuk ditampal di sini. 

Image

Bila setiap kali rasa masa tak cukup. 

Sebenarnya, bukan masa yang tak cukup, tapi kata kakak, “yang kurang dalam masa itu keberkatan. sebab tu kita asyik rasa tak cukup.” 

kaya.

orang kata, kaya itu kebahagiaan. bukan kaya harta, tapi kaya segalanya. iman, harta, ilmu, akhlak. dan segalanya. 

tapi, nak jadi kaya tu tak mudah. 

tanyalah si kaya yang ada kat muka bumi ni yang Allah limpahkan kekayaan pada diorang, apa yang mereka da lalui hingga akhirnya dapat mengumpul iman, harta dan bla bla bla hingga ke tahap sekarang? 

aku percaya. IA TAK MUDAH. 

maka, bersabarlah dengan kesusahan tersebut. Hati harus lurus. ye, aku sedang berusaha. mau kaya untuk agama, untuk ummah. kaya untuk Yang Maha Kaya. 

22:64. Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kaya lagi Maha Terpuji.

Tapi, kalau dah jadi kaya, nanti, jangan lupa hak orang lain dalam harta tersebut. Of course dan for sure, tadak sapa pun yang mau jadi orang kaya yang dilaknat Allah. 

Qarun pun. 

Tapi, sekarang kita boleh cakap, sebab kita tak diuji lagi dengan harta. Bukan nak menghalang orang nak jadi kaya, tapi cuma mau mengingatkan, jadilah orang kaya yang zuhud. yang Allah redha. 

kata sekeliling aku, “niat dan hati, harus keranaNya semata.” 

Masa Depan.

“akak, bila akak nak kahwin?” Soalan normal untuk umur 23 hinggalah umur (orang tu dah kahwin). 

Dan, kalau pensyarah pula mesti dia akan tanya macam ni, “apa awak nak buat lepas posting? Saya cadangkan, awak sambung belajar. Cuba dapatkan HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) untuk sambung belajar. Biasiswa bergaji penuh.” Dan kawan saya menjawab, “Saya nak jadi Nazir.” Semua yang lain diam. Kemudian gelak. Teringat momen lepas. 

Perbualan antara kawan-kawan sebatch pula, “Nanti posting kau nak minta negeri mana?” 

***

Masa depan. 

Image

Perlu di rancang. 

Image

 

Apa yang berlaku selepas perancangan, Allah yang tentukan. 

Bukan sekadar, hidup tanpa perancangan, dan hanya ikut flow. Nak buat ikut suka hati. Hidup tanpa misi. Jadilah kitaran bodoh. 

Dan, harus, bercakap setelah berfikir. Perancangan jangka masa panjang, dah ada. Perancangan jangka masa pendek, juga dah ada. Perancangan hidup berkeluarga, insyaallah juga dah ada. Segalanya, telah dirancang. Rancangan itu, saya serahkan pada Allah untuk mengizinkannya berlaku atau tidak.

Cuma, sedang berusaha untuk segala perancangan tersebut. Biizdnillah. 

 

dua tanda.

TITIK dan KOMA. 

kalau rasa penat menulis, koma lah kejap, jangan terlalu cepat memutuskan untuk meletakkan titik, mana tahu, ilham yang datang selepas koma itu lebih hebat? lebih hangat? 

tapi, 

koma yang diguna pakai, hati-hati. aku pernah buat, koma itu, koma yang tak cantik, bahkan koma itu, koma yang merosakan. Terus aku letak titik pada tempat itu, dan buat ayat baru. 

***

sakit pada hati berkumpul, hingga setiap masa ada rasa sakitnya itu. hanya ini, bertapak kukuh dijalan MU.