Boleh tak nak jadi normal je?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sabtu/7.07 pagi/Masjid Putra, Putrajaya.

Image

Sehari sebelum.

***

Bertanya pada murobbi, izinkah dirinya membenarkan aku menjadi normal?

kata dia: fitrahnya manusia, you are indeed normal!

***

Normal, yang membawa maksud hidup je ikut aturan Allah. takperlu nak jadi baik. takperlu nak jadi jahat. Kalau waktu tu kena ponteng, so ponteng je lah kelas, Kalau waktu tu kena pergi surau, pergi je lah surau. Takperlu nak baik-baik dan ajak orang jadi baik.

Dengan usaha yang macam, orang masih taknak ikut, hati ini sekejap lupa bahawa hati itu…Allah yang pegang. Padahal, Allah dah ulang-ulang kali sebut, bersabarlah. Bersabarlah. Entah mana dicampakkan rasa yakin pada Allah hingga membawa kepada persoalan dalam hati, “ke better jadi ‘normal’ ikut norma masyarakat?”

dan, membawa kepada perjalanan yang jauh. Masjid Klia mulanya. Kemudian, tanpa dirancang, iktikaf di Masjid Putra, Putrajaya. at 2.00 am. 2 kereta. Rasa tak sangka, Allah punya kuasa tiba-tiba sahaja ada di masjid tersebut. Dan, rasa waktu itu, hanya Allah yang tahu.

***

Dah hari ke-9 Ramadhan. Misi mencari cinta mesti diteruskan.
ku ingin kembali pada Dia, dengan redha dan diredhai.

Struggle dan mujahadah perlu kuat.
Kerna, bukan aku je yang Allah uji, bahkan setiap orang.

Bukan untuk main-main, tapi untuk tingkatkan iman (kalau lepas) dan ofcourse untuk teguhkan hati. Kerna hati yang teguh itu datangnya dari iman yang kuat.

 

 

Ramadhan.Hari ke-5. Ini bukan diari.

Makin hari makin bererti.

Image

Bila orang lain menangis, sebab gagal dalam ujian bertulis,
aku memang tak pernah rasa perasaan itu.

Tapi kali ini, aku rasa, dan aku faham.

Bila semua orang dalam kelas, mampu menguasai kemahiran sesuatu permainan itu, sedang aku, bila lecturer tengok, menggeleng. Dan rakan-rakan yang lain ajar juga, masih tak berjaya. Hati makin lama makin lembik.

Bertahan. Bertahan.
Akhirnya air mata tumpah juga.

T_T

Sebab memang tak tahan sangat. Allahu Allah.

***

Ramadhan di tahun ke-3 kelahiran aku.
Sejak hari pertama lagi, jadi macam-macam.

Tapi ramadhan ini, untuk didik jadi orang yang BERTAQWA kan?
Jadi, ingat mudah ke nak jadi orang bertaqwa kalau tanpa ujian?

Tak siapa pun tahu|Part 1|

Sabtu. Hari pertama puasa. Handphone banyak kali berbunyi. Kakak. Abang. Semua. Dan aku, sememangnya merancang untuk melarikan diri ke mana-mana. Konon, berfikir untuk melepak di masjid. Terkesan dengan tulisan Hlovate, kisah Chad dan Fend yang buat masjid hopping. Maka aku pun teringin. Aku mesej orang kat Bangi. Dalam kepala nampak Masjid UKM. Syok gak. Boleh lepak library UKM sambil buat folio Bola Baling.

Senyum.

Balik bilik, buka lappy, tengok facebook. Wah! Akhawat kat Bukit Jalil yang dah lama tidak bertemu. Berdua. Hurm, macam syok. Tukar plan. Ke Bukit Jalil. Mesej orang sana. On! Aku kemas barang, apa yang perlu. Dengan roti sandwich yang masih tak habis. Gembira, bukan kepalang. Maklumlah, dah lama sangat tak jumpa!

Senyum. Hati dah terbang ke sana. Aku menapak ke Mus’ab. Tengok kaki kanan. Eh? Luka? Mesej orang kat sana, maklumkan. Mungkin lambat. Membawa Mus’ab ke klinik, untuk mencucu luka barangkali. Tapi hampa, bila encik mekanik tolak permohonan aku. Mus’ab kena tukar kaki, tapi skru kat lutut gagal dibuka. Dan proses membuka skru tersebut bukan mudah, aku kena buat welding dulu, sebab loose dah. Aku call orang kat Perak. aku call orang kat kampung. Hampa. Sangat!

Call orang Bukit Jalil, thanks, sebab musnahkan harapan mereka. Owh hati, sakit tau???

Lagi sekali, call orang kat Perak, tanya jadi datang tak. Dia kata mungkin tak. Mata dah berair. Hello…dear brother! Your little sister seriously need your help! Sedih. Dan teks orang kat Bangi. “Plan semua tak jadi, and I, happily crying here.” Mata takyah cakap, dah memang mencurah-curah. Lepak kat atas bukit kat sekolah. Sorang. Layan hati yang sedih. Sejam berteleku di situ. Kakak kat KL telefon, aku reject. Takkan nak angkat telefon dengan nangis macam tu? 

Aku: Akak, Allah mesti nak bersihkan hati ini untuk sambut ramadhan kan?

Dia: Yup, first step sebelum melangkah ke bulan yang mulia ni.

Lega. Seketika cuma. Masih lagi bersama Mus’ab. Bermuhasahab. Refleksi diri. Cuba pujuk hati dengan ayat Allah. Aku pasang DVD juzuk Amma. Nangis dan nangis. Stop, bila tengok jam dah hampir pukul 7.00 petang. Mandi. Ke surau. Sakit kepala. Balik, dari surau, lepas terawih, terus tidur. Sakit kepala sangat.

Terbangun, jam 3 pagi. Tengok handphone. 4 mesej. Dari dia. dari mereka.

Tak larat. Just bangun minum air. dan buka lampu study. Jam 5. Bangun, mandi siapkan diri. Sahur dan buat apa yang perlu. Sementara tunggu subuh. Mesej-mesej semalam, aku, masih lagi tak balas. Entah. tak punya sebab yang konkrit untuk aku balas. Teruk!.

Aku maksimumkan pagi aku. Hari pertama Ramadhan. Azam hati. yang lepas, biar lepas, Allah tak pernah zalim. Teruk mana keadaan tu, surely, Allah nak hadiahkan sesuatu. Hati dah lega. Bersiap. Dhuha. Aku telefon orang kat Perak. Tanya, jadi tak datang. Dia kata, memang tak dapat datang. Mata berair lagi. Saat itu juga, aku balas mesej dia kat Bangi.

Aku: Dah okey. Baru je lepas telefon abang. tapi…abang kata tak jadi datang. Mata berair lagi.

Dia: ISHAB dan IM lain, bulan Ramadhan diorang cakap itu bulan mereka dengan Allah. So, semua aktiviti mereka stop. Mereka cakap jumpa lepas raya. MUNGKIN ALLAH NAK BAGI AWAK BUAT IBADAH JE, TANPA GANGGUAN ORANG LAIN. TANDA DISIBUKKAN DENGAN BENDA LAIN. Mungkin, Allah nak suruh awak CARE Dia je. =)

Aku: And you burst me into tears again.

 

Bersambung…

Siapa yang bercakap, tak kisah.

Perhimpunan pagi hari. Ingat nak ponteng, tapi nanti rasa bersalah. sebab spisis (confuse macam mana nak eja spisis) budak baik, yang tak pernah langgar peraturan.

Bukan, perhimpunan tapi masjlis sesuatu sambutan. Tiga. Tak penting untuk diceritakan mengenai majlis tersebut.

***

“Eh, buku baru? Beli kat mana? Tengok.” Telinga, dibuka seluasnya. Dia tersesat. Dalam timbunan pelajar yang lain.

“Kau tahu, kat MPH banyak buku-buku islamik. Aku pun tak tahu sebelum nih. Kawan aku yang cerita kat aku. POPULAR ada jugak buku islamik buku agama tapi MPH lagi banyak choice. Best juga membeli.” Suara lain menambah. Dia hanya mendengar. Eevesdropped!

***

“Wei, kau tahu semalam aku mimpi Anne pakai tudung labuh. Dengan aku sekali rasa insaf. Insaf sangat.” Suara di sebelah.

“Kau tu, obses sangat dengan tudung-tudung ni.” Suara dibelakang membalas kata.

“Teringin. Tapi tak tahu bila.” Dia, masih lagi mendengar. Sambil berfikir.

***

“Wei, apa perasaan pakai tudung labuh ye?” Masih lagi suara dibelakang. Dia tertarik dengan soalan tersebut. Dalam hati, “Tanyalah aku.”

“Tudung labuh, dia tutup semua yang perlu ditutup. Pinggang ni pun dia tutup. Takdelah nampak pinggang.” Suara disebelah. Dia masih berfikir saat terbaik untuk bersama dalam perbualan tersebut.

“Islam suruh kita tutup aurat sampai mana ye? Sepatutnya lah?” Suara dibelakang. Masih lagi tidak berhenti. Tapi soalan itu, sangat, MENARIK.

“Islam suruh kita tutup sampai dada. Lepas dari dada.” Dia masih lagi diam. Mungkin mencari kata-kata yang sesuai agar tidak ada yang tersinggung.Dan…

“Serius, aku nak tahu apa perasaan pakai tudung labuh ni.” Suara yang dibelakang.

Dia berpaling. Angkat ibu jari. “SECURE! Sangat-sangat secure!” Dia senyum. Memberi keyakinan pada penyoal.

“Secure tu maksudnya?” Dahi itu berkerut. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang terlalu ringkas.

“Rasa selamat. Rasa dihormati. Takda orang kacau. Takda orang tengok. Rasa rendah diri. Sebab kita tahu, kita buat bukan sebab orang disekeliling kita buat, tapi sebab kita rasa untuk menjadi hamba yang lebih patuh. Lebih rasa sifat kehambaan.” Dia senyum.

“Owh. Erm, kalau depan, tutup dada. Tapi kalau belakang macam mana pulak awak?”

“Cuba kita tengok. Kalau kita balut buku, ada tak kita balut depan penuh, belakang separuh? dan lagipun, shaping badan dari belakang lagi mengangkat nafsu manusia. Yang mana menunjukkan susuk asal badan. Tutup lah. Lindung lah.

“Owh. Thanks!”

***

“Akak, masuk hostel kita. Jadi roomate kita?”

 

Tengah fikir tajuk.

Badar, satu permulaan!

“Ya Allah, Muhammad telah memutuskan tali persaudaraan dengan kami dan dia membawa sesuatu yang kami tidak pernah kenal, maka musnahkanlah dia hari ini. Ya Allah, siapa di antara kami yang paling Engkau suka dan redha maka berilah pertolongan kepadanya pada hari ini.” [Abu Jahal]

Annoying Abu Jahal. Tak mengaku Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, tapi boleh pula minta doa macam tu dengan Allah? Hey, tak sedar diri kah kamu wahai Abu Jahal.

Jumlah kedua pasukan, beza. Ibarat lelaki dan perempuan. Beza pada kekuatan. beza pada jumlah. beza pada tenaga. tapi Allah lebih mengetahui. Andai aku di sana, atau, andai aku Allah letakkan dalam keadaan tersebut, aku tidak pasti mungkinkah semangat ini terusan meluntur hanya disebabkan oleh kuantiti? sedang yang Allah kira adalah kualiti.

Baginda, junjungan besar meminta pada Pemilik Kuasa. “Ya Allah, laksanakalah untukku apa yang telah Engkau janjikan. Ya Allah aku merayu kepada-Mu bantuan dan janji-Mu.” Kuatnya kebergantungan baginda kepada Allah. KUAT. “Ya Allah, aku merayu-rayu kepada-Mu. Andai kata kumpulan ini tewas paa hari ini nescaya Engkau tidak akan disembah orang ya Allah, kalau begitu yang Engkau mahu, maka tiadalah lagi orang yang akan menyembah-Mu selama-lamanya.”

Baginda. Merayu penuh pasrah. Redha. Mengharap hanya pada Dia. Kerana kuasa itu milik Dia.

Tapi, Abu Bakar, Si Pendamping Setia memujuk, “Cukuplah wahai Rasulullah, engkau terlalu mendesak Tuhan-Mu.”

 

***

kata sang murobbi, “Tarbiyyah itu satu proses. Hati itu Allah yang fahamkan. hebat macam mana pun penyampaian kita, puitis atau tidak, gagap atau fasih, kefahaman itu, Allah yang bagi. Kita hanya hamba, yang menjadi perantara. Siapa kita untuk memaksa Allah memberi kefahaman tu? Dia lebih mengetahuinya. Kita buat kerja kita, Allah buat kerja Dia. Jangan risau.”