Bukan aku menidakkan takdir.

aku, bukan menidakkan takdir, bila Dia masih kekalkan aku dengan keadaan ini, sejak di awal tarbiyyah hingga sekarang. Tidak. tapi kadang-kadang aku rasa sesuatu, yang sukar digambarkan. Demi menidakkan perasaan tersebut, aku melarikan diri ke atas bukit sana. bertemu seorang akhawat, yang Allah letakkan dia disebaik-baik tempat untuk dirinya dalam keadaan seorang diri. 

Kerna aku tahu, seorang, bukan mudah. Tambah lagi, hidup ini dengan tanggungjawab. 

Satu nasihat aku pegang darinya, “kalau awak pergi melawat mana-mana akhawat yang seorang, takda orang lain kat tempat tu, satu benda je, jangan tanya dia tentang usrah dia. daurah dia. Tanyalah khabar imannya sebanyak-banyak mungkin.”

Aku pelik, kenapa begitu? bukankah pertanyaan itu tanda ambil berat?

sambung dia lagi, “untuk akhawat yang mudah bergerak, mungkin boleh untuk kita tanyakan hal tersebut, mungkin hujung minggu dia free je dan memang tak pernah miss daurah usrah semua tuh. Tapi, untuk akhawat yang memang Allah sekat seketika dirinya untuk menghadirkan diri ke usrah, ke daurah, sakit baginya untuk mendengar soalan itu. Apatah lagi menjawab soalan tersebut.”

and yes! that’s true. Betul. sangat. 

Dan, itulah perasaan aku tiap kali orang mengkhabarkan seronoknya daurah semalam, basahnya perkongsian Kakak itu pagi tadi…and…bla…bla…bla. 

Sirius, waktu itu, kalau tak kerana mengingatkan ini tarbiyyah, mungkin pecah screen laptop ini dikerjakan. Heh, aku manusia yang masih sedang mencari perubahan. 

Dan, kadang-kadang, kerana marah pada diri sendiri yang tak mampu nak bersabar dengan ujian Allah, aku pernah tumbuk dinding bilik. Kang, kalau tumbuk pintu locker, pecah kan tak pasal pulak kena denda. silap-silap kena halau dari asrama lagi. 

Tapi sungguh, itu tiap kali perasaan aku bila orang sana, orang sini sibuk bercerita SERONOKnya daurah. ingat aku tak tahu perasaan berdaurah tu macam mana??? 

dan, untuk bertahan hingga 7 bulan tanpa daurah, bukan sesuatu yang mudah. Hingga kadang-kadang, aku cuba melarikan diri dari akhawat-akhawat yang banyak berkongsi dengan aku. Kerana aku takut. takut seandainya dia tanya soalan itu. 

Bukan aku taknak, keadaan yang memang tak membenarkan. 

Dan, kalau lah bukan kerana aku yakin pada Dia yang mengatur takdir. tapi, dalam aku cuba bertahan, kadangkadang kalah dengan nafsu sendiri hingga meja, dinding menjadi mangsa. 

Allahu akhbar. 

Dan, hari ini, bila bertemu akhawat-akhawat seantero dunia di Firdausi. Perasaan seakan gembira, sangat hingga disebutkan tentang HAMKA hujung tahun. 

Yeah, memang keinginan aku untuk berada di sana, tapi apa keperluannya untuk aku sedang daurah di malaysia pun aku tak attend? 

Yang ada depan mata tak pergi, tapi yang jauh rajin pula nak pergi? 

allah. =( aku dah tak tahu apa yang berlaku dalam hati ni. yang pasti, kepala ini sakit. dan mata ini penat. menurunkan hujan yang seakan menangisi sebuah ceritera hati. 

maaf, kerana merisaukan cik murobbiyah dengan kebisuan ku. maaf, hati sedang cuba bertahan dari membiarkan mata merembes. T_T

Warna. itu warni.

Cerita Tentang Warna. Warni. 

Yang membentuk sebuah kehidupan. 

Image

 

Warna: Pink.

“Taksukalah warna pink. Jambu.” Dia. 

“Jambu? Maksud kau?” Jiran.

“Entah. Macam perempuan. Nampak sangat lembutnya.” Dia.

“Eh, apa masalahnya? Kau kan perempuan?” Jiran.

“Heh. Perlu ke kau nak tunjuk sangat yang kau tu perempuan?” Dia. 

“Haha. Sampai sudah kau tak dapat terima hakikat kau tu perempuan? Apa masalah kau?” Jiran.

 

***

Warna: Merah

“Tudung sape nih? Merahnyaaaa.” Kakak Satu.

“Tudung saya!” Ceria, bersemangat. Hari pertama dia masuk sekolah.

Petang itu:

“Dari jauh dah nampak. Merah. Menyerlah.” Kakak Dua.

“Heee.” Senyum. Terasa di puji.

Malam itu:

“Awak memang suka warna merah ke Nurul?” Kakak Tiga.

“Awak tengok lah beg dia, kasut dia, selipar dia. Pensil case dia. Semua warna merah” Kakak Empat.

“Saya suka merah, bersemangat! Rasa termotivated!” Dia, senyum belum hilang. Tampak keyakinan dalam senyum itu.

“Betul, bagus…tapi, tak ke awak rasa warna merah tu sangat menarik perhatian kalau pakai di luar rumah? Macam menyerlahkan kewujudan awak kat situ. Ke awak rasa camne?” Kakat Tiga memancing fikirannya. 

Dia diam. Angguk tidak, geleng tidak. Kerana dia tahu kebenaran kata-kata tersebut. 

 

***

Warna: Ungu.

“Baju raya tiap-tiap tahun warna ungu Mejah. Hee.” Ain, menulis pada dinding MukaBuku Mejah, rakan sekelasnya.

“Ala Ain, tukarlah. Tiap-tiap tahun warna ungu. Tapi, cantik Ain pakai warna ungu. Nampak sopan.” Mejah. Menuturkannya lagi sekali.

“Eleh, habis selama ni tak sopan lah?” Ain mencebik. Senyum masih belum hilang. Termakan pujian Mejah.

 

***

Huh. Sukar membuat pilihan. Mungkin setengah benda kita pilih, tapi tak sesuai untuk kita pilihan tersebut kalau dikira ikut syariat. Heh, ingat mudah nak lepaskan sesuatu yang kita sayang? 

Kalau mudah, mesti dah ramai orang tinggalkan FB waktu azan untuk solat? 

“Sejak bila aku sayang Facebook?” Hati tu tanya, tapi, takkan sayang kot kalau dah tiap masa duk depan laptop bukak facebook?

Hati kita, Allah tau. Allah yang pegang. Nak menipu, silakan, tapi dosa paling halus, sebesar dzarah sekalipun, takkan terlepas dari timbangan Allah yang Maha Adil. 

 

Kisah hujan, dan seorang pelajar.

Seorang pelajar itu, memakai uniform kelas berwarna merah. Terpampang pada bahagian dadanya, nama dan nombor siri kelas. Lengkap berkasut, dan bertudung putih, dia bergerak ke padang. Doa dalam hatinya, dipermudahkan urusan oleh Penentu Takdir, Allah Azza wajalla. 

Dia bersemangat. Sangat. Senyum sampai ke telinga. Mungkin disebabkan oleh beberapa cabaran diri yang tercapai. Mungkin. Hanya dia dan Tuhannya yang tahu. Owh, si Pencatat Amal kiri dan kanan juga. 

Kerja pergi kelas hari ini, buat line padang bola baling. Tenaga pengajar tiada. Diluar kawasan kata ketua kelas. Tugas dia hari ini, menolak roller untuk membuat line. Kerana pada dia, pembelajaran itu melalui pengalaman, bukan melalui teori semata.

Heh, sebab itu, dia tak pernah suka pembelajaran satu hala. Kerna pada dia, tiada pertukaran idea, tiada percambahan idea. Meransang pendengaran semata-mata. Mungkin juga meransang deria lihat untuk terus hanyut. 

Sedang asyik menolak roller, hujan. Rintik. Semua bertebaran mencari tempat berteduh. Bukan berteduh dari mentari yang menghangatkan tetapi berteduh dari hujan yang mendinginkan. Pokok-pokok memberi manfaat. 

Tiba-tiba, dikepalanya muncul sesuatu. Perkongsian dari seorang yang lebih muda dari nya, namun bukan umur yang menjadi perkiraan, tetapi isi yang disampaikan. 

Kata dia tentang hujan, “Titisan hujan yang terkena pada kita, bukan semua orang kena. Hujan, sebuah rahmat. Dan, rahmat Allah itu, hanya terkena pada orang-orang yang terpilih sahaja. Mungkin, pada sudut mata kasar, kita lihat hujan itu mengganggu gugat kehidupan kita. Tapi, disebalik titisan hujan itu, Allah sahaja yang tahu rahmatnya pada apa. Beruntung sangat-sangat orang yang terkena hujan. Sebab Allah pilih dia. Contoh, di tengah malam, kita sedang study, tiba-tiba hujan lebat. Mengikut lojik akal, takkan kita nak keluar waktu itu? Tapi, untuk orang yang Allah pilih, dihatinya Allah timbulkan sebab dan keinginan untuk keluar dari bilik, dan kemudian titisan hujan terkena, terjatuh pada kulitnya. Tak ke kita rasa terpilih? Rasa yang sangat best???”

Dia senyum. Senyum. Kemudian, dia berlari keluar. Bermain hujan. Nikmat, zaman kanak-kanak yang hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat. Seharian hari itu, dia senyum. Lapang. sangat.

Alhamdulillah. 

Image

30:48. Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan ke luar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendaki-Nya tiba-tiba mereka menjadi gembira.

saya, memang gembira!

Hati tanpa sedar, mata yang kehujanan.

Syukur. Sebab aku tak uji sedemikian rupa.
kelihatan berat. Tapi, Allah tahu kemampuan hambaNya kan?

T_________T
sungguh, tanpa sedar hujan melimpah ruah.

bukan meminta, tapi hati yang merasa.
Allah sentuh hati tu, video hanya perantara.

kan? huhuh.

kata seorang teman, cukup sekali tengok video tuh.
tanak tengok lagi, sebab rasa tak dapat nak tahan.

and i said, YES! me too.

Bermain analogi. DALAM.

kalau kita tak pernah berada dalam kawasan peragut yang ramai, 
maka kita takkan belajar dan ingat untuk memegang beg kita dengan kuat. 

-UQY-

Iman, kalau tak diuji, mana mungkin kita akan berpegang denganya. 

mungkin sahaja, makin hari makin lalai. 

 

Heh, dalam sangat analogi. Kalau tak diterangkan kembali, memang tak tahu sama ada mampu atau tak membuat perkaitannya. 

Kata pula buku Berjuang Di Dunia, Mengharap Pertemuan Di Syurga, orang mukmin, bila diuji imannya, akan kembali pada Allah, tapi orang munafik, kalau diuji imannya, solusi yang dicari ialah berseronok dengan jahiliyyah. 

Heh, sentap tak? 

kalau sentap, hati itu yang bermasalah. Mana mungkin takda rasa langsung pada hatiyang Allah pernah ketuk dengan jalan tarbiyyah ini? 

heh. saja, nak sentapkan diri sendiri. sebab kadangkadang, eh bukan kadangkadang tapi selalu lupa pada nikmat yang satu ni. Nikmat IMAN.

Terjatuh dalam lumpur, bergelumang syok2 dengan lumpur, sebab lumpur baik untuk kulit, syoksyok, kalau Allah tak tarik, tak hantar manusia-manusia untuk tarik keluar dari lumpur tuh, mungkin, sekarang tidur lambar sebab bermain lumpur?

allah, aku nak husnul khotimah. T_T

Hidup untuk masa depan.

bukan untuk masa lalu. (Murobbi)

tapi, nak kenang kejap tentang sebulan misi Mencari Cinta.

Image

Sebelum masuk Ramadhan, dah nangis-nangis. Kemudian, datang ayat memujuk ini:

“Allah sedang melihat. Ramadhan kan bulan penyucian, Dia nak bersihkan hati awak. Untuk sambut bulan yang sangat mulia ni. Sabar lah. 2:286”

2:286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya….

Minggu itu, dilalui dengan penuh rendah hati. Penuh tunduk. Kerna hati ini sedang cuba untuk redha.

***

Jumaat yang kedua dalam Ramadhan, akal dan hati tidak dapat mengingati apa yang berlaku. Tapi yang pasti, malam itu ada sesi curhat dengan murobbi. Kemudian, saya lari ke Banting. Bukan lari sebenarnya, tapi mencari semangat. Barangkali diri ini lupa bahawa Allah itu ada di mana-mana. Tak perlu berlari hingga ke sana. Tapi, setiap perjalanan itu, Allah memberitahu sesuatu.

“Semua orang pun sedang struggle di tempat masing-masing. Sedang berjuang untuk menangkan agama dari nafsu. Sedang bertahan untuk mengekalkan kefahaman yang Allah dah bagi. Wahai hati, jangan mengalah, kerna perjuangan ini hanya sekejap. Cuma. Akan selesai, nanti.”

23:114. Allah berfirman: “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.”

Image

Senyum.

***

Minggu itu, memang terasa sangat kuat. Kuat dengan keyakinan yang Dia berikan. Sungguh rasa itu hadir. seketika cuma, setelah itu, Dia uji lagi.

Dan, ujian yang satu ini, betul-betul buat hati ini rasa sangat lemah. Sangat jatuh, bergolek. Hingga timbul pada hati ini untuk berhenti. Berhenti dari bertahan. Tapi, alhamdulillah, rupanya Dia masih sayang. Sangat sayang. Hingga terdetik pada hati ini soalan, “kerana siapa engkau bertahan wahai hati? Kerana ukhuwwah atau kerana Dia yang memberi ukhuwwah itu?”

Refleksologi hati.

Dan, tiba-tiba hadir dalam hati ini, kata-kata seorang kakak. “Dakwah ini, dah banyak meminta tenaga, harta, perasaan, masa dan banyak benda dari setiap orang yang bersama-sama kita. So, patutkah untuk kita berhenti secara tiba-tiba kerana ujian yang menimpa kita? Fikirlah sendiri.”

Sentap. Itu ayat setahun lalu. Tapi ayat itu hadir, mengetuk pintu hati, yang konon terasa lemah. Padahal, kekuatan itu, Allah yang kasi.

***

Hati kering. Tapi cuba juga untuk dibasahkan dengan airmata. Susah, setelah hati ini diajar untuk keras. Tapi, Allah yang kawal hati ini. Hujung minggu masuknya 10 Malam terakhir, aku menerima pelawaan murobbi untuk beriktikaf di masjid. Rindu, untuk sujud dengan hati pada Dia. Minggu itu juga, minggu terakhir di sekolah, yang banyak mendatangkan kisah duka pada hati. Tekad, jam 10 pagi lepas kelas, aku berkemas. Tengahari itu, aku keluar. Menghala ke masjid. Tambah lagi, usrah kami di sana.

untuk iktikaf, ku ajak bersama bunga-bungaku. Hati ini sangat lapang. Sangat. Hinggalah Dia uji lagi dengan sebuah kehilangan. Hati, tidak dapat dipastikan apakah rasa itu.

4:49. ….Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun…..

Dalam musahabah itu, aku temui ayat ini. Dan aku rasa, aku tahu apa sebenarnya yang perlu hilang dari hati ini. Bukan sebuah telefon itu, tetapi perasaan yang hadir bersama telefon itu. Dan aku tahu di mana silapku.

Hari-hari terakhir ramadhan, ku cuba lalui dengan yang terbaik. Dengan sebaiknya. Kerna, perkara-perkara yang mengganggu ketenteraman hati ini, Dia telah lupuskan. Dia lupuskan.

Betapa sepatutnya, Aku bersyukur, bersyukur, dengan perasaan yang Dia limpahkan minggu terakhir itu. Dan sungguh, Ramadhan ini, ramadhan yang berbeza dari sebelumnya.

 

Kembali kepada realiti, 7 Syawal 1433 H, Seremban.

Jodoh antara kita, setakat ini.

sabtu, 11 ramadhan: Allah ambil balik apa yang dipinjamkan pada hati ini. Sedih, tapi belajar untuk redha. 

Image

4:49. ….Sebenarnya Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya dan mereka tidak dianiaya sedikit pun…..

ramadhan ni, bulan penyucian. bulan pembersihan hati.
=)

lagipun, Allah uji, untuk lihat siapa yang terbaik amalnya. sebab ujian itu, untuk penyempurnaan amal.

contohnya; kita buat asignment, lecturer reject. so, kita kena buat lagi, buat lagi, sampai dia betul2 puas hati. cuba bayangkan, tugasan yang no 1 dengan tugasan yang dihantar, mana lagi bagus?

=)

dear champ, Allah hanya ambil balik pinjaman itu. aku, masih hidup tanpa kamu. aha. =)

dan, Allah Maha mengetahui apa sebenarnya yang tersembunyi dalam hati ini waktu itu.
 
***
 
Malam ni malam ke 27!
jom, rebut taqwa untuk 11 bulan akan datang!