“akak, bila akak nak kahwin?” Soalan normal untuk umur 23 hinggalah umur (orang tu dah kahwin). 

Dan, kalau pensyarah pula mesti dia akan tanya macam ni, “apa awak nak buat lepas posting? Saya cadangkan, awak sambung belajar. Cuba dapatkan HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) untuk sambung belajar. Biasiswa bergaji penuh.” Dan kawan saya menjawab, “Saya nak jadi Nazir.” Semua yang lain diam. Kemudian gelak. Teringat momen lepas. 

Perbualan antara kawan-kawan sebatch pula, “Nanti posting kau nak minta negeri mana?” 

***

Masa depan. 

Image

Perlu di rancang. 

Image

 

Apa yang berlaku selepas perancangan, Allah yang tentukan. 

Bukan sekadar, hidup tanpa perancangan, dan hanya ikut flow. Nak buat ikut suka hati. Hidup tanpa misi. Jadilah kitaran bodoh. 

Dan, harus, bercakap setelah berfikir. Perancangan jangka masa panjang, dah ada. Perancangan jangka masa pendek, juga dah ada. Perancangan hidup berkeluarga, insyaallah juga dah ada. Segalanya, telah dirancang. Rancangan itu, saya serahkan pada Allah untuk mengizinkannya berlaku atau tidak.

Cuma, sedang berusaha untuk segala perancangan tersebut. Biizdnillah.