sim.ple.

‎”semoga hati-hati kita berkumpul, 
atas dasar ketaatan kepada Allah, 
dan atas dasar cinta kepada Allah..

dan, atas dasar satu matlamat dan amanah yang SAMA.
kerana kita hendak melaksanakan tanggungjawab abid dan khalifah.”

[Akhawat BFG NZ]

***

Pesanan dari lisan tertitip untuk aku kuatkan hati.
Bukan hati sedang melemau, tapi kekuatan yang ada perlu dipertingkatkan.

Dia, hantarkan kasih sayang melalui mereka di sekeliling. 
kerana dakwah ini, dakwah kasih sayang.

Half Normal.

Pernah sekali aku bertanya pada diri, “kan bagus, kalau aku jadi normal je? instead of been in this gerabak? Jadi je macam orang normal yang lain.”

astaghfirullah. taknak lagi timbul perasaan macam tu dalam hati. Allahu akhbar. Alhamdulillah. 

30:30. Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui,

Dalam quran, Allah sebut manusia yang normal tu, manusia yang menurut fitrah beragama, tapi ada segelintir manusia, yang tidak tahu dan tak ikut fitrah tu. Dan mereka yang TAK ikut fitrah agama itu, yang sebenarnya tak normal. 

Agak tersentap di situ. 

Lagipun, mungkin kena tengok balik, apa definisi normal yang ada dalam otak waktu itu. kalau definisi normal yang ada dalam otak waktu tu adalah normal ikut pandangan masyarakat, makanya, jangan ngada-ngada cakap diri tu nak jadi normal macam tu. 

Sebab…

Normal pada pandangan masyarakat adalah berbeza dengan normal ikut pandangan Allah. Ber’pasangan’ sebelum kahwin itu adalah normal bagi sesetengah masyarakat. Bahkan, kalau kat negara-negara yang bukan islam, lebih dari berpasangan pun masih dikira normal. 

Tapi, kita tahu kan, benda yang betul benda yang salah? 

Kalau tak tahu, sila facepalm diri sendiri sebab tak belajar. Sebab tak ambil tahu. Sebab biarkan diri dalam kejahilan. 

Kalau dah tahu, tapi still buat juga benda-benda pelik yang KONON kata normal, then facepalm diri sendiri berganda-ganda kali supaya ingat dan sedar diri sikit. #tarbiyyahyangtaf.

Setakat ni, aku boleh kata, aku ni half normal. Sebab, masih lagi dalam usaha untuk menjadi normal. Betul orang kata, iman tu turun naik, normallah, tapi, sampai bila nak salahkan iman?

Bukankah manusia tu sendiri yang menjaga imannya? 

Tak perlu nak jadi pelik sangat, kalau yang pelik itu jauh dari syariat. Tak perlu nak jadi unik sangat, kalau yang unik itu, tak ikut hukum Allah. 

 

 

 

Tabuk yang berbunyi.

Tabuk mereka, kurangnya pada harta.
Tabuk kita, kurangnya pada mujahadah.

***

Cerita Tabuk. Perang terakhir dalam hayat Rasulullah. Waktu itu, pokok kurma tengah meranum. Kemarau. Dari Madinah untuk ke Tabuk pula, perjalanan yang sangat jauh.

Siapa yang sanggup?

Mereka, golongan yang beriman. Menurut Raheeq Maktum, Perang Tabuk itu, perang yang memisahkan golongan mukminin dan golongan munafikin. Siapa yang tertinggal, itu golongan munafikin, kecuali beberapa orang yang tidak berkemampuan dari segi harta dan keupayaan. Tidak ketinggalan, 3 orang sahabat, yang tertinggal disebabkan kelengahan mereka.

Untuk further information, rujuk pada Raheeq Maktum. Sekian.

***

Sungguh banyak yang aku belajar dari mereka. Hampir berada pada situasi Kaab bin Malik. Hampir tertinggal dari gerabak dakwah. Hati rasa perit untuk menahan, sama ada pulang ke rumah, atau bersama-sama mereka di Mukhayyam tersebut, yang mana, aku tidak begitu jelas apa fungsi kehadiran aku selama di sana.

Lalu membawa diri ke UNIM lepak di sana buat seketika, dan membawa diri ke Seremban. Melambat-lambatkan kepulangan ke kampung agar Allah menjadikan keinginan yang sedikit menjadi melimpah ruah. Lama berteleku di suatu taman bersebelah A&W, aku mengheret kaki ke Bangi.

Dalam hati berbunyi begini,

Kaab bin Malik, sahabat yang tertinggal sewaktu perang tabuk, menangis-nangis merayu memohon keampunan pada Allah kerna berlengah-lengah untuk menyahut seruan jihad. Hukuman nya boikot. Sehingga bumi yang luas terasa sempit.

Pantaskah aku memilih untuk menjadi seperti Kaab?

Sekalipun, aku tidak bersama dalam Mukhayyam tersebut, kerugian adalah pada aku, bukan pada mereka di sana, bahkan bukan juga pada Allah.

Peluang, Allah bagi bukan selalu, dan, sentiasa aku memohon agar diberi peluang, tapi kenapa saat diberi peluang, tanpa berfikir aku menghulurkan salam perpisahan pada peluang tersebut?

Alhamdulillah. Tabuk untuk ku, berlalu.

Dan sungguh, banyak yang aku belajar dari adik-adik. Banyak perkara yang aku tak rasa, tapi mereka rasa. Subhanallah dan membuatkan aku berfikir panjang. Allah yang tolong kan? Walaupun aku rasa sangat gagal sebagai kem.kom. tapi rupanya Allah bagi peluang untuk aku belajar.

Dari fasa menyiapkan buku program untuk mereka, mencari lagu, dan pelbagai perkara lagi, setiap saat adalah tarbiyyah. Dan, itu tidak lain tidak bukan adalah kurnia dari Tuhanku.

Tak pernah sekalipun menyertai Mukhayyam. Kerna sudah terlalu banyak keadaan dan situasi yang Allah tidak letakkan aku bersama dalam mukhayyam sebelum ini. bersama sahabat sebatch tarbiyyahnya.

Dan, daripada kakak-kakak. Belajar macam mana respon mereka terhadap sesuatu situasi. Allahu akhbar. Rasa kerdil sungguh. Rasa terlampau banyak lagi benda yang kurang.

Interaksi mereka dengan kehidupan sungguh berbeza. Mereka berfikir, semuanya kelihatan lead to Allah. Dan. setiap ruang masa mereka di isi dengan sesuatu yang berguna. Astaghfirullahal adzim untuk diri yang masih perlahan ini.

Moga hamasah kamu tidak luntur walau dikala itu kamu jauh dari usrah. Tarbiyyah itu, wujud sekeliling kamu, ambil, ambil sebanyaknya.

Fi amanillah ya ukhti. Moga cuti itu tak membunuh hati mu.
seperti mana ia pernah membunuh hatiku seketika dulu.

Cer.Pen: (Tajuk letak sendiri)

Kenapa tiap kali benda2 sakit macam ni, nak kena bayangkan benda ni berlaku pada mak ayah? adik abang, family semua?” Dia mengulang soal, setiap kali isu dunia dibangkitan.

“Supaya kita kat negara aman ni rasa apa yang orang kat negara bergolak tu rasa? Supaya timbul perasaan sedar dalam hati. Supaya semua orang di sini menembak doa tatkala orang-orang di sana ditembak dengan butir-butir peluru hidup. Takke kau rasa something andai benda tu berlaku pada family kau?” Orang di sebelah menjawab. Dan dia masih lagi menyedut McFlurry Oreo. Sedap katanya.

Membayangkan tu perit. So, lebih baik tak bayangkan. Living in ignorance? Can I?” Amir sekilas menjeling pada dia di sebelah. Masih lagi dengan muka toya selamba tanpa kelihatan langsung pada raut wajahnya perasaan belas kasihan. Apatah lagi rasa bersaudara dengan mereka di tanah itu.

Kau kejam Syahid! Tidakkah kau juga ingin syahid sebagaimana nama yang dinamakan kepadamu, kawanku?” Amir bersoal jawab sendirian dalam hatinya.

Kalau kau nak hidup macam tu terpulanglah. Tapi jangan pula nanti, bila keadaan tersebut betul-betul berlaku dan kena pada kau, dan pada family kau, jangan merintih. Jangan meminta orang mendoakan kau, kerna kau pun tak punya perasaan itu sekarang.”

Dan, jangan tunggu benda tu betul-betul berlaku. Kau takkan sanggup untuk hadapinya sebagaimana kau tak sanggup untuk bayangkannya.” Amir menarik kaki. Keluar. Terasa panas dengan sikap temannya itu. Terasa panas juga dengan sikap diri sendiri, yang tidak mampu bersabar.

Amir, bukankah kefahaman itu yang membentuk tingkah laku? Dia tak faham Amir. Dia tak faham isu yang sedang kau perjuangkan.” Amir memujuk hati.
Tapi sampai bila kau nak terus berada dalam hidup macam tu? Melarikan diri saat diasak dengan perkara ini. Teman, sedarlah. Mekdi tu, makanan je. Yang kau boleh dapat lebih enak disyurga nanti. Aku bukan meminta kau ke sana berjuang atas namamu Syahid, tetapi hanya satu, bantulah ekonomi Si Yahudi Laknatullah disekat dengan usaha boikot tu.” Satu suara di dalam hatinya berbunyi.
Bukan sekali dua. Bahkan berkali-kali disampaikan kepada Syahid. Malah, banyak juga ajakannya ditolak. Air mata jantan mengalir di pipi. Amir kalah dengan peperangan dalam hatinya.
2:269. Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur’an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugrahi karunia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).
Amir menyentuh skrin Sony Experia Go. Membaca secebis kata-kata yang dihantar kepadanya 2 hari lepas.

Doa, mungkin terhalang oleh dosa-dosa kita. Doa itu, betul senjata mukmi, namun doa itu, terhadang untuk sampai kepada Yang Maha Mendengar disebabkan oleh kecelaan yang kita lakukan. Bersihkan lah dirimu, agar mereka yang engkau pohonkan doa untuknya, mendapat manfaat dari doa-doa mu. Salam Tahajjud.

Amir tersentak. Mungkin sahaja, sukarnya manusia disekeliling dia menerima nasihat disebabkan oleh dosa-dosanya yang menggunung.

Allahu rabbi. Patutlah satu pun doaku tidak bersambut lagi. Rupanya aku sendiri yang merosakkan doa-doaku.” Pantas dia melangkah ke arah masjid. Menyambut seruan azan yang berkumandang setengah jam yang lepas.

***

Entah apa yang aku tulis, aku tidak pasti. Jari hanya mengikut arus pada kata hati. Terasa nak spill sesuatu di sini.

Kalau benar sayang, jangan biar daku terjunam, 
kalau benar cinta, bawalah daku ke syurga.

Bahagia itu ada, pada hati yang cinta,
rindu itu ada, pada hati yang kasih. 

***

Pesan Ummu Khadeejah padaku semalam, “Di saat hatimu masih dibiarkan kosong oleh perasaan lain yang bertandang, di saat ruang masamu tidak terikat pada kerja yang mengejar, manfaatkan waktu mu untuk membaca sebanyak-banyaknya. Luangkan masamu untuk menghafaz sekuat-kuatnya. Kerna, pada satu ketika nanti, saat kamu berada di dalam kondisiku, akan ada banyak perkara yang akan kamu kenangkan.”

103:1. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

Tingkatkan iman. Kerjakan amal yang soleh. Nasihat dan menasihatilah.

Doakan yang terbaik untuk saudara di sana. Doakan dalam keadaan dirimu sentiasa dibersihkan. Supaya doa yang kau tembak tidak terhalang oleh kecelaanmu sendiri.

Milk.

tertinggal huruf i, sepatutnya milik. =D

Image

***

Anda mengakui bahawa Allah adalah Tuhan anda dan juga Tuhan dari segala sesuatu. Apa artinya ini? 

ini berarti bahawa hidup anda bukanlah milik anda sendiri tetapi adalah milik Allah. 

Menjadi kewajipan bagi anda, apabila pemilik segala sesuatu adalah Allah dan anda hanyalah orang yang dipercayai untuk mempergunakan segala sesuatu yang diberikannya kepada mu, maka anda harug menggunakannya secara betul-betul sesuai dengan perintah Pemilik-Nya. 

[Dasar-dasar Islam – Abul A’la Maududi]

***

Bila fikir-fikir balik, bila semua benda kat dunia ini kita rasa kita hanya peminjam, dan Allah adalah pemilik, kita takkan rasa kedekut. Kita akan lebih banyak memberi dari menyimpan, sebab kita tahu yang semua benda ni milik si Pemurah, Allah azza wajalla. 

erk, tapi kalau benda tu kita pinjam dari orang, kita takleh bagi orang guna suka-suka hati je. =_=

so true. Bila kita memberi, kita kena sedar yang kita memberi untuk apa, kerana apa. Sebab..isteri dan anak-anak anda yang anda kata adalah milik anda, mereka menjadi milik anda hanyalah karena diberikan oleh Allah. Karena itu, anda tidak berhak memperlakukan mereka sekehendak hati anda tetapi haruslah secara yang diarahkan oleh-Nya-pages 35.

Nak tahu macam mana nak uruskan sesuatu yang diberi pinjam? Kita ada manual hidup. wohhaa! 

***

mencari idea nak settlekan projek 1, mencari masa nak settlekan projek 2, nak cari ruang untuk settlekan projek 3.
bajet macam hebat nak ada banyak-banyak projek kan? tapi sebenarnya itu projek untuk mantapkan iman sepanjang cuti ini. Sebab tahun pertama tarbiyyah dulu, waktu cuti sangat teruk. Tahun kedua tarbiyyah, memang sangat teruk nak compare dengan tahun satu, sebab tahun satu itu, cuti ku bermula selepas jaulah. semangat nya berkobar-kobar padahal lebihnya pada semangat je. Dalamnya tak beza pun. KOT! 

Dan, aku taknak ulangi lagi benda yang sama. Bajet akhawat qowiy lah eh nak futur-futur nih? Menjaga iman sendiri pun masih lagi merangkak-rangkak. ish. 

Sebab itu lah adanya projek 1, projek 2, projek 3. Benda-benda lama yang memang zaman tahun satu dulu aku aim, tapi tak dapat-dapat. Sekarang baru nak sempurnkan balik impian. =) Ameen.

***

Bila baca balik post-post dalam tulisan ini, aku rasa makin lama makin entah ke mana. Tapi apa yang aku tulis, banyaknya apa yang aku terasa. TERASA. bukan suka-suka tulis. 

Dan, sebenarnya tak kisah pun ada orang baca ke tak, yang penting, setiap tulisan ini untuk aku jadikan medium untuk tingkatkan lebih banyak amal. Sebab, yang menulis terlebih dahulu membaca apa yang ditulis, dan merasa apa yang dibaca. 

hey, kalau tak rasa apa-apa, baik takyah baca! Membazir masa je. #ehtibatiba. 

Alahai, adik-adik manis, kalau usaha kita tak membuahkan hasil, jangan khawatir, Allah kan ada untuk tolong kita. Baca je lah, cari je lah, yang penting kita ada usaha. Bila sampai masa, dapatlah apa yang kita usahakan. lebih penting lagi, yakin dan jangan putus asa pada Dia. 

39:53. Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 

15:56. Ibrahim berkata: “Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat“.

kan ke di awalan post ini tertulis, segalanya milik Allah? =D 
jangan sebab sekelumit putus asa kita, menyebabkan kita menjadi orang yang sesat? =D 

p/s: lebih selesa hidup tanpa henpong. =_= bahaya. 

nasihat keibuan.

bila tengok budak-budak kecik, jangan sumpah seranah marah marah bebel cakap diorang nakal, bising dan benda-benda negatif tu. Instead of cakap macam tu, baik minta doa dengan Allah, dikuatkan hati dan ditingkatkan kesabaran kalau andai suatu hari nanti jadi mak ayah.

budak-budak kecil, diorang bukannya nakal, cuma curiosity terlampau tinggi. 

Jangan pula, sebagai yang dewasa, kita pula tak matang duk bertegang urat dengan dia sebab nak dia dengar cakap2 kita? duk bising-bising suruh dia buat apa kita suruh, walhal, diorang mungkin tak faham apa yang kita arahkan. 

tiba-tiba cakap dengan dia, ‘tolong jadi mumaiyiz boleh tak?’ Yang ni, rasanya yang cakap tu yang belum cukup mumaiyiz lagi. 

***

kalau anak nangis, jangan lah duk cakap, “syhh. syhhh. Diam anak mummy sayang. senyap anak papa sayang. tengok cicak atas tu. hah bunyi (ketuk pintu) apa nihhh?” 

instead of saying that, apa kaa selawat ke, zikir ke banyak-banyak. ataupun pasang azan ke. Wallahuallam. tapi buatlah sesuatu yang membuatkan kita ingat Allah dalam mendidik dia. kan ke ingat pada Dia, hati jadi tenang? 

***

banyak-banyak benda yang dilalui, aku rasa kena ingatkan diri balik, untuk SABR. mungkin sebab tu eh “sabar itu separuh daripada iman?”

sebab, sabar tu menujukkan kehemahan sikap kau. 

Kawan aku pernah cakap, “salute/solute (taksure eja cemane) aku pada seseorang akan hilang bila dia tak fail berhadapan dengan nafsu amarah dia. tak kira sesiapa, budak surau ke, budak disko ke. part jadi budak surau itu, satu kewajipan lah. Tapi everything zuuusss hilang bila marah, dia fail.”

***

Sabarlah didik anak-anak. Jangan keluarkan perkataan buruk pada diorang. Kata-kata itu satu doa tauuu? 

 

 

Ketuk-ketuk.

Marah 1:

Tengok budak-budak pakai baju kuning, aku je pakai baju merah. Argh!!! hempas pintu. Masuk bilik tukar baju. Pergi kelas dengan perasaan tak leh nak cakap. marah. Tak pernah buat macam tu. Tak tegur diorang pun. Tak tengok pun muka diorang. marah. Mengadu kat orang KMB waktu itu. Pergi kelas, buat larian dulu 2.4km. Puas. Tapi still marah lagi dengan kawan. 

Tett…tett. Bunyi mesej masuk. Waktu itu, pakai Nokia N73. 

“Nak marah tu, takda masalah, tapi tahu tak marah tu sifat siapa? Siapa yang akan melompat-melompat waktu kita marah? Dan, yang layak marah hanya Allah. Siapa lah kita nak marah manusia yang sama macam kita, Kalau kita ni statusnya lebih tinggi dari manusia, boleh juga. tapiiiii…..” 

Kalau tak silap aku, aku tak balas kot mesej dia. memujuk hati yang sedang panas. Dan kawan-kawan minta maaf. Kalau tak silap aku juga, tu first time aku marah. Marah yang memang marah habes. 

***

Marah 2

Dah lupa. sigh =_=”.

***

Teringat murobbi aku cakap, “kita nak marah, nak marah dekat sape? orang yang mendatangkan kemarahan kita? Ke dekat Allah yang mentakdirkan benda tu?” 

Hah, terus tak jadi nak marah-marah bila mana dia cakap, ‘..ke nak marah dekat Allah yang mentakdirkan benda tu?” 

***

Nak marah, marahlah, tapi kena ingat, marah kita tu pada siapa, untuk pada? heh. Sirius. Nak marah hingga nak nangis. Urgh. tapi tapi, tanya balik pada diri, “Awat hang nak maghah? hang nak maghah dekat sapa?” 

***

Marah dan merajuk, saling berkait, ye dok? =) 

***

Bukan aku yang sedang marah, tapi orang lain. Cumanya aku juga ada kisah marah. Tapi itu dulu. Moga hati lebih cepat bersabar dari cepat marah. Ameen. =)