Books – Mitch Albom

Baru habiskan buku Mitch Albom – The Next Five Person You Meet in Heaven. good book. Always. Mitch Albom antara favourite english author saya. Buku dia boleh baca santai-santai, tapi the message he brings, sangat la deep.

Hari tu ada beli pdf Finding Chika -Mitch Albom, but pdf are really not my type. Tak berjaya flip pun walaupun dah start a few pages. Bosan. Buku ni i can finish in just one day.

Saya letak kat sini antara quote yang saya rasa sangat best.

“Do you know what causes wind? High pressure meeting low pressure. Warm meeting cold. Change. Change causes wind. and the bigger the change, the stronger the wind blows.”
― Mitch Albom, The Next Person You Meet in Heaven

Saya suka part quote ni. Bila dia sebut pasal berubah. Change yourlife, yourself is really not easy. Lagi banyak benda yang kita ubah, lagi sakit jiwa. But if that happen for the sake of Allah, there’s no regret, kan? Allah tengok all those efforts. Walau sebesar zarah.

“We fear loneliness, Annie, but loneliness itself does not exist. It has no form. It is merely a shadow that falls over us. And Just as shadows die when light changes, the sadness can depart once we see the truth.” ― Mitch Albom, The Next Person You Meet in Heaven

This another quote yang saya suka juga. Mestilah yang saya tulis kat sini yang saya suka. Haha. Kita selalu rasa takut bila bersendirian, while kita lupa, dalam sendiri kita sebenarnya ada Allah, ada malaikat bersama. Sendiri tu tak pernah wujud pun. Sesetengah orang pula, masa dia duk sorang-sorang la duk nak buat maksiat, dia lupa yang Allah tengah perhati je.

“Have you ever considered how many living things there are on earth? […] People. Animals. Birds. Fish. Trees. It makes you wonder how anyone could feel lonely. Yet humans do. It’s a shame.”
― Mitch Albom, The Next Person You Meet in Heaven

Hah, ni satu part lagi yang dia sebut pasal loneliness. Manusia tak pernah rasa cukup dengan apa yang dia dah ada. Masih mahu meminta lebih.

Buku ni, bagi saya sesuai sangat untuk orang yang rasa heartbroken, atau sejenis yang berkawan dengan orang yang heartbroken. Sesuai juga untuk orang yang masih dihambat masa lalu. Masih terfikir-fikir tentant ‘what if….

Buku ni simple. Menggunakan bahasa Inggeris yang mudah. InsyaAllah boleh difahami dengan mudah.

Sekian. Saya tutup dengan quote dari buku ni juga.

“But all endings are also beginnings.”
― Mitch Albom, The Next Person You Meet in Heaven

#reviewbukubywahi
#mitchalbom

third quarter

bismillah.

2018 almost dah nak habis, dah nak habis third quarter. dan 2nd trimester for me. Alhamdulillah. 1st trimester yang sangat mencabar. bila Allah tarik semua nikmat yang pernah Dia bagi.

nikmat makan/minum.
nikmat bercakap.
nikmat drive.
nikmat mandi.
nikmat tidur.
nikmat sihat yang utamanya.

bila Allah tarik nikmat tu, baru sedar, tanpa semua nikmat yang Allah bagi, life memang nonsense. for me la waktu tu. kena warded sampai dua kali. life rasa useless habis waktu tu.

hingga sampai ke tahap, “why la i choose to have a baby?”

tapi cepat2 istghfar. Allah juga yang masih menjaga hingga kini, sebab bila scan baby, amboi kemain aktif ye? Alhamdulillah, tu nikmat yang sangat disyukuri.

jazakumullahu khair katheera buat semua yang sangat memahami.

still long way to go, cuma mengharapkan Allah jaga both of us dari gangguan syaitan dalam setiap keterbatasan diri yang wujud.

dalam fasa teruk tu, the only way yang buat hati terus rasa kena fight, sebab bila baca isu umat…

2018: satu kehidupan baru

April 2018. 1/3 of 2018 hampir sahaja ke penghujung. Dan kiranya status yang akan bertukar juga. Moga-moga keputusan yang di ambil dari awal dulu, ditetapkan hati dan membawa barakahnya hingga ke syurga.

Moga-moga.

Anak tangga kedua akan lagi mencabar, harusnya daya tampung diri perlu lebih besar. Maka untuk itu, jiwa perlu double besar, no more emosi-emosi yang tidak matang (well i know i am improving this year).

Dua hati yang bercantum nanti, dengan sepenuh takdir susunannya, bukan untuk suka-suka atau sekadar mengikut trend semasa, atau sekadar melengkapkan cycle kehidupan, bahkan  lebih besar daripada itu.

Baitul Muslim ini, sebagai alat untuk naikkan balik islam ni. (tanam dalam-dalam)

countdown, just to prepare myself untuk hidup dalam fasa baru. insyaAllah with the help of Him, insyaAllah baik baik sahaja.

teringat satu kata-kata seorang kakak,

“bila allah kata, DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAANNYA, di ciptakan untukmu dari jenis kamu sendiri….”

di antara is refering to, a part of.

Maka, perkahwinan tu bukan matlamat, ia hanyalah sebahagian daripada kehidupan, bukan penghujung atau penentu kebahagian.

kalau kita dapat rezki ni awal, maka Alhamdulillah.
kalau kita dapat rezki ni lambat, alhamdulillah.

semua pun khair.

yang pastinya, niat kita akan menjaga kita dan perkahwinan yang kita bakal bina. oleh itu, perlulah sentiasa kita membetulkan dan memperbaharui niat kita.

Moga sahaja Allah redha, dan kami pun redha dengan susun atur Nya.

beban atau bekal?

bismillah.

bebanan akan hilang, bila dilepaskan-someone.

Bila okey, rasa bahagia, indah.
Bila tak okey, rasa worse habes.

selalu terfikir, ada yang salah ke? tak boleh ke kadang menuntut hak manusiawi? dan waktu itu keadaan tak bertembung antara hati dan priority.

tiap kali itu juga, mesti air mata jatuh. dan rasa penat. beban yang makin berat.

mungkin lebih adil kiranya, untuk hati akal dan jasad kalau rasa ini dilepaskan. kalau ia beban, maka hati akan lega. kalau ia bekal, biarlah allah yang menggantikan dengan bekal lain yang lebih baik.

sebabnya, hanya Allah yang tahu apa yang dah berlaku dalam kisah ni selama tiga tahun ni. kalau benarlah segalanya untuk Allah, cukup lah saksinya hanya Allah. tak perlu dunia melihat apa yang sedang berlaku.

aku, berlepas diri dari beban itu. mohon kiranya Engkau menggantikan lompong itu sepenuhnya dengan Mu sahaja.

biarlah segalanya kembali seperti asal.
terikat kuat tapi tersekat.
hanya doa yang menjadi penyambung terkuat.

الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ43:67
Close friends, that Day, will be enemies to each other, except for the righteous

tumblr_ne49d3fW2v1r8mez8o1_500

#belajarmelepaskan
#ukhwahtakmati
#bumidanmatahari

ramadhan 10.

bismillah.

ramadhan 11 mungkin sejak maghrib tadi. mata masih segar penangan air nescafe gold caramel latte. Hadiah anak murid kasi.

al-baqarah-186

tiap kali ramadhan, tak pernah rasa bosan mendengar tadabbur dan sharing ayat ni. ayat ni nak emphasizzekan bahawa, berdoalah, Allah sedang mendengar, bahkan Dia sangat dekat.

Ayat ini adalah jawaban dari suatu pertanyaan, beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami itu dekat hingga kami membisiki-Nya ataukah Dia jauh hingga kami menyeruNya?” , kemudian turunlah ayat, { وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ } “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat” karena sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Mengawasi, Maha Melihat dan Mengetahui apa yang tersembunyi dan dirahasiakan, Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati dan Dia sangat dekat dari orang yang berdoa kepadaNya dengan mengabulkannya, oleh karena itu Dia berfirman, {أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ } “Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu” berdoa itu ada dua macam, doa ibadah dan doa meminta.

hari ini. Allah menerangkan sesuatu melalui perantara manusia. satu doa yang saya tak pernah berhenti lagi minta. dengan pengharapan, suatu hari nanti Allah akan kabulkan. tipu kalau saya kata tak pernah ada rasa putus asa, tapi Allah tu sifatnya Maha Mengabulkan. MAKA,mintalah!

***

di masjid hari ni, tertarik dengan keletah seorang kanak2. umur enam tahun.

“kakak, jangan bising2 ye, rumah Allah tak boleh bising2.”

“oooo. ini rumah Allah ye ummi?” Perbualan pertama yang membawa saya untuk memerhatikan mereka.

“ummi, boleh tak kita solat pendek hari ni?”

“Cuba pergi tanya Abi, cakap dengan abi, kita nak solat pendek hari ni.”

“ummi, abi pakai baju warna apa?”

“ummi pun tak ingat sayang. tapi cuba tengok kat tepi tiang tu, abi selalu duk kat situ je.”

“hah, tahu dah. abi pakai baju warna bwown.”

maka berlarilah dia ke sana. kemudian datang semula. saya masih tersenyum. terhibur. suci dan bersih. tarbiyatul aulad. Lahir dalam keadaan bersih, ibu bapa yang melukis, mencorakkan.

“ummi, abi cakap, solat terawih 8 rakaat, kemudia witir.”

“ok. lepas witir kita balik ye?”

“ummi, witir tu apa?”

“witir tu solat penutup. kita buka dengan solat subuh, kemudian kita tutup dengan witir. Apa-apa yang kita buka, kita kena tutup balik.”

***

“umur berapa tu kak?” saya memulakan bicara. tak tertahan hati mahu berkenalan dengan si anak, dan mengambil sesuatu yang saya kira ilmu masa depan.

“6 tahun dik.” kakak tu senyum. kemudian menyambung bicara hingga akhirnya membawa kepada nasihat-nasihat orang lama.

“selalu ke akak datang masjid ni?” Masjid tu, tempat berhimpun. Memaknakan ayat 49:13. Dari surah al hujurat, diciptakan manusia berbangsa2 bersuku-suku agar saling mengenali.

“sejak ada dia, kat masjid ni la. kira dah tiga tahun la. sebelum ni tak buat. sebab takde ilmu. ingatkan terawih kena kat masjid je. tapi alhamdulillah.” mata sekejap2 menjeling pada anak. agar tak hilang dari pandangan.

“Sebelum ni selalu kat mana?” saya mencari-cari modal berbual. cuba mengenal niat di hati. mencari kebaikan dari setiap pertemuan.

“masjid kat pantai permai. tapi masjid kat sana kurang mesra kanak2.” panjang lebar bercerita sehingga saya sendiri tak sedar.

“dah kahwin? tak kahwin lagi kan?” saya menggeleng sambil senyum.

“doa banyak-banyak. jangan tinggal tahajud. jangan tinggal dhuha. minta satu2 kat Allah kita nak orang yang macam mana. kena sebut. biarlah lambat dia datang, tapi kita harap kita dapat ciri-ciri yang kita nak ada pada orang tu. Lambat takpe, asalkan tepat.” Dia senyum.

Dalam hati berdebar2. sangat random. seperti yang kakak2 selalu cakap. spesific kita minta kita nak apa, yang macam mana.

” dulu akk tak reti sangat. takde ilmu sejauh mana kuasa doa tu. jadi akk tak buat pun, tapi alhamdulillah allah bagi orang yang baik2.”

saya masih tersenyum. sambil sekejap2 mengangguk.

“doa banyak-banyak. minta dan sebut satu2 orang yang macam mana yang kita nak. biarlah lambat pun, asalkan tepat. akak minta diri dulu ye dik nak masuk saff. assalamualaikum.”

hati belum habis terkejut. kasih sayang Allah. di hantar bicara Nya melalui manusia. Tulus.

in any condition, jangan berhenti berdoa dan meminta. its a sign of our kelemahan dan ketundukan hati.

moga setiap yang diminta adalah dalam rangka ketaatan dan ibadah kepada Nya semata.

#yangMahaMemakbulkan.

Menjadi yang dicintai


Bismillah. 

Ramadhan2017. Tak tahu ramadhan ke berapa sejak Allah keluarkan dari kegelapan kepada cahaya, dikeluarkan dari lumpur kepada padang rumput yang menghijau. 

Seringkali, ramadhan dimindsetkan dengan pembersihan. Dan seringkali Dia yang menghantarkan tentera2nya untuk penyucian ini. Dalam bahasa mudah, seringkali ramadhan di dahului dengan titik hujan dari mata. Bagai hujan yang Allah turunkan untuk membersihkan bumi. 

Sehingga ke tahap, akal dah tak mampu nak berfikir, hanya air mata yang dibiarkan mengalir. Ini bukan cerita emosi, sekadar melepaskan beban yang tanggung. 

Sejujurnya, bukan mengira apa yang dah diberi, cuma mengharap dan memohon allah memilih, memberi seidkit rasa untuk mereka agar terus berjalan sehingga benar2 jelas dan terang jalan yang diikuti ini. 

Allahu. 

Menjadi khalilullah tu tak mudah kan. Nabi ibrahim sehingga ke tahap yang allah turunkan perintah menyembelih anak yang ditunggu sekian lama. 

Dari sudut gaya pandang manusia biasa, dakwah nya jugak langsung tak diceritakan. Tapi pelik bila Allah menggelarkannya Khalilullah, which means kekasih allah. 

Mungkin sebagaiman aku yang terlalu sering memoersoalkan, “what is the value of me ya Allah sehingga ke saat ini Engkau masih memilih?” 

Bukan harap Allah tak pilih, no. Tapi melihat kesan-kesan apa yang aku dah ditinggalkan kalau one daya Allah mencabut ruh ini dari jasad? 

“Moga hati tak berhenti bersyukur, ahar tak jadi seperti kaum bani israel, yang tak pernah cukup dengan ape adanya”

Fall eight, get back nine.

“Akak. Do u ever have a feeling to have ‘me time?’ the feeling of staying out of people. Out of crowd of voices.Yang ada hanya dengan makhluk Allah yang lain selain dari manusia.” Melepas nafas. Panjang. Dia rasa dia tengah tak okey. Tapi dia tak tahu atas sebab apa.

Untung sabut timbul, dia jumpa kakak ni. Dinamakan Kak Ai Ai.

Kak Ai Ai pandang dia. Muka dia tanpa riak. Nampak tenang tapi jangan disangka air yang jernih tanpa buaya.

Kak Ai Ai menghantar senyum pada dia.  Dibalas semula bersama hembus nafas  kasar.

“Sure dear. It comes once in a while. Im a human too right. Its ok je asalkn kita tak terlalu berlamaan sampai menjejaskn tugas abid n khalifah kita..”

Jeda. Angin petang tu, lembut. Ada, tapi tak nampak. Macam Allah. Yang Maha Lembut. Ada tapi tak nampak.

“Because we do need that time to recharge, rethink, muhasabah.. it should be done when we are alone with Allah. Be it in our ibadah, or our mihrab, or whenever, with alam etc..”

“But should be… Our ‘me time’ in our prayer right? No?” Dia mengulang soal. Kak Ai Ai pandang dia lagi sekali.

“What do you think dear? Did your feel its your me time during your prayer?” Dikembalikan soalan itu pada dia.

“I’ve no answer kakak. It should be like that. Should be. What why can I feel it? Macam para sahabat. Bila diorang cakap dengan Bilal, ‘wahai Bilal, rehatkan kami dengan solat.’ wuwu. Best la diorang ada perasaan camtu.”

“So so true. But we’re not robots, aren’t we..? The best people ialah para sahabat, we can follow them, but please do not compare your self with them kalau makin buat awak down.” Dia memang jarang sangat berbual tentang perasaan dengan Kak Ai Ai. Segan tak segan, dia cuma mencari jawapan.

‘to live my life back.’

“Kita interact with Allah all the time right.Sometimes mempelbagaikn cara berinteraksi tu is ok. Sebab manusia tu cepat jemu if only one method. That’s why in ibadah pun kita pelbagaikan dan tak hanya stick to 1 cara je..Even solat malam Rasulullah ada banyak riwayat berbeza on how he does it sebab Baginda mempelbagaikannya.”

Tunduk. Kuis rumput. Semut-semut kecil berjalan berbaris-baris. Senyum seketika.

“But when it disturb our mission of life, so it is seriously a prob right?”

“Okeyyy…righto. You think it disturb your life’s mission? Or it already did?”

Tabayyun. Bertanya untuk kepastian. Supaya takde salah sangka.

“Yep. (Gelak penafian). I miss my usrah yesterday. Idk. I got my reason actually but deep down inside, I think it just an excuse to avoid peoples. So it makes me felt bad. Or should i say, worse? It surely makes me unhappy with myself.”

“Sebab tu semua benda ada portionnya..
And that’s why perlu disusun aulawiyat supaya tak terlepas banyak benda. And that’swhy, the most important thing is kita jaga tarbiyah kita iman kita. Sentiasa dptkn bekalan. Sebab the dakwah that we do needs that bekalan2.”

“So….what should i do now if this is my state?”

“Bila dlm me time tu, try to cari balik apa yg akn buatkn awk bangkit semula.

And slowly usahakn keluar dr zone tu, it will be hard tp u know u have to do it..

Kalo akak, i will pasang n tadabbur surah at taubah utk ketuk diri balik.

Setiap orang different cara, tapi kita mujahadah dan usahakan..

Ada yg akn igt kematian..

Whatever that brings you back to remembrance of Allah, n bg kekuatan utk bangkit balik tu..”

Panjang lebar.

“But Huhu. I think yesterday i failed myself la.”

“That’s why it’s called a struggle.

Mujahadah.

“Fall seven. Get back eight”

“Haha. Akak, in my condition, I think ‘Fall one. Get back zero’. Ahah.”

Terus sahaja, pipi di cubit.

3:8

#brokenenglish

#borak2qadaya

kisah double u

bismillah.

selepas masih tak boleh move on dengan kisah-kisah dari surah al-ankabut, saya akhirnya, bergerak ke surah seterusnya.

kisah double u. (saya lagi suka sebut double v sebab huruf tu macam huruf v, bukan huruf u.)
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.” – Surah yusuf (12:3)

The best story Allah kata. kisah turun naik kehidupan dengan setiap ujian-ujian dan kenikmatan-kenikmatan yang Allah bagi dan how we respon and react towards the ujian dan nikmat. . Tema surah yusuf ni, “Tsiqah (yakin dan percaya) dengan aturan Allah, bersabarlah, jangan putus harapan“.

kalau kita lukis graf, dia kan akan jadi macam ni,

w

1. permulaan kisah, dari dulu kita difahamkan yang ayah nabi yusuf ni, iaitu nabi yaakub sangat lah sayang dengan yusuf ni. yusuf dan saudaranya iaitu bunyamin. dan Allah kurniakan hikmah kenabian. k iranya dia berada dalam bahagia la kalau kita bawa kisah nabi yusuf ni dalam hidup kita. its like macam, kat rumah kita, kita lah kesayangan keluarga, kalau kat sekolah, kitalah kesayangan cikgu, kalau kat uni kitalah kesayangan lecturer, dan so on. kenikmatan dan kebahagiaan apa lagi yang kita harapkan?

“(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“. -yusuf 12:4

2. tapi, bahagia tak selamanya bahagia. Allah uji yusuf dengan kedengkian saudara2 lelakinya. diorang ni berpakat2 nak bunuh yusuf, but ada la salah sorang tu cakap jangan bunuh, kita campak dalam perigi je la. hah, what can we imagine, kalau kena campak dalam perigi? alah, tak payah nak cakap dalam perigi la, kalau dalam rumah home sweet home and everyone at that time are ignoring us, pun kita dah rasa tak ok, tak selesa kan? apatah lagi dalam perigi jauh dari rumah and no where to be found. tak boleh nak expect, ‘ada ke tak orang akan tahu aku kat sini?’ hoho bayangan kata hati sendiri if i put myself in that perigi. mesti rasa hopeless, helpless. rasa yang macam2.

“(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri): “Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.” -12:8

im not really sure berapa hari yusuf dalam telaga tu. but apa yang saya rasa ialah, sejam alone in the telaga pun not really good kan? huhu.

alhamdulillah, Allah memang dah susunkan pun kehidupan kita ni sejak sebelum kita lahir lagi. maka, seperti itu juga kisah yusuf. ada lah musafir yang nak cari air, maka terjumpalah nabi yusuf. after that, di ambil dan dijual dengan harga yang sangat murah.

“Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang tidak menghargainya.” -12:20

dia dijual dengan harga yang sangat murah. aha. yang ni kan, macam terfikir, rupa hensem takdak harga ke? famous kot kisah nabi yusuf hensem. well kalau sekarang ni,zaman kita, rupa tu main peranan and boleh jadi alat untuk marketing and sales. tapi quran bagitau kita (which is quran tu dari Allah, so Allah nak bagitau kita) hanya hati kita yang akan jadi guidelines untuk Allah nilai kita.

3. kebahagiaan muncul kembali. alhamdulillah hip hip horray!

“Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya: “Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak”. Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.” -12:21

best kan? macam lah. kalau kita ambil kisah yang surface je. macam kita jumpa orang mana2 yang kita tengok life dia macam best je. macam seronok je. tapi hakikatnya, kita tak tahu apa yang dia dah lalui. even kita sendiri pun. orang tengok life kita macam best je, tapi hakikat sebaliknya orang tak tahu. yang membezakan ialah, the way we react. reaction dan response kita pada benda tu yang akan membentuk kehidupan kita sekarang.

sambung kisah yusuf, best lah life dia. makan pakai cukup. disayangi. kemudian….

4. ujian datang lagi….teng treng tengg….dipenjara atas sebab fitnah yang berkait dengan maruah dia. macam kisah mariam. ia bukan satu benda yang mudah bila maruah kita dipersoal sedangkan kita tak buat benda tu.

“Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang dibersihkan dari segala dosa.” -12:24

this is the best part for me. why? sebab iman yusuf yang menjaga dia dari sebarang ujian, termasuk ujian perempuan. sebab sefaham saya, takde lelaki kot yang akan tolak perempuan kalau dah offer diri dia melainkan hanya iman yang akan menjaga. kalau tak dioffer pun, tengok perempuan2 seksi semacam pun ada dah lelaki yang sedang imagine sesuatu. Wallahuallam.

thats why……..

“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya”.-12:33

yusuf minta doa dengan Allah agar dijauhkan dia dari fitnah perempuan dengan memasukkan dia ke dalam penjara. haih, susah kottttttt…tapi tu la hanya iman yang akan menjaga. kalau dari sudut manusia biasa, mesti kita akan nampak yang yusuf tu mesti bersalah sebab masuk penjara, tapi hakikatnya, ada reason kenapa dia memilih penjara.

duk kat penjara, terjmpa la dengan dua orang pembesar raja. dan dalam penjara tu dia belajar dan improve himself dengan Allah tu sendiri dan improving himself tentang takwil mimpi tu.

after sometime. dia dapat keluar dari penjara disebabkan raja berminat untuk tahu lagi tentang takwil mimpi tu. and waktu tu juga lah baru tahu kisah sebenar pasal godaan isteri al aziz tu.

tapi best lah, sebab yusuf sandarkan balik hati dia dengan Allah. bukan simply cakap dan berlagak.

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” 12:53

5. bahagia happily forever after bila mana dia dikeluarkan dari penjara oleh raja, nama nya dibersihkan dari fitnah, jadi menteri kewangan, dan bersama semula dengan family dia.

“Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran. Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf…” 12:100

best kan? thats why, kena yakin dan percaya pada Allah walapun nampak macam hopelss and helpless. just kuatkan keyakinan dan kepercayaan kita pada allah. normal life, ada turun naik, how we react yang akan membezakan life after that.

walaupun yes, nabi yusuf is a nabi, memang dia patut lah macam tu. but no, sifat manusiawi tu tetap wujud. dia pun ada perasaan, sedih happy marah gembira. but eveything akan jadi smooth je la kalau kita react dengan cara yang betul.

wallahuallam.

sebuah janji.

bismillah.

“Siapa di antara ikhwah dan akhawat di sini, yang berjanji untuk all-out dan menumpahkan kesungguhan kepada dakwah ini? boleh angkat tangan?” Syeikh Hamid mengutarakan soal pada hampir 600 ikhwah akhawat.

Aku, salah seorang yang ada waktu itu. Menelan air liur untuk soalan yang diutarakan pertama kalinya. Kemudian, penterjemah mengulang balik soalan tersebut setelah kelihatannya tiada respon.

Suasana dewan, senyap. Tangan diangkat, bukan semata-mata untuk respon soalan tersebut, namun atas rasa tanggungjawab shahadatul haq yang ku lafazkan setiap hari. dalam solat.

“Maka, Allah menyaksikan janji yang antum ungkapkan. Allah menyaksikan bahawa antum, bersedia untuk menunjukkan kesungguhan dan all-out untuk dakwah ini. Allah menyaksikan, maka penuhilah janji-janji antum pada Dia.” Syeikh Hamid menyambung bicara setelah ikhwah akhawat menunjukkan respon pada soalan tersebut.

Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barangsiapa  yang melanggar janjinya nescaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barangsiapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar”.

Dan memang, setiap apa yang kita ucapkan, bukan kita ucapkan pada manusia. lebih tepat lagi pada Allah. disebabkan itulah, setiap kata-kata kita menjadi bukti untuk setiap soalan Allah nanti.

dan bila kita sedar kita sedang berjanji pada Allah, kita takkan terlari fokus hanya kerana tiada manusia yang memandang kita. cukuplah kita mengharapkan Allah memandang kita sebanyak nya.

bila kita sedar bahawa perjanjian itu dengan Allah, bukan dengan manusia, kita takkan berundur hanya kerana sakitnya kita apabila berurusan dengan pelbagai karenah manusia yang kadang menguji kesabaran kita.

kalau ia memang bersebab kerana Allah. kita, takkan mudah putus asa bila diuji dengan manusia.

#tundukkanhatirendahkanego….