yang kedua-1

pang!

sekali pukulan raket menyinggah ke bola kecil itu, sekali dentuman berbunyi. Hadirnya dia di situ hanya melepaskan lelah setelah 4 minggu tanpa setitik peluh yang merembes.

lincah berlari mengejar bola. Argh! Dia menjerit.

pang!

Bunyi pukulan masih berterusan. kepala menoleh pada si pemukul. Hijau ultralite pada racket menjamah mata. “Kau lagi. takde orang lain ke…”

Bingkas, kaki menapak di hala ke pintu gelanggan. bala.

“Alya, jangan benci sangat pada aku.” Suara itu kedengaran. Dia berhenti sejenak dari langkah kaki yang perlahan itu.

“Jangan menduga. Mencegah lebih baik dari mengubati.” Perlahan. Bukan melunakkan suara, cuma sedang menjaga nada. Allah larang melunakkan suara pada gender yang berbeza, tapi bukan bermakna nada itu perlu ditingkatkan oktafnya.

“Kenapa kau takut sangat dengan aku?” Lelaki itu meleretkan bola mengena kasut merahnya. Adidas Adiprene New Arrival 4F. Dia menjeling sekilas. “Mesej aku, cukup jelas aku rasa sehingga tiada guna untuk aku jawab soalan kau. Guna bola dan dewan ni. Tempat ni terlalu kecil untuk aku dengan adanya kau.” Pintu ditolak secepat yang mungkin. Terasa lemas berada di satu gelanggang.

“Alya, jangan lari dari fitrah.” Pantas Alya berpusing, menghadap lelaki itu. Jarak hampir 10m antara keduanya. Masih jelas kelihatan peluh yang menitik di lantai gelanggang.

“Siapa kata aku lari dari fitrah? Kau dan aku, kita sama-sama baca dan menghayati quran. Pasti kau ingat ayat yang ke 28 dari surah al-israa’? Dan aku juga pasti, engkau menghafal kedua-dua bahasa melayu dan bahasa al-quran ayat 30 dan 31 dari surah an-nur. Jelas Hakim. Jelas terkandung dalam mushaf yang kau kelek setiap hari sewaktu ke surau.” Kaki diangkat kembali.

Berperang dengan perasaan sendiri. Terasa mengecewakan orang.

“Aku tak lari dari fitrah. Ya, tak dinafikan, cinta antara makhluk itu satu fitrah, tapi kau lupa fitrah yang terbesar. Cinta pada Pencipta. Jangan dikotori fitrah yang Dia ciptakan Hakim. Kau mendengar setiap ceramah dalam masjid antara maghrib isyak. Pergilah kepada Dia sebelum kau datang kepada aku.”

Alya menghembus nafas. Penat bermain kata dengan Hakim. Bagai tempayan berlubang. Setitik air langsung tak tertakung.

“cinta kepada Pencipta membawa aku kepada kau. Adakah kau nak aku menidakkannya?” Hujah sukar dilawan dengan hujah. Alya bukan ingin menang, dia cuma ingin lelaki itu mengerti.

“Bukan dengan cara ini Hakim. Andai benar, pergilah ke jalan betul.” Alya menggalas raket. Bersedia melangkah keluar. Berdebar hati mendengar kata-kata yang sendiri tuturkan…

#bersambung…

 

Advertisements

fasa-fasa berat

Bismillah.

“akak pernah down tak”
“akak pernah lost tak?”
“akak pernah rasa dan berhenti tak dari jalan ni?”

Sekitar soalan-soalan yang kerap kali diulang tanya. menjadi orang yang bertanya, atau kadang-kadang menjadi orang yang ditanya.

“apa value yang ada pada saya akak sehinggakan pada saat ini, dalam keadaan saya rasa saya sangat teruk, Allah masih meletakkan saya di sini, Allah masih memberi saya kekuatan untuk stay kat sini? what is the value inside?” –sambil nangis-nangis dia bertanya.

kadang2, bukan, selalunya, dia takde jawapan tu. sebab jawapan untuk soalan tu, Allah je yang tahu. every single questions, Allah je yang tahu jawapannya. oleh sebab nak jadi orang yang beriman, maka dicarilah apa sahaja ayat yang positif sebagai penguat, agar tak hilang dari radar jalan ni. walaupun kadang-kadang dia pun tanya soalan yang sama pada diri dia.

di saat kat luar sana masih terlalu ramai orang yang baik, bagus,berilmu, kenapa Allah bagi juga dia kekuatan untuk stay kat sini?

di saat setiap dakwah yang dilakukan, ibarat macam mencurah air ke daun keladi. tanpa sebarang hasil. why Allah masih letak dia kat sini?

sebab rahmat dan kasih sayang-jawapan cliche’.

tapi, few days ago, ada seorang ni share something kat dia,yang membuat kan dia rasa, ‘yes, sure ive to stay.’

“as a normal human being, walaupun berjiwa daei, for sure sometimes you have your hard time kan akak? and what makes u stay?” -dia mengulang soalan. masih tak puas hati. tanya, bukan untuk condem, tapi untuk mencari keyakinan dan valid reason. so that, those questions will never appears again.

“of course! akak manusia kot. jawapan biasa sangat, sebab Allah bagi kekuatan. Allah masih sayang. tapi dari akak. akak teringat la ada sorang adik ni cakap, whom was my anak usrah la. dia cakap camni, saya kena stay so that setiap soalan yang bermain di kepala saya sekarang ni, yang takde jawapan yang saya boleh dapat dari akhwat. saya kena stay sampai di mati di jalan ni, sebab saya aim nak jmpa Allah. nak jumpa and tanya sendiri Allah kat sana. sebab hanya orang yang beriman je yang akan dapat kemudahan dan rezki untuk jumpa dengan Allah tu.

masih tak boleh move on dari bestnya surah al ankabut. =D

anak-anak tahun 1

bismillah.

tahuni, ditaklifkan oleh Allah (yang pastinya) melalui GB (read: guru besar) untuk ajar tahun 1. Fuh fuh. dan ajar pula bahasa melayu.

susahnya ya allah. bukan nak cakap mereka tu susah faham, tapi how to deliver the message everyday dengan bahasa yang mereka faham. dan how to make sure, kefahaman hari ni, tak hilang pada esok hari. dengan keadaan kelas tengahari yang motivasinya hanya untuk balik.

Engkau je yang tahu kan Allah? ;’)

Setiap hari mesti rasa berat, rasa susah, rasa demotivated. sebab tak tahu cara. everyday mesti jumpa cikgu-cikgu lama tanya hari ni ajar apa, ajar macam mana, murid2 yang tak grab cater macam mana. everyday. pernah je la nangis sebab rasa fail. rasa teruk. rasa useless, helpless,hopeless.

anak2 tahun 1 ni, tulis tarikh dan hari pun perlu diulang ulang berkali-kali. selang tak selang perlu diberitahu dan ditunjukkan seorang demi seorang. and, what did u feel when, the thing that u already show, teach, write, but somehow they like tak grab pun? tak masuk lagi anak2 yang tak fokus langsung. hanya akan fokus bila saya tanya:

“sape nak balik hari ni? kalau nak balik kena buat ape? sape bising maksudnya ape?”

barulah kelas tu akan bunyi suara. semangat. tapi in 15 minit sahaja. the rest, is history. fasa awal persekolahan. jadi cikgu tahun 1, then u know how hard it is untuk merendahkan bahasa kita, sikap kita, hati kita, just to make sure, the message is delivered.

sama juga. dalam dakwah. fasa awal. fasa taarif. fasa pengenalan. Mengenalkan mad’u dengan islam yang sebenar…

susah. bahasa, cara, interaksi, semua kena berhati2 agar tak jadi penyebab mereka lari dan ada mindset, islam ni teruk. padahal, pelakunya yang tak cukup syumul.

acap kali juga menangis sebab rasa helpless, rasa hopeless, rasa susah untuk bagi orang rasa dan faham. (hakikatnya, lupa bahwa kefahaman tu Allah yang bagi.)

kita yang kena banyak pergi pada mereka, macam tahun 1. they dont really want to study (some of them) tapi bila kita duk sebelah dia, fokus nya kemain. tapi 30 orang kottttt….akan ada banyak benda salah yang diorang akan buat. dan kadang2 saya rasa kejam, bila kerja dah siap tapi sebab salah huruf besar huruf kecil, saya minta diorang padam balik. dah buat sesiap, suruh padam balik sebab tulisan tak cantik. kesian. tapi sebab nak mendidik. kalau foundation tak kuat, bila meningkatnya mereka nanti, banyak benda nak kena betulkan. sedangkan kefahaman makin perlu ditambah, dan makin banyak yang mungkin sukar diterima akal.

photo_2017-04-05_22-31-06

kita yang kena banyak tunjuk sambil cakap. tunjuk kena lebih banyak dari cakap. satu persatu, dan kadang ada je la rasa tak cukup sabar. rasa tertanya-tanya bila adik yang kita rasa dah mula nampak tarbiyah tu, tapi akhirnya dia yang paling mencabar.

Menurut As-Syeikh As-Syahid Mustapha Masyur dalam buku beliau iaitu “JALAN DAKWAH”, beliau menggariskan tiga marhalah dakwah ataupun tiga peringkat dakwah yang utama iaitu : 1. Peringkat Taarif 2. Peringkat Takwin 3. Peringkat Tanfiz

Marhalah Ta’rif ataupun peringkat pengenalan dihuraikan sebagai marhalah propaganda, memperkenalkan, menggambarkan fikrah dan menyampaikan kepada orang ramai di setiap lapisan masyarakat. Perlu difahami term masyarakat itu tidaklah merujuk kepada satu masyarakat yang besar seperti gambarannya adalah suatu negara mahupun negeri atau daerah. Masyarakat juga boleh difahami sebagai golongan manusia yang berada di sesuatu tempat yang hidup dalam suasana yang sama sebagai contoh masyarakat kampus yang majoriti utamanya adalah golongan pelajar. Maka penyampaiannya adalah berbeza dalam setiap lapisan masyarakat.

kuncinya adalah SABAR.

dan tidaklah menidakkan, fasa takwin, fasa tanfiz tu tak penting. sebab…..

“Likullim marhalatin rijaluha wa likullim marhalatin masaakiluha” (Setiap marhalah itu ada rijalnya, setiap marhalah ada masalahnya – Ust Rahmat- “Sang Murrobi”).

setiap fasa ada mujahadahnya tapi pada titik yang berbeza, maka bersabarlah. 

Sabar merupakan perintah Allah S.W.T. “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).

sabar dalam ketaatan.

it just a beginning

bismillah.

Allah selalui menguji iman kita kan? baru je nak melangkah, tiba2 kasut hilang. baru je nak melangkah, tetiba hujan lebat. baru je nak melangkah, tiba2 kunci kereta hilang.

apa hikmah Allah nak bagi? 

“just to improve u to a better muslim.” 

dah settle part permulaan, lepas tu pun ada lagi lagi lagi dan lagi sampai ke satu tahap, kita mungkin akan tanya, “apa yang patut aku buat? kalau benda ni betul, kenapa susah sangat?”

kan?

tapi hakikatnya, Allah nak bagi mindset yang lepas ni akan ada lagi banyak ujian. perbaharui sentiasa niat, dan berbuatlah sesuatu atas dasar yang jelas.

 

irdhaana ya Allah

bismillah.

“telah merasa lazatnya iman, orang yang redha bahawa Allah sebagai Tuhan, islam sebagai agama, muhammad sebagai rasul.” (hadis riwayat muslim)

redha. 

orang selalu mudah je nak sebut redha saat orang lain diuji, tapi bila diri sendiri diuji, kelaut jugak hati tu kan? huhuh.

redha tu, rasa puas dengan something, hingga langsung takde rasa nak cari yang lain.
redha tu lawan perkataan sakhath (kebencian dan kemurkaan)
redha tu, giving everything u have nak redha Allah kena bagi apa yang kita ada.
redha tu, taat.
redha tu, memberi jaminan untuk melindungi.
redha tu, hanya itu yang layak dicintai dan diletakkan redha.
redha tu rela bersusah payah .

“di antara kebahagian anak Adam adalah keredhaannya terhadap apa yang telah ditetapkan Allah untuknya. Di antara kesengsaraan anak Adam adalah kebencianya terhadap apa yang telah ditetapkan Allah untuknya.(hr. tirmidzi)

jiwa penat. sebab dia faham yang sepatutnya dia redha,tapi hati susah termakan pujukan hingga rasa kalahnya nafsu mutmainnah untuk terus bermujhadah.

tapi tu, banyakkanlah minta dengan Allah kita redha dgn apa sahaja yang Allah dah tetapkan. walaupun hakikatnya tak mudah. kadang2 macam fikir, kenapa susah sangat untuk redha, sedangkan Allah dah bagi macam2?

tapi sampai sekarang jawapan tu tak terjumpa. tanya orang pun, still tak dapat jawapan yang solid. it just based on their feeling.

but i do believe, one day hati kan bebetul redha. khalas.

 

kasihnya firaun pada asiah

bismillah.

Minggu lepas, dapat tugasan jadi driver, menghantar seorang kakak ni ke johor. decision di ambil setelah semua pilihan yang ada bukan lagi pilihan. sebabnya, flight beliau landed di klia2 sepatutnya 1.00 am. so ada masa setengah jam untuk kejar last bus ke johor,but u know, after landed kita tak semetinya akan dapat kluar terus. and timing not always punctual. kan?

dalam fikiran dan expectation semua orang, illbe the one yang akan drive along the way. 4 jam. so, me myself plan to sleep before the journey. but somehow ada hak yang perlu ditunaikan before that, tidur hanya bermula jam 11pm ++. 12.30am bangun dari tidur, bersiap dan gerak ke klia2. and alhamdulillah im glad that allah bagi mata yang cerah malam tu.

untuk elak ngantuk, we both sang all those song. and came across this song: ratu syahadah. about ASIAH DAN FIRAUN dan little bit kisah Musa. actually, im not really listen to the song since the lyric wasnt in my mind. tapi sbb kakak tu suddenly bukak cerita and told me about this song.

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama
Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

waktu tu, takdelah nak tadabbur sangat lagu ni. but few days after,macam terlintas, “how can orang macam firaun boleh terbuka hati nak jaga musa?” hah. kan?

firaun ni, surely dia sayang wife dia iaitu asiah ni. sebab tu,bila asiah nampak nabi musa, and minta nak jaga, dia bagi je kan? padahal kalau ikutkan reason nabi musa di alirkan ke sungai nill tu sebab nak elak kena bunuh dengan firaun.

he still a human. ada je lah sifat kasih sayang tu. and surely, a big mujahadahlah kan untuk asiah, living her life with firaun. u know, antara cinta pada suami, dengan iman pada Allah, it wasnt easy surely.

she managed to take care of her iman despite her life with firaun. should be by default, mungkinlah dia hilangkan terus iman sebab cinta.

perempuan kan emosi,lulz.

ok sambung balik kisah firaun, walaupun betapa terbaiknya dia dengan family dia, eT ven musa tu dijaga rapi sampai besar jadi orang yang gagah, WHAT WAS HIS MISTAKE? 

ego. bongkak. rasa hebat. sebabnya tak pernah sakit. =_=”

so, apa pesanan untuk kita? i mean for me?

put aside your ego, prasan bagus, rasa hebat, rasa dah orang lama (but amalnya entah ape) anything la. rendah kan hati (haunan 25:63) and lapangkan dada or should i say hati, untuk melihat bahawa, everything i face in my life, hanyalah ujian untuk makin dekat dengan DIA, makin tunduk, makin patuh. 

That day, we arrived there around 5.30 a.m. and in my plan want to sleep a little bit. but. macam segan dengan semua akhwat yang ada, and lepas solat, tak salam ape pun dengan akhwat yang ada, terus cabut gerak, its like, no one saw me there. haha. padahal…….

antara komitmen dan cinta

bismillah.

sekitar berjalan di muka buku. terpandanglah satu gambar ni, katanya cinta itu komitmen. takkan ada komitmen kalau tanpa cinta.

kalau ikutkan panjanglah explaination dia, tapi mafhumnya begitu.

tapi,di jalan ini, kefahaman yang akan menumpahkan komitmen. walau tanpa cinta. itu yang saya sedang rasa. kita tahu dan faham yang kita kena buat benda tu, tapi hati takda dalam berbuat. tapi kena buat juga.

dan akhirnya, rasa terpaksa sangat. rasa tak bahagia. rasa nak quit. but actually kita tak start ape pun sehingga kata nak quit. sebab lahirnya kita memand taklifan ni dah ada kat bahu. tunggu difahamkan atau tak je.

BUAT JE.BUAT JE.BUAT LAH SAMPAI PENAT SEKALIPUN. WALAUPUN TANPA CINTA. WALAU TANPA HATI.-sebab, itu mungkin ujian, untuk kau lagi dekat dengan Allah.

seminggu ni, rasa banyak bermain dengan persoalan. kadang-kadang rasa macam nak gila pun ada. tepis2 suara tu, datang balik. tepis2 datang balik. bercakap dengan orang rasa stress. bercakap dengan diri sendiri lagi lagi lagi stress.

pastu, nak kena buat apa?

seriusly, TAK TAHU. cuma rasa penat yang amat sangat. sangat. energy drain. boleh melepek tak buat pape berjam-jam.

bercerita dengan so called kawan baik, end up gaduh. hah,lagi lah stress. dah la selama ni dia je yang selalu dengar, tapi…hurm…

okey, lets stop this. and move yourself – cakap kat diri sendiri.

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) KEBAIKAN”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, [16:30]

current fav. sebab tengah cuba untuk menampakkan diri sendiri, yang semua ni ada kebaikan untuk hati yang lapang.

ya Allah,lapangkanlah dan tenangkanlah.