ramadhan 10.

bismillah.

ramadhan 11 mungkin sejak maghrib tadi. mata masih segar penangan air nescafe gold caramel latte. Hadiah anak murid kasi.

al-baqarah-186

tiap kali ramadhan, tak pernah rasa bosan mendengar tadabbur dan sharing ayat ni. ayat ni nak emphasizzekan bahawa, berdoalah, Allah sedang mendengar, bahkan Dia sangat dekat.

Ayat ini adalah jawaban dari suatu pertanyaan, beberapa sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya kepada beliau seraya berkata, “Wahai Rasulullah, apakah Rabb kami itu dekat hingga kami membisiki-Nya ataukah Dia jauh hingga kami menyeruNya?” , kemudian turunlah ayat, { وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ } “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat” karena sesungguhnya Allah Ta’ala Maha Mengawasi, Maha Melihat dan Mengetahui apa yang tersembunyi dan dirahasiakan, Dia mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang disembunyikan oleh hati dan Dia sangat dekat dari orang yang berdoa kepadaNya dengan mengabulkannya, oleh karena itu Dia berfirman, {أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ } “Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu” berdoa itu ada dua macam, doa ibadah dan doa meminta.

hari ini. Allah menerangkan sesuatu melalui perantara manusia. satu doa yang saya tak pernah berhenti lagi minta. dengan pengharapan, suatu hari nanti Allah akan kabulkan. tipu kalau saya kata tak pernah ada rasa putus asa, tapi Allah tu sifatnya Maha Mengabulkan. MAKA,mintalah!

***

di masjid hari ni, tertarik dengan keletah seorang kanak2. umur enam tahun.

“kakak, jangan bising2 ye, rumah Allah tak boleh bising2.”

“oooo. ini rumah Allah ye ummi?” Perbualan pertama yang membawa saya untuk memerhatikan mereka.

“ummi, boleh tak kita solat pendek hari ni?”

“Cuba pergi tanya Abi, cakap dengan abi, kita nak solat pendek hari ni.”

“ummi, abi pakai baju warna apa?”

“ummi pun tak ingat sayang. tapi cuba tengok kat tepi tiang tu, abi selalu duk kat situ je.”

“hah, tahu dah. abi pakai baju warna bwown.”

maka berlarilah dia ke sana. kemudian datang semula. saya masih tersenyum. terhibur. suci dan bersih. tarbiyatul aulad. Lahir dalam keadaan bersih, ibu bapa yang melukis, mencorakkan.

“ummi, abi cakap, solat terawih 8 rakaat, kemudia witir.”

“ok. lepas witir kita balik ye?”

“ummi, witir tu apa?”

“witir tu solat penutup. kita buka dengan solat subuh, kemudian kita tutup dengan witir. Apa-apa yang kita buka, kita kena tutup balik.”

***

“umur berapa tu kak?” saya memulakan bicara. tak tertahan hati mahu berkenalan dengan si anak, dan mengambil sesuatu yang saya kira ilmu masa depan.

“6 tahun dik.” kakak tu senyum. kemudian menyambung bicara hingga akhirnya membawa kepada nasihat-nasihat orang lama.

“selalu ke akak datang masjid ni?” Masjid tu, tempat berhimpun. Memaknakan ayat 49:13. Dari surah al hujurat, diciptakan manusia berbangsa2 bersuku-suku agar saling mengenali.

“sejak ada dia, kat masjid ni la. kira dah tiga tahun la. sebelum ni tak buat. sebab takde ilmu. ingatkan terawih kena kat masjid je. tapi alhamdulillah.” mata sekejap2 menjeling pada anak. agar tak hilang dari pandangan.

“Sebelum ni selalu kat mana?” saya mencari-cari modal berbual. cuba mengenal niat di hati. mencari kebaikan dari setiap pertemuan.

“masjid kat pantai permai. tapi masjid kat sana kurang mesra kanak2.” panjang lebar bercerita sehingga saya sendiri tak sedar.

“dah kahwin? tak kahwin lagi kan?” saya menggeleng sambil senyum.

“doa banyak-banyak. jangan tinggal tahajud. jangan tinggal dhuha. minta satu2 kat Allah kita nak orang yang macam mana. kena sebut. biarlah lambat dia datang, tapi kita harap kita dapat ciri-ciri yang kita nak ada pada orang tu. Lambat takpe, asalkan tepat.” Dia senyum.

Dalam hati berdebar2. sangat random. seperti yang kakak2 selalu cakap. spesific kita minta kita nak apa, yang macam mana.

” dulu akk tak reti sangat. takde ilmu sejauh mana kuasa doa tu. jadi akk tak buat pun, tapi alhamdulillah allah bagi orang yang baik2.”

saya masih tersenyum. sambil sekejap2 mengangguk.

“doa banyak-banyak. minta dan sebut satu2 orang yang macam mana yang kita nak. biarlah lambat pun, asalkan tepat. akak minta diri dulu ye dik nak masuk saff. assalamualaikum.”

hati belum habis terkejut. kasih sayang Allah. di hantar bicara Nya melalui manusia. Tulus.

in any condition, jangan berhenti berdoa dan meminta. its a sign of our kelemahan dan ketundukan hati.

moga setiap yang diminta adalah dalam rangka ketaatan dan ibadah kepada Nya semata.

#yangMahaMemakbulkan.

Leave a comment