menunggu waktu untuk pergi kelas. 7:24am

#buku

konon nak buat projek satu hari satu buku, tapi berat sangat, maka diletak satu minggu satu buku, tapi rupanya tak mampu juga. 

akhirnya, satu bulan satu buku. =D Habis juga bacaan Air Mata di Jalan Dakwah – Umar Hidayat

#bus

Semalam, mendapat jemputan untuk Konvesyen Penubuhan Sekretrariat Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Bertolaknya pagi hari, 7.00pagi. Berbaju formal. 

Tengok pada bus, aku kecewa. “ingatkan boleh rasa naik bus baru.hurm. Takpelah, kurang-kurang bukan bus tata. bersyukurlah. Alhamdulillah.” 

makanya, bergeraklah ke Auditorium Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk program tersebut. oleh sebab aku sentiasa kalah pada aircond, makanya diakhir-akhir mathurat, aku syahid. Tersedar jam 8.00pagi something. rupanya…

bus tersadai di tengak highway! =D 

dalam hati, “doa terkabul. Boleh naik bus baru.” Dan aku berfikir seketika, “nak dapat sesuatu, kena korbankan sesuatu.’ 

Makanya, menolaklah bus para bakal-bakal ketua keluarga. (sebab ada seorang lelaki tak turun untuk tolak bus.)

dan bas pun bergeraklah. dan menunggu bus baru hingga jam 10.30 pagi. akhirnya, kami membatalkan lawatan sambil belajar kami ke IIM.

Doa, punya kuasa besar, maka hati-hati dengan doa. tambah lagi doa orang yang dizalimi.  

 

Advertisements

Beberapa tempat.

 #Kelas

aku dan dia, serta dia tersenyum sumbing. terasa kemenangan pada pihak kami. dan kebebasan terasa menjadi milik kami. 

tapi rupanya, kebahagian itu sekejap cuma. ada cerita lain disebaliknya. 

#Kelas (yang sama, tapi sehari kemudian.) 

aku kira, aku boleh tetap memegang pendirian aku. ya, dengan menghiris beberapa hati lain. dan aku, mengharapkan mereka faham apa yang aku cuba sampaikan, tapi dek kelemahan aku, dek titisan air mata yang lebat menyimbah pipi, dek suara yang berpasir hebat, aku membiarkan sahaja segala soal-soalan tersebut. 

43:67. Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.

Dan membiarkan kalian dalam persoalan. Terasa aku menzalimi kalian. Kerna aku tak mampu untuk meluahkan segalanya pada kalian, waktu itu. tidak pula aku kira berapa mata yang merah, berapa gelen air mata yang berjaya dikumpul. salah pada aku kerna tidak menerangkan yang sebenarnya. KERNA AKU TIDAK MAMPU. 

Image

dan kalau lah mudah mengungkapkan sayang dan cinta tanpa perlu aku bersuara. 
dan lagi mudah andainya kalian faham cinta dan sayang yang bagaimana yang aku maksudkan

#Library

apa yang menyebabkan srikandi ini mengubah keputusannya” Dia datang dari luar, menarik kerusi dan duduk di hujung. 

aku membiarkan sepi antara kami. menelan air liur. rasa perit. sakit mungkin disebabkan tonsilits yang wujud. masih menunggu waktu yang sesuai untuk bertemu dukter. 

Aku mengerling mataku ke arahnya seketika. Tanpa menjawab soalan, aku teruskan fokusku pada Sang Waqiah (tulisan siapa ntah). aku menarik nafas. sama-sama faham beratnya perasaan yang muncul. 

sebab banyak lagi benda yang aku kena buat. dan aku tak mampu untuk sibukkan hati aku, akal aku dengan benda-benda macam ni. Dan memang kalau diikutkan hati, aku tetap ingin teguh dengan pendirian aku, setelah apa yang berlaku lepas. Tidak berbaloi untuk membiarkan perasaan semua orang termasuk aku sendiri. Aku minta maaf. Mohon doanya dari engkau supaya Allah mudahkan segalanya. dan aku, tidak membuat keputusan ini seorang.” aku menjawab perlahan. Tidak adil rasanya menzalimi dia.

Dia bangun, meninggalkan aku seorang di situ yang masih dengan Sang Waqiah. 

Tapi, hingga sekarang, masih terngiang-ngian suara itu bertanya, “apa yang menyebabkan srikandi ini mengubah keputusannya?”

#Surau

“Menangis adalah pelepasan emosi yang paling tepat saat kita tidak bisa mengungkapkannya lewat kata-kata,” -Dr Simon Moore (Psikologist London Metropolitan Uni)

 

[Air mata di Jalan Dakwah.]

******

Dan aku memang belajar banyak perkara daripada kisah ini. tertanya dari mana kekuatan yang aku dapat sewaktu meluahkan perasaan saat itu. ya, kuat hanya dengan yang maha kuat. 

3:159. Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.

 

Terlupa pada perkara ini seketika mungkin waktu itu? Allahu musta’an. 

 

 

Freedom.

Noktah. 

Akhirnya bebad dari perhambaan jiwa yang tertakluk melampau pada perkara tersebut. Dan siapa yang lebih gembira melainkan saya? 

Mungkin pada sesetengah orang, kata mereka membazir sementalah saya sudah booked tiket flight ke sana,

tetapi pada saya, 

mengorbankan benda yang kecil untuk menjaga benda yang besar, itu lebih baik. walau pada awalnya, agak terasa sakit juga bila terpaksa membuat keputusan dan menolak perkara yang disukai, 

tetapi, 

kita ni, hidup bukan untuk tujuan sia-sia kan? makanya, setiap keputusan dan perilaku juga percakapan kita haruslah atas dasar keperluan, bukan kehendak. 

kata mereka sesetengah lagi, 

penolakan itu melebihkan rezeki aku sebahagian dari yang lain. makanya mungkin selepas ini bisa melihat aku memakai telefon bimbit baru sementelah bajet 2013 memberi rebate untuk smartpong yang mana semua pakej data plan yang ditawarkan sangat mengecurkan air liur serta henpong yang disentuh-sentuh dua tiga hari lepas juga menyeronokkkan perasaan. 

tetapi, 

aku berfikir kembali, apakah keperluan aku untuk punya semartpong sedangkan alhamdulillah aku tidak pernah diuji dengan kesusahan untuk dapat internet connection. 

cukuplah bila melihat mereka berlumba-lumba mengejar semua tu, sedangkan aku punya banyak lagi benda lain yang perlu dikejar. 

Moga boleh terus bebas dari perhambaan kepada dunia dan beralih arah kepada perhambaan Allah.

Kedai Buku.

Pagi-pagi hari, ada yang mengajak saya ke MPH. Layan saja, sementelah ingin merasa window shopping. 

MPH tidak lain dan tidak bukan hanya di Jaya Jusco. Tempat tuju, haruslah MPH sebenarnya. dan juga Popular. 

Masuk. berlegar-legar seketika (walaupun sebenarnya sejam dalam tu). Sehinggalah dipanggil untuk ke Popular pula. Tangan, tidak henti menarik buku satu persatu. Puas ditilik, saya letak, dan ambil buku lain. 

benci bila pergi kedai buku, tapi end up keluar dengan tangan kosong tanpa sebarang buku! 

***

Kawan saya seorang pernah menulis di lama mukabuku, 

saya tak suka ulat buku yang tak hiraukan hidup sekeliling.

waktu itu, saya inga tulisannya dalam bahasa inggeris, makanya tulisan di atas adalah tulisan terjemahan saya. bila baca tulisannya, saya rasa terpukul, risau andai saya sebahagian darinya (perasan diri ni ulat buku.) 

dan teringat juga salah satu tulisan di laman mukabuku,

pelik bila melihat tak ramai umat islam yang suka membaca buku, walhal wahyu pertama adalah “IQRA!”. 

itu, yang menjadikan titik tolak saya untuk terus rajin membaca walaupun kadang-kadang saya tak faham sangat apa yang saya baca. Tapi itu satu usaha kan? 

jadi, pergi kedai buku tadi, saya keluar dengan mood yang tak berapa bagus kerana tidak mengeluarkan sekeping dua not merah untuk belian buku. 

sungguh waktu sekarang adalah tidak mampu!

moga-moga ada hujan buku yang boleh saya dapatkan buku secara percuma! (angan-angan yang jauh untuk dikenyatakan.) Dan tadi sangat teruja melihat buku sekarang lebih luas konteks penulisannya, berbanding sebelum ini, kalau novel semuanya novel cintak, dan. bosan. 

harapan, mau baca buku puisi indah, dan juga buku fikrah pekat, supaya ada keindahan dalam bahasa dan ada tekun dalam beramal hasil pembacaan buku fikrah dan puisi indah… 

rasa mau serang ibooks juga tapi poket tengah bocor makanya tidak mampu. hanya memandang sambil tersenyum walau hati menahan perit! 

iloveutoo.

“Akak balik dulu, nanti esok pagi akak datang balik. sorry sangat-sangat sebab tak dapat bersama-sama awak kat sini malam ni. Tapi akak cuba datang seawal mungkin.” 

“Huhuh. Kalau tak pergi yang program sana tu tak boleh ke kak?” 

“Kalau boleh tak pergi, akak pun taknak tinggalkan antunna kat sini. I prefer to be with you my dear.” Dia tarik tangan saya, salam dan cium pipi saya. Kemudian….

“i love you akak.” Terdiam seketika. 

“Iloveyoutoo sister. Don’t worry, kat sini ada ramai kakak-kakak dan orang lain yang boleh tolong jaga awak. dan yang paling penting, Allah ada untuk jaga awak. Dan sebaik-baik penjaga adalah Allah. Take care. Apa-apa text akak. Esok pagi, akak cuba datang seawal mungkin. Jangan sedih, buka hati, dan sedut sebanyak mungkin. Senyumlah. Akak balik dulu. =)” 

“Meh barang akak. Saya bawa pergi kereta. Nak hantar akak.” 

“okeyh.” Dia dan yang lain, memandang Mus’ab membawa saya pergi. Dan saya melambai-lambai sambil mengharapkan, mereka dapat apa yang sepatutnya mereka dapat. Mereka adalah sebahagian usaha yang cuba dicurahkan, akhirnya Allah yang memberi. dan yang paling penting, mereka adalah aset saya yang boleh saya pinta syafaat dari mereka diakhirat kelak, bahawa saya pernah berada bersama mereka untuk menyampaikan, islam. 

***

Esok nya…

“Moga diberi tarbiyyah yang terbaik oleh Allah.” Pantas jari-jemari tekan butang send pada mereka. Tett. Tett. Vibrated dari henpon saya lihat. Mesej balas dari dia. 

“Cepat lah datang. rindu.=(” 

“If i can. Akak serahkan penjagaan yang sebenar pada Allah. Moga diberi kefahaman yang sebenar. Take care! Jumpa nanti.” 

Kemudian lagi satu mesej yang datang…

“nak merajuk boleh tak?” Saya tergelak. 

***

moga cinta ini, menambahkan kecintaan ku pada Dia. 

“Kecintaan kepada Allah itu bagaikan telaga yang menampung amal saleh dan ibadah yang sahih. cinta kepada Allah akan membuat diri kita ikkhlas dan rela menjalankan semua perintah-Nya tanpa paksaan. justeru ada perasaan senang, bahagia, dan tenteram ketika telah menyambut seruan-Nya. Dan merasa gelisah tidak bisa tidur, merasa tidak tenang bila belum merespon ajakkan-Nya.”

 

(Air Mata Di Jalan Dakwah-Umar Hidayah)

Dan yang paling penting, kecintaan itu membawa kita ke syurga. Tidak kira yang kita cinta itu siapa, dan yang paling tinggi kecintaan adalah kecintaan kepada Allah yang mana kecintaan kepada Allah itu meliputi semua kecintaan sama ada kepada makhluk, kepada harta atau kepada apa sahaja tetapi dalam konteks yang lebih baik. 

Dan saya, mengharapkan cinta ini, meluruskan jalan kami ke syurga yang tertinggi iaitu syurga firdausi walaupun tiap kali nak pohon pada Allah supaya menempatkan diri di syurga itu terasa macam segan sebab bila lihat pada amal, memang tak layak langsung. 

hurm. tapi sebenarnya syurga itu adalah rahmat dari Allah. 

dan moga, yang meminta syurga tidak lupa bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang malah tidak juga lupa bahawa Dia itu Maha Adil dalam menetapkan sesuatu pada si ciptaan yang bernama manusia. 

dan untukmu, adik-adikku, 

teruskan bergerak, melangkah berjalan mencari Allah. moga diberi petunjuk yang lurus dari -Nya untuk menggapai keredhaan Dia. Kecantikan tempat, keindahan ukhuwwah, keseronokan kebersamaan, kesedapan makanan itu akan datang bersama bila kita mula…CINTA DIA. 

 

Dan adik-adikku, jangan mengalah. Gambaran dunia ini hanya seketika, setiap kesulitan dan kesukaran itu, untuk menguji kalian, dan menguji akak, siapa yang paling baik amalnya. dan kesudahan yang baik adalah bagi mereka yang bertaqwa. 

 

moga, dalam jagaan Allah sentiasa. Hendaknya. =)

Menggunting dan menampal di sini sedikit lagi cebisan dari buku Air Mata Di Jalan Dakwah oleh Umar Hidayah, 

Cinta itu tak cukup hanya di kata. Cinta bukanlah kata benda, lebih tepatnya kata kerja yang mampu menjelaskan segalanya. Ia susah untuk dicari definisnya tetapi yakinlah ia bekerja dalam pesona keagungannya. [pg. 271]

 

Image

 

moga terus berada dalam pesawat yang sama. pis. =)