terbit tanpa tajuk

kadang-kadang, rasa takut dengan kehidupan. 

takut sebab:

setiap hari mengucap 2kalimah syahadah dan tiapkali itu juga, aku tak mampu untuk menjawab pada diri aku sendiri, apa yang aku dah buat untuk menegakkan kalimah syahdah. 

takut juga sebab aku rasa banyak juga hak adik-adik yang berada dibawah aku sepertinya terabai. cuba sungguh-sungguh, tapi masih rasa tak cukup. T_T

takut juga, sekiranya aku mati saat ini sedang aku tak tahu hujah apa yang aku perlu beri pada Allah untuk melayakkan aku untuk masuk ke syurga Nya, dan ofkos, aku taknak masuk neraka. 

random thought semalam: 

if nak masuk syurga ada interview, dengan amal-amal kat dunia sekarang ni, boleh ke aku gunapakai untuk meyakinkan Allah untuk aku masuk syurga? rasa macam tak layak langsung kalau nak bandingkan dengan amal orang lain. T_T aku, mau usaha lebih lagi. 

nangis. 

***

3T. 

Advertisements

Antara mimpi dan realiti.

hari ini. 

“cikgi arrrr. saya rasa arrr saya mau punya kawan yang boleh borak-borak dengan saya arrr. boleh kongsi masalah dengan saya arrr.” kakak yang ngajar bahasa cina meja 45 darjah dari meja aku memulakan perbualan. masing-masing menghadap buku RPH (rancangan pengajaran harian.)

aku hanya memandang dia, kemudian senyum menggangguk dan mengiakan. Kemudian mengangkat wajah, dan menyambung,

“tapi kan cikgggiii arrrrr, saya masih tidak jumpa woo itu kawan…” Dia, mungkin jarak umur 10 tahun dengan aku. 

“ala akak, cari je sesape yang dalam bilik ni. Saya hujung minggu ni dah habis dah.” Seperti faham bahasa yang cuba disampaikan. Dia, pernah meluahkan masalah pada aku, dengan mata berkaca. 

sepi kembali bertandang. kipas jua pemecah sunyi. masing-masing tekun menulis rph. 

“cikgggiii arrr…you tada boyfriend ooo?” aku tersentak. senyum diberi sekilas pada nya. 

“akak, kalau dah ada, lama dah saya kahwin.” aku gelak. soalan random entah dari mana yang dikeluarkan. 

“betul wooo?” kembali menghadap buku rph. juga kembali gelak. 

****

bila tengok anak-anak murid yang hypernya bukan setakat pada tingkah laku, tapi juga pada mulut, pada tangan, pada kaki. sekali diejek, laju je tangan kaki menyinggah pada orang yang mengejek. mulut pula tak henti mengeluarkan kata-kata yang agak kasar untuk kanak-kanak seusia itu. 

bukanlah aku mengatakan bahawa kata-kata seperti (bang*ang, ba*i,) dan seangkatan itu tidak kasar andai terkeluar dari mulut mereka yang dewasa tetapi hemat aku adalah membawa kita semua berfikir, anak sekecil itu sudah menjadi rutinisasi mereka menyebut perkataan-perkataan sebegitu? 

Allahu rabbi. 

Aku ingin menyampaikan dakwah ini kepada janin di perut ibunya.

-hassan albanna. 

bila melihat anak-anak kecil itu, aku mula berfikir, tentang ayat 28 surah al-israa’  

janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

Jangan menghampiri, maknanya, jangan dekati pun. bukan larangan untuk terlibat, tetapi larangan untuk dekat. 

Betapa Allah nak kita jaga kesucian hati. kesucian hubungan. kesucian perkahwinan. dan kesucian keturunan kita. 

dulu-dulu mak ayah kita, perkahwinan adalah dibawah aturan keluarga. bercinta selepas nikah. muncullah kita. hasil perasaan yang muncul selepas nikah. 

kita, hasil perasaan dan hubungan yang muncul SELEPAS nikah. 

Hassan albanna kata, dia nak sampaikan dakwah tu pada janin dalam kandungan. dan ada salah seorang hamba Allah (ku lupasiapa dia.) kata, didik anak 40 tahun sebelum kelahiran dia.

faham tak? 

kalau tak faham, inbox. kita borak lebih. =D

 

cool.

aku cuba untuk postifi dalam setiap apa yang menimpa aku, dan sekeliling aku. untuk aku terus hidup dalam mengharap kepada Allah bahawa Dia tak ciptakan sesuatu untuk sesaje. sesukati. 

***

“cikgi, betul ke ada orang nak commit suicide tengahari semalam?” ada orang bertanya pada aku. Ye, aku ditempat kejadian. aku kenal budak itu. aku pernah borak dengan dia. dan, aku pernah dengar cita-cita hebat dia. 

“commit suicide? ada ke?” aku pura-pura bertanya. Dikira seperti membuka keaiban bila ada orang bertanya kisah yang langsung tak diketahui. 

“bukan commit suicide pun. Pada pandangan aku, dia nak cari ketenangan. Orang tengah serabut. jiwa kacau. tapi sayang, tempat yang dia pilih extreme sangat!” Ya, kerna fikiran aku pernah menghadirkan tempat itu sebagai port untuk mencari ketenangan. iya, waktu tak diberi sentuhan tarbiyah.

“Ada ke weh, orang cari ketenangan kat tempat macam tuh? tu orang psiko namanya.”

erk.

***

aku hanya nak jadi orang yang cool. 

kanak2.

kain putih, suci kan?

semalam, sesi mendidik anak-anak. tahun 4.

“okeyh, mari sini semua cikgu nak cakap sesuatu. minggu depan kita main bola sepak.insyaAllah.” aku mengukir senyum paling indah untuk mereka. bahagia mereka berkelakuan sangat baik pada hari itu.

“cikgu…cikgu..!”
“cikgu…cikgu…!”

berebut-rebut mereka mahu bercakap. aku membiarkan buat masa seminit.

“okeyh dah. sekarang cikgu yang nak cakap. awak senyap dulu. sape nak cakap, angkat tangan. kalau tak minggu depan takyah main bola. kita duk dalam kelas je. nak?” Tegas aku bercakap.

“woi, diam lah. nanti tak boleh main bola.” Hakim menjerit.

“okeyh, dengar cikgu cakap. Minggu depan kita main bola sepak. tapi dengan syarat. dengan syarat ye. kamu tak boleh main ganas-ganas, tarik-tarik baju tackle-tackle melampau. kedua, tempat dan kawasan saiznya cikgu yang tentukan. faham?” aku melihat wajah mereka satu persatu. bagai tidak puas hati.

bingit semua mahu bercakap. “okeyh diam. sape nak cakap angkat tangan, tunggu cikgu tunjuk dia dulu, baru boleh cakap.”

“saya.”
“saya.”
“saya.”

“okeyh, zikri, kenapa?” Pantas dia menyambung, “gol cikgu buat, kecik sangat. tak best cikgu.” aku memberi senyum. sekilas. “okeyh, kalau kamu nak gol luas boleh, tapi kita takyah main bola sepak, kita main permainan lain tapi yang pakai bola. dan kamu boleh buat gol besar mana kamu nak. boleh?”

“dah lah weh. nak main ke tak nak? ikut je lah syarat cikgu tu.” Megat bersuara.

“tapi cikgu, lagi satu, diorang main mulut celupar cikgu. kata orang macam-macam. pas tu ejek nama bapak saya.” aku menarik jari telunjuk ke bibir. isyarat untuk mereka diam dan memberi peluang aku bercakap.

“baiklah. dia kata bapak awak macam mana?” terdengar serentak mereka menyebut, “Nazmaaaaaannnnnn.” dengan hujung sebutan beroktaf tinggi.

“tengok cikgu. dia ejek lah.” terasa ingin tergelak. sebut nama macam tu je pun. Aku menarik nafas.

“okeyh okeyh. meh dengar kejap. cikgu nak tanya, orang ejek kamu macam-macam, kamu ada rasa sakit tak? ejek je kan? bukan tampar ke tumbuk ke sepak ke kan?”

mereka menggeleng. aku menyambung kembali kata-kata. “tapi ada yang kata bodoh cikgu. ada yang kata otak senget. ada yang kata babi lah.”

aku istighfar. pasti perkataan-perkataan sebegitu rutinisasi hidup mereka.

“okeyh, cikgu nak tanya, kalau orang kata kamu bodoh, kamu rasa kamu bodoh ke pandai?” serentak mereka menjawab, “pandai cikgu…” eh eh.

“jadi, kalau apa orang kata tu, salah ke betul ke, biar je. sebab kamu tahu kan kamu bukan macam tu. contoh, kalu Prakash kata kamu bodoh, dan kamu balas dengan kata dia bodoh, jadi siapa yang bodoh sekarang?”

“dua dua cikgu…” hah! pandai pulak.

“kalau kawan kamu kata kamu babi, cikgu nak tanya, kamu ni babi ke manusia? manusia kan? jadi, kalau kamu balas dengan kata kat kawan kamu babi juga, siapa yang babi sekarang?”

“dua dua cikgu.” eh eh. “tapi kalau tengok sekarang, kamu ni baby ke manusia?” lagi sekali, mereka menjawab, “manusia cikgu.”

“faham tak? kalau orang kata kita macam-macam, dan kita sakit hati, pastu kita balas balik kat diorang kata benda yang sama, kita ni samalah macam dia, betul tak?” bermain psikologi dengan mereka. nada suara aku masih normal. hati puas.

“betul cikgu. lagipun kan cikgu kan cikgu kan malaikat tengok kan cikgu kan…” lupa siapa nama dia, tapi aku masih ingat wajah innocent dia.

“betul. kiri kanan kita ada malaikat yang jaga. kanan ni, yang tulis semua benda baik yang kita buat. yang kiri tulis semua benda buruk yang kita buat. nanti kita mati, kita boleh tengok buku mana lagi tebal. kalau buku belah kanan lagi tebal, maka kita ni orang yang baik. orang baik, semua orang sayang kan? macam hari ni, kamu semua sangat baik hari ni, cikgu sayang.”

semua tunjuk wajah senyum. aku makin puas hati. alhamdulillah. alhamdulillah.

“okeyh, masa dah tamat, minggu depan kita pj lagi. tapi ingat pesan cikgu yea anak-anak yang baik ni.balik kelas, hati hati, jaga keselamatan.”

“baik cikgu.  assalamualaikum. ”

****

post agak panjang. sebenarnya agak panjang. tapi, aku singkatkan. kanak-kanak, perlukan perhatian. tapi sayang, persekitaran tidak memberi peluang untuk memerhatikan mereka.

kain putih, dicorak macam-macam, jadilah macam macam.

kesan cancelkan usrah hari ni.

bukak quran. 

berapa banyak orang-orang terdahulu Allah bagi tahu, masuk neraka sebab beralasan?

suruh buat tu, bagi alasan.
suruh buat ni, bagi alasan. 

sekalipun buat ikut Allah suruh, but still ada helah yang dilakukan disebaliknya tuh.(kisah hari sabat) 

quran dah banyak tunjuk bukti. 

12:111. Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al Qur’an itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.

mukmin tu, xkan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. tau takkkkkk? 

sekalipun, aku punya alasan, kalau orang tahu, mungkin diterima akal, but then, aku takleh terima when i used that alasan to cancel the usrah today! 

i just want to cry.T_T

4.15pm

hujan. 
tanpa sedar. 
bukan kat dalam, tapi kat luar. 

rindu. 
tanpa sedar juga.
bukan kat luar tapi kat dalam. 

Hujan. mengalir lagi. 
bertakung di mata, turun ke pipi. 
hujan. makin lebat. 
dalam dan luar, 
seiring sehaluan. 

aku, hanya rindu pada Dia. 

Komuter Kajang.

Pada suatu hari, berdekatan stesen komuter kajang, aku duduk di atas kerusi sambil menunggu seorang akhawat untuk datang menjemputku. untuk ke nothingham (bunyi macam jauh, tapi kat semenyih je.) 

menanti ketibaannya, aku membuka Furqan (nama quran aku bagi sesape yang tahu, saje nak cakap) menyambung bacaan bagi memastikan mutabaah amal part tilawah settle. Bacaan terakhir berhenti di Surah Al-Maidah, maka haruslah menyambung bacaan dari sana. 

Sedang asyik menikmati keindahan bacaan sendiri (masuk bakul angkat sendiri), datang seorang pakcik teksi. Muda tak muda, tua tak tua, tapi aku tetap nak cakap yang itu adalah pakcik. Berdiri di sebelah kerusi tempat aku duduk. Tiba-tiba dia bertanya, 

“baca quran dik?” Aku menjawab soalannya. Mad’u. Mad’u. Dalam hati aku mengingatkan. 

“Yup.” Aku melempar senyum padanya. Dia kelihatan berminat.

“Nampak ke dik? kecik je tulisan quran ni pakcik tengok.” Erm, memang agak kecik, tapi mata aku boleh consider okeyh dan sihat lagi alhamdulillah. 

“dik, yang tulisan melayu kat sebelah ni, apa?” woah. Dia macam berminat. aku sedikit teruja. Maka bermula lah bla bla bla aku pada pakcik tersebut mengenai quran. 

kemudian. tiba-tiba sahaja dia bertanya…

“surah al-maidah ye dik? apa maksud al-maidah tuh?” Aku, angguk dan keras secara tiba-tiba. Dalam hati juga bertanya sendirian.

“ha’ah. selama ni baca, tak pernah nak buat further study pasal quran selain dari dapat dalam usrah sendiri, dan baca untuk usrah adik-adik.” Hati aku membebel sendirian. 

Pakcik itu, dah berlalu. Tak sempat aku menjawab. tapi perjalanan dua hari itu sekitar kl dan menggunakan public transport, agak membuka pandangan aku. 

well. telan air liur. tarik nafas. 

banyak benda lagi kena buat. hati harus kukuh dengan Allah. sepatutnya, menulis kat sini pun tak sepatutnya menjadi satu habit, sebab ibarat kelihatannya aku tak mempunya sebarang kerja nak buat. 

tapi aku percaya, moment seketika cuma Allah bagi ini, untuk aku berkongsi rasa, kerna kadang-kadang dan selalu, apa yang kita tulis, ada orang perlukan. akan ada orang inginkan. 

***

Rasulullah pada zaman itu, dalam surah al-qalam, dikata gila, sebab dakwah yang baginda buat, kalau ikut zaman sekarang, takdak lagi orang kata aku gila sebab buat dakwah. 

aku jadi berfikir, “sudah all outkah kerja ku selama ini?”