Apa ertinya?

hari ni alhamdulillah Allah bagi peluang untuk duduk dan berhenti sejenak untuk berfikir, merancang tentang macam-macam untuk tempoh setahun ni. Crucial time saya agak.

merehatkan sebentar kepala, saya menarik buku fathi yakan. bukan yang agak famous, dan rasanya kebanyakan orang memang akan kenal buku nih. Apa Erti Saya menganut Islam. Randomly picked, terbuka muka surat 88. 

——-

ok, rasa yang sangat skema. haha.

ikutkan, manusia ni, ada 3 jenis. 

jenis yang pertama, bila dia buat salah, dia memang buat tak tahu, takrasa apa dan buat donno. tak kisah sama ada salah dia dengan manusia atau salah dia dengan Allah. tapi of course, nak highlight part salah dengan Allah. Sebab rasanya, part salah dengan Allah yang jarang orang nak ambil kisah, melainkan ditiup oleh aura hidayah. 

orang jenis macam ni, kalau ikut buku tu, merujuk kepada orang-orang kafir. Orang yang lterlau mengikut hawa nafsunya dan ignore apa sign yang Allah kasi. ini, orang yang bermasalah. 

jenis yang kedua pula, orang yang buat salah, tapi cepat sedar, cepat minta maaf, cepat taubat.hah, nak qoute dari buku ni, lagi best dia tulis. 

golongan yang kedua ialah golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu mereka. Kadangkala mereka menang, dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah, mereka bertaubat, apabila mereka melakukan dosa, mereka menyesal dan memohon keampunan daripada Allah. (pgs. 90)

dalam surah ali-imran, ayat 135,  Allah cerita pasal benda ni. Allah menghulur harapan bahawa buat salah itu adalah normal, dan perlu untuk kembali balik pada Dia. mana ada orang yang tak pernah buat salah. sewaktu penciptaan manusia, malaikat dah bertanya awal-awal lagi, “kenapa nak ciptakan manusia yang akan buat kerosakan pada muka bumi? tak cukupkah kami yang sentiasa bertasbih memuji mu?” 

Tapi Allah kata, “aku lebih mengetahui.” 

sangat normal okeyyhhh untuk orang buat sesuatu kesalahan, tapi benda normal jangan jadikan tak normal pula. Sebab yang normal bila orang buat kesalahan, tapi dia tak akui kesalahan dia, dan tak minta maaf terhadap kesalahan yang dia buat. 

itu, memangggg sangatttt takkkkk normaallllll okeyh! 

So, besar mana pun salah kita, dosa kita, sila kuatkan hati untuk kembali pada Allah. Manusia akan bercakap-cakap, sebab mulut manusia itu takde penutup, bukan macam mulut tupperware, mulut botol air. 

erm. sambung pasal buku tu, siapa golongan yang ketiga? 

takyah sebut. takyah cerita. ini hanya golongan nabi. golongan yang maksum. golongan yang tak pernah buat salah, tapi amalnya takboleh nak dibanding langsung-langunsg dengan kita ni. kalah. ibarat kerak bumi dengan awan kot? iman yang rapuh, macam awan, kejap ada kejap takda. 

golongan yang ketiga, syetan pun surrender. huuhu. 

Advertisements

seronok.

alhamdulillah. belajar kali ni memang seronok. walau kadang kala muka kelam mata terkebil-kebil memandang pensyarah sedang kepala jauh terbang tanda fokus sudah hilang kerana tak faham apa yang dipelajari. 

Bicara firman-Nya:

20:124. Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

rugi orang yang dilalaikan dari menerima peringatan. Kadang-kadang, Allah bagi je peringatan tu, tapi kerana kesombongan sendiri, ditutup hati, telinga mata dan lisan untuk memahami, mendengar, melihat dan menyebut segala jenis peringatan yang diberikan. 

sedih. 

kerana akhirnya, Allah sendiri yang akan mengunci segala anggota dan deria untuk mendapat peringatan tersebut. 

naudzubillahi min zalik. moga kita tak tergolong dalam golongan itu. 

…………………………………

satu sebab yang membuatkan aku terasa seronok belajar kali ini, sentiasa muncul peringatan dari bibir mereka. kalau dilihat pada kulit luar buku, mungkin orang kata tak layak menerima peringatan dari mereka yang tak seaqidah dengan kita, mereka yang tak mengamalkan ajaran islam. 

tapi, tanya lah pada hati, apa yang kau lihat? pemberi nasihat atau nasihat yang diberi? 

hari ni, seorang pensyarah bukan islam membuat perbandingan kadar ketakutan manusia terhadap sesuatu makhluk antara muslim dan non-mus. Katanya, ‘pastilah kamu (muslim) lebih berani. banding dengan dia. sejak kecil lagi itu kamu doa. sembahyang. kalau dia kecil-kecil main saja. sekarang pula, kamu tiap2 lima kali sehari sembahyang itu pada tuhan, dia ini seminggu sahaja, kalau ikut logik, kamulah yang lebih berani.” aku diam memerhati. 

jeda seketika. kemudian dia menyambung, “apa mau takut? Tuhan ada, takut itu hiilang. Tiada kuasa lagi besar dari kuasa Tuhan.” 

aku mengangguk. 

dan itu bukan yang pertama kiranya untuk pengajian kali ini, ada beberapa lagi siri yang ada. dan, boleh dikatakan, peringatan itu sentiasa wujud, cuma mungkin sebelum ini aku yang kurang menghayati. 

berkorban dan terkorban.

mereka kata dakwah ini perlu pengorbanan.
kita kata kita dah banyak berkorban.
tapi mereka kata, kalau ada pengorbanan pasti ada rasa sakitnya,
cuba juga bertanya pada diri, ‘sudah kah terasa sakitnya itu?’

………..

susah nak describe. dan memang taknak describe.
cuma harap Allah lapangkan hati ini agar ikhlas itu wujud dalam pengorbanan ni.

sebenarnya bukan lah susah sangat apa yang berlaku ni, tapi sebab ada benda yang wujud dalam fikiran yang membuatkan aku teringat-ingat dan berfikir-fikir.

harap sangat Allah bukakan hati ini agar ikhlas yang muncul bukan sedikit tetapi banyak.

sungguh, rasa nak menangis.

 

11:52. Dan (dia berkata): “Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” – ayat ni sesuai sekarang. feel weak. minta doa. tetiba hujan. petik ayat ni. kopi kat sini. kemudian hujan stop. =)

berhenti nangis. alhamdulillah. 

final year

terasa sudah bermula cabarannya. bermacam perasaan bersimpul. umur yang semakin meningkat, juga mendebarkan. topik perbincangan rakan-rakan, mula meresahkan. sila faham sendiri. 

dan dalam perbincangan mereka, kadang aku bertanya sendiri, ‘macam mana kita nak tahu bahawa kita dah bersedia untuk melangkah ke alam lagi satu?’ 

………..

………..

………..

tutup tajuk. 

2014 bermula dengan beberapa kejutan. musibah. ujian. untuk orang-orang sekeliling. hanya mampu bertanya khabar dan menghulur doa aga dimudahkan segalanya untuk mereka. 

teringat tazkirah pendek ‘ibu’ pagi itu, “siapa sangka, silap yang kita buat 1 saat itu beri pengaruh besar dalam hidup kita?’ 

Allah juga yang tahu apa hikmah yang ingin diberikan. disangka baik musibah itu apabila hikmah tersingkap. aku, hanya mengirim sabar agar mereka-mereka tabah. 

tidak adil rasanya untuk menghukum manusia atas kesilapan yang dilakukan. dan tidak adil juga untuk mensisihkan mereka walau teruk mana pun salah mereka.