tawaran.

late night conversation: 

awak taknak masuk SIPMA untuk squash? takde orang. Ada chance untuk menang. Praktis, then bulan April nanti pemilihan.” 

Senyap. 

Saya dilantik jadi Pengurus Keseluruhan Permainan. Kerja saya adalah memastikan bahawa setiap sukan ada atlitnya. bla…bla…bla...” sambungan bicara dari dia, aku dengar dengan teliti. 

Priority. 

Sayang cikgi. Kalau awak rasa awak boleh main, awak ada stamina, awak ada alat, go on. Nanti pemilihan untuk SIPMA awak mungkin terpilih. Cuba dulu.” Bicara nya tak terhenti setakat itu. 

Senyap bertamu lagi. Melepaskan keluhan nafas. Priority. Keperluan kehendak. Redha Allah. Abid khalifah. Semua, bercampur aduk. Adik-adik. Dan, satu perkara yang aku yakini, soalan dari mereka. Dan memang, aku tak punya alasan. 

“Saya, berminat. Tapi, saya takkan dapat bagi komitmen.” Jujur. Rasa lega, sedikit. 

Sebenarnya, kalau diikutkan dengan ada yang dah aku terima sepanjang hampir tiga tahun di tarbiyyah, tidak sepatutnya aku punya doubt sebegitu. Seharusnya aku yakin dengan apa yang dah Allah bagi pada aku. Tidak timbul sepatutnya isu VERSUS dalam hati. 

Sebagaimana semalam, Tag No. Adidas King Of The Road aku pandang sepi. 

Tidak sepatutnya aku timbulkan isu ini. Dan, bila diuji sebegini, baru aku sedar, bahawa ujian ini, sampai bila-bila pun takkan selesai selagi aku, tak berjaya hadapi. 

***

Bangun dengan bersemangat untuk sihat untuk d&t, aku bergegas ke court squash. Melepaskan lelah dan penat di sana. Seorang. Tapi hati merasakan bagai ada sesuatu yang melihat dan memandang. 

aku tahu, Dia ada di sana. Sedang melihat aku. senyum. =’) 

Image 

Rasa puas. Rasa segar. 

Alangkah baiknya, andai qowiy pada jasad dan fizikal, d&t juga qowiy! 

saat kaki kanan…

saat kaki kanan laju berlari mengejar pahala kebaikan,
tarik juga kaki kiri berlari lebih laju meninggalkan dosa keburukan.

“tapi kak, bukan memang pahala itu kebaikan dan dosa itu keburukan?” tanya dia, innocent.
Aku jawab, “pasti, tapi manusia itu kan pelupa, bila disebut baru ingat, bila tak dipeduli hanyut ke mana-mana.”

asrama: bilik 319.

Kita buat macam-macam untuk dapatkan pahala. 
sayang, kalau pahala yang kita itu, burn macan tu, 

sebab…..

kita tak bersabar dengan keburukan yang orang lain buat kat kita, 
hingga kita mengeluarkan atau mengatakan sesuatu terhadap orang tersebut. 

kalau tak mampu. senyap lebih baik. 

Gemuk. dan FAT!

Terpanggil untuk menulis, walau asalnya takcukup modal. Tapi, masih mengharapkan, ada yang faham.

***

“guard yourselves against getting fat because that will make you slacken for prayer, and it spoils your bodies, and brings you illnesses

eat moderately.

you will be better able to conduct your worship.”

episode 24 Umar The Series.

dan kemudian, ada orang menambah, dan di sini, aku hanya menampal:

Dalam perang mu’tah, Khalid al-Walid menggunakan 9 pedang sebab satu demi satu patah..

Dalam hijrah, Rasulullah SAW dan Abu Bakar berjalan kaki dr mekah ke madinah..

Dalam perang khandak, para sahabat gali parit besar sepanjang utara madinah utk pertahanan..

Rujuk banyak lagi kisah sirah, kalau dilihat pada idea dan tindakan yg diambil, sekali-kali tidak mungkin Rasulullah SAW dan para sahabat itu seorang yg boroi, gemuk, dan tidak berstamina..

dan aku teringat, satu perbualan aku dengan seseorang, kata dia, “shape badan rasulullah dan para sahabat mesti hebat kan? macam ahli sukan tu kan?”

Buat mereka yg gemuk, jom kita diet. Buat mereka yg sudah sedia kurus, jom tambah stamina.Qawiyul jismi, sihat tubuh badan, bebas penyakit..

sihat tubuh badan, nak buat kebaikan pun mudah.

11:45 malam.

tidak pasti waktu sebenar. jam ditangan, jam pada wajah Khubaib, juga tak jelas waktunya. atau mungkin aku, yang harus menuju ke tempat pembaringan? 

28:73. Dan karena rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebahagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan agar kamu bersyukur kepada-Nya.

dan, kerana rahmat Dia, aku masih wujud di sini, menulis dan mencoret sesuatu yang ku harap berguna. bukan untuk saja-saja, tetapi aku menulis dengan harapan, ada yang terpanggil untuk segera kembali pada Allah.

***

khalis. setiap hari, hati perlu dibetulkan, niat perlu diperbaharui. Agar hati yang kau punya, tapi milik Allah itu, tidak lupa tentan misi dia, cita-cita dia. 

Image;

khalis. 

susah nya nak rasa. 
susah lagi nak jumpa. 

hanya pinta, ia ada. 
agar Allah terima.

i dont go to mo…

i dont go to movies
nor do i follow drama series

i dont tour shopping malls on weekends
and vacationing overseas has never been my plan

i eat a bit expensive food at times
but it’s not daily meal for me to dine

never do i dream for a mansion
having a luxurious ride not to mention

to have a good job if i can
but not for money, nor for the highest rank

my life is dull, some eyes would see
but i see colours, and alive i feel

this is my chosen path
in this very world i will strive

for this life is not my only life
my happiness is reserved for the next life

aku hanya cuba untuk melabur waktuku, uangku, tenaga ku, untuk kehidupan yang lebih abadi. kehidupan yang lebih diyakini. kehidupan yang lebih dinikmati. 

menutup kehendak hati, untuk hidup yang lagi satu. 

Kadang mereka kata aku membosankan, tanya tu tak tahu, tanya penyanyi tu tak tahu, tanya lagu tu tak tahu, dan aku bertanya pada balik pada diri aku sendiri, “perlukan aku mendekati semua benda tu untuk aku dekati mad’u ku?” 

gelak sendirian. kan hati itu Allah yang pegang? 

Tak perlu nak join sekali mad’u tengok cerita korea semata-mata untuk dekati mereka. hati kita, akal kita, jasad kita perlu dijaga kesuciannya. 

jaga iman, jaga hubungan dengan Allah, minta tolong pada Dia, dengan sendirinya, insyaallah dengan usaha kita yang sedikit tanpa kita abaikan perintah dan larangan Allah, masih boleh ikat hati mad’u. 

Allahu ma’ak ya ukhti. Jangan beralasan nak tengok korea, nak main game, nak tengok wayang semata-mata untuk ikat hati mad’u. 

ma.tu.re.d

selalu, saya tulis matang.

Perbualan semalam masing terngiang-ngiang. Dan juga kata-kata murobbi semalam juga masih segar. 

***
Tahun lepas, setahun yang agak mencabar. Banyak buat benda pelek. Pelek tapi masih lagi dalam norma orang islam. 

Tahun lepas, bila tension, stress dengan apa yang buat tak menjadi, saya akan lari. Menyepikan diri. Kerana saya takut, keberadaan saya tanpa suara bersama kawan-kawan menimbulkan rasa yang kurang senang pada hati mereka. Maka…lebih selamat dari sekejap. 

Lari jumpa orang lain yang faham masalah saya, atau lari menyembunyikan diri dari manusia dengan menikmati alam. sama ada di padang, di taman, di pantai. segalanya mungkin.

Bergantung kepada tahap ketensionan. 

Lari jumpa orang biasanya, saya akan lari jumpa mereka di FK, atau lari balik rumah kakak sendiri, atau lari pergi rumah murobbi. Tak bercakap, tapi jasad saya wujud di situ. 

zaman itu…

Maka semalam kami berborak dan tanpa sedar bercerita tentang tahun lepas. Makanya, dia bertanya pada saya, “Tahun ni, dah berapa kali awak pergi FK?” Sepi bertandang seketika. 

Baru perasan, dan baru sedar bahawa hujung-hujung minggu saya tahun ini, dan hari-hari sekolah saya, tiada waktu lagi saya ke sana. dalam tempoh sebulan ini. Seolah-olah, masalah-masalah yang pernah berlaku seperti tahun lepas, mampu saya hadapi, mampu saya terima. Walaupun banyak benda saya rasa saya kena buat, tapi rupanya banyak yang Allah mudahkan untuk saya. 

dan dia menyambung kembali perbualan, “maknanya, tahun ni, lebih matang lah eh?” Haha. Saya tersenyum dan tergelak. Mengimbau kembali definisi matang oleh mereka suatu ketika dulu.

“matang itu, bila kita kena uji, Allah datangkan dugaan untuk kita, kita tak cepat melatah. dan kita tahu, kepada siapa kita harus kembali.” Definisi Matang yang pertama. 

 

“matang itu, bila kita mampu bergerak, tanpa kita jatuh. dan andai kita jatuh sekalipun, kita mampu bangkit semula. Matang yang menggerakkan kaki kita untuk melangkah lebih jauh.” Definisi Matang yang kedua.

dan, dari peristiwa2 lepas, saya belajar, untuk lebih banyak ‘buat’ dari ‘cakap’. Stop complaining. Setiap benda yang berlaku pada saya, pada kita, dari sekecil perkara, hinggalah sebesar perkara, dibawah kekuasaan Allah. Elak macam-mana sekalipun, sesuatu perkara tu dah Allah takdirkan. 

Maka, hiduplah sebagaimana yang Allah perintahkan. iaitu Abid dan Khalifah. 

Kalau dulu, setiap perjalanan tarbiyyah diri saya, dari benda kecil, hingga benda yang besar, rasa macam sangat stress. kadang-kadang stress dengan murobbi, stress dengan usrahmates yang tak pernah wujud, stress takda daurah, stress takda orang yang faham saya kat sini, stress adik-adik tak berjaya dibentuk. dan macam-macam stress lagi. 

manusia, komplen banyak, buatnya tak kan? aha.

belajar. dari situ. maka, kita akan lebih matang. sebenarnya masih lagi proses. 

***
semalam, waktu usrah, taaruf untuk usrahmates baru untuk tempoh 4 bulan ke hadapan, “umur saya 22 tahun.” 

murobbi terkejut. Dia tanya, “dah 22 tahun yer? dah besar dah.” Telan air liur untuk perkataan besar tuh. 

dan hingga sekarang, saya masih lagi rasa saya seorang adik kecil yang perlukan kakak. 

***

saya cinta adik-adik saya, sebagaimana saya cinta murobbi saya. sebagaimana saya cinta jalan dakwah dan tarbiyyah ini. dan kerana cinta, ia akan meminta segalanya dari saya.