Cikgi Pauh?

Who am I? I’m Spiderman.=D

***

“Saya …blablabla….Sekarang masih belajar di …blablabla. Ada ..blablabla…sebelum saya grad. InsyaAllah. =D ”

“Belajar kat …blablabla..? eh, awak ke Cikgipauh?” Ehe. Dia tanya jugak soalan tu.=_=’ Feeling like running away from the question. Senyum. Angguk tidak, geleng pun tidak.

***

Mengan mengangkut barang-barang dari atas. Dah jam 9.00 malam. Bus bertolak jam 10.00 malam. Naik dari Hentian Kajang. Better sikit rasa.

Elok sahaja menapak di tangga terakhir, mata di hala pada hamba-hamba Allah yang sedang membentuk bulatan. Menunggu talam untuk menjamu.

“Eh, Cikgipauh. Jom makan sama ngan kami.” Terdiam. Terkedu pada suara yang memanggil. Terkedu pada beberapa pasang mata yang memandang.

“Owh. ini ke Cikgipauh.???” Serentak, mereka bersuara.

“Erk. Ehe. Bukan. Bukan.” Tak tahu nak kata apa dah.

***

They were using my CQ40. Those adik-adik. Senyum. Don’t mind, biarpun suatu waktu dulu, CQ40 hampir sahaja menjadi material kesayangan.

“Akak, camne nak offkan laptop akak ni?” Hehe. Laptop baru format. Pakai Windows 8. Cool habes. Berlagak. Duniawi lagik. Huh.

“Owh, canie, meh akak tunjuk. Nanti kalau nak guna senang.” Jari memegang tetikus. Cursor digerak-gerakkan.

“Akak pakai Windows 8 eh? Canggih.” Aha. Cool. Duniawi lagi. Bukan sengaja ingin memilih Windows 8 tetapi disebabkan oleh CQ40 ni dah terlampau tenat. Classmate mencadangkan, hanya mengangguk. Rabun IT.

“Eh, Cikgipauh? oooooo. Akak lah Cikgipauh kat facebook tu yer? Yang selalu muncul kat facebook murobbi kami tiap kali kami ditagged eh?”

“Errr.” Diam. Ehe. Rahsia dah terbongkar.

***

“Cikgipauh!”

“Err. Kakfiza.” Yang lain memandang. Juga waktu menjamu selera. Pastinya ummat yang tengah ramai.

“Eh. Owh, Kakfiza tahu eh sape Cikgipauh?” Mereka bertanya. Dengan muka memandang pada diri yang tercengang. Terkejut.

“Akak tahu. (senyum). Awak semua tak tahu ker?” Mereka menggeleng.

“ehe. Akak dah reveal the secret.”

“Owh. iye eh? Aseef.” haha. hokeyh je.

***

Kenapa nama Cikgipauh? I mean, kenapa cikgi, kenapa pauh?

Sebab, saya sedang belajar untuk menjadi murobbi. In the process becoming Super Murobbi. Yang bukan sahaja mengajar, malah mendidik manusia. Membentuk manusia yang patuh pada Allah. Maka lahirlah Cikgi pada pangkal nama Facebook saya.

Pauh. Asalnya, saya pun keliru bagaimana nama tersebut boleh wujud. Membenam diri ke dasar laut, akhirnya saya temui asal usul nama tersebut. Seorang kawan saya bercerita, di sekolah dulu, dia mempunyai seorang rakan, yang suka memanggil sesiapa sahaja yang dia lupa namanya dengan nama Pauh. Dan kawan saya ini, suatu hari terlupa nama saya, dan waktu tiu, muncul dalam kepalanya perkataan Pauh. Terusan, nama tersebut melekat pada diri saya. Hingga kini.

Mulanya, hanya segelintir yang memanggil saya dengan nama tersebut, tetapi lama kelamaan, hampir ke semua rakan sekelas saya memanggil dengan nama tersebut.

Dan, atas sebab tertentu, saya memilih nama tersebut untuk dijadikan nama pada akaun Facebook saya. Bukan itu sahaja, transformasi sedikit demi sedikit, pada semua akaun elektronik saya.

Alasan yang paling konkrit yang saya ada, saya tidak ingin dikenali. Kerana susuk ini banyak khilaf, dan untuk transform seratus peratus, saya masih lagi mencari ruang dan waktu. Dan ruang dan waktu itu saya temui disebalik nama Cikgipauh.

Mungkin sedikit berpusing, namun, apa yang saya ingin tegaskan, apa yang saya tulis di sini, untuk diambil ibrahnya. Jangan dilihat pada hati si penulis, tetapi lihatlah pada apa yang saya ingin sampaikan.

Wallahu a’llam. Saya, Hamba pada Dia yang Maha Mengetahui.Yang masih berusaha bertapak di jalan hakiki. Jalan mencari redha Illahi. Untuk menggapai cinta Illahi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s