doa dan dosa.

doa dan dosa. kurangnya pada s yang membezakan keduanya.

aku teringat, seorang kawan baik pernah berkata, “malu nak mintak doa dengan Allah, sebab diri tak cukup baik untuk Allah makbulkan doa tersebut. aku hanya sanggup mintak Allah ampunkan dosa aku je. Itu lebih dari cukup.”

“kenapa rasa macam tu? bukanke Allah itu Maha Kaya? Apa yang Dia beri tidak sedikitpun mengurangi harta yang Dia ada, bahkan tak memberi kesan langsung-langsung pada Dia kalaupun semua orang kat dunia ni meminta pada Dia? Ke kau rasa macam mana?” Aku mengulang soal. Kadang-kadang perasaan yang sama juga wujud. manusia. normal. aku kira.

“Aku rasa malu nak mintak doa, sebab layaknya untuk minta diampunkan dosa sahaja. Sebab setiap hari aku rasa berdosa. dosa yang tak pernah hilang. lagipula, aku belum cukup all out menyebarkan agama Dia untuk memberi keyakinan pada aku bahawa aku layak memohon doanya.” Kata-kata yang membuat aku berfikir juga dengan kerja aku. mencari pahala dengan amal. masih juga tak cukup. Tapi aku rasa, bergelen-gelen juga doa aku minta pada Dia. Tak tahu malu kah?

suatu hari, aku terdengar dari sebuah radio. “Hanya orang yang sombong yang tak sanggup nak minta doa dengan Dia. Hanya orang yang sombong. Sesombong-sombong iblis pun, tak pernah lekas memohon doa agar Allah memanjangkan usianya untuk menyesatkan manusia.”

“kawan, kau tahu, meminta Dia mengampunkan dosa juga satu doa?” Aku mengerling. menarik dia kembali ke dalam perbualan. setelah sepi bertandang untuk beberapa tempoh.

“syaitan itu letaknya kat neraka. tapi masih tak menyombong. masih sempat memohon pada Allah agar diberi kesempatan untuk menyesatkan kita.” Kadang-kadang kita tak sedar, apa yang kita buat.

doa. untuk diampukan dosa. cukuplah. kalau tak mampu berdoa meminta yang lain. Dia, yang Maha Kaya. Tak pernah berkurang sedikitpun dengan apa yang kau minta. dengan apa yang kau pinta.

***

aku nak minta, hati yang baru. untuk ganti hati yang lama.
sebab, hati yang lama dah tak punya rasa. mungkin lebih teruk dari robot.
jasad yang sekadar mengikut arus.

Advertisements

al syuhh

“Al syuhh adalah sifat terlalu inginkan sesuatu hingga membawa kepada kedekut dan zalim” -muntalaq.

kedekut dan zalim.

terlalu inginkan pahala, sehinggakan kita melarikan diri beruzlah bersama Allah hingga membiarkan yang lain terus dalam kesesatan dan kehinaan.

kedekut dan zalim. kejam?

Sedangkan dalam qu’ran terang tang-tang Allah sebut, “Tidak akan memudaratkan mu orang yang sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.”

“Siapakah yang akan memerangi musuh jika ahli ibadat itu mengasingkan diri dari masyarakat?” -muntalaq

kita, seronok buat amal. seronok buat ibadah. tapi, kita lupa untuk bersama orang lain juga, untuk berseronok membuat amal.

dan lagi teruk, “duduk pula di rumah-setelah beruzlah di masjid.” -muntalaq

mengosong tempat dari barisan perjuangan yang sepatutnya dipenuhkan untuk duduk bersenda gurau dan berseronok dengan keluarga.

“Ketahuilah, mana-mana orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun dia berada sebenarnya tidak dapat tidak telah melakukan kemungkaran, bila dia duduk sahaja di rumah ertinya dia tidak membimbing manusia, tidak mengajak mereka ke arah kebaikan. Walhal di luar sana, masih ramai manusia yang jahil tentang agama dan hinggakan tidak tahu syarat-syarat solat. Apatah lagi mereka yang tinggal di kampung-kampung pedalaman.” -Imam Ghazali.

kalaulah dengan keberadaan kita di rumah/(bilik?) orang yang ada di rumah/(bilik?) terkesan dengan dakwah kita, maka tidak mengapalah.

namun, yang menjadi masalah, bila mana keberadaannya di rumah/(bilik?) tidak memberi kesan langsung terhadap penambahan iman mereka yang berada sekitarnya. Lagi parah, memberi kesan lebih teruk, bukan sahaja terhadap keluarganya, tetapi terhadap dirinya sendiri.

sakit.

kalau para sahabat, kubur-kuburnya, jauh dari tempat lahirnya, kerana daei itu pengembara. mengembara mencari mad’u.

bagaimana mungkin, dalam bilik, dalam rumah bisa kita menyebarluaskan agama ini?

“hello, sekarang kan ada facebook, internet semua benda canggih manggih tuh…”

“sejauh mana keberkesanannya kepada individu tersebut?”

berikanlah yang terbaik untuk Allah. atau sekadar kita buat sesuatu hanya semata-mata kita nak lepaskan tanggungjawab syahadah kita?

mana follow up nya setelah kita menyampaikan agama pada mereka?

ke hanya sekadar kita berpegang pada “balighna walau ayat?”

******

sesi membakar diri. melepak di bilik. sebab takde kelas. robot. yang mati.

Setiap hari, bangun tidur, kepala ligat berpusing, nak

Setiap hari, bangun tidur, kepala ligat berpusing, nak buat dakwah macam mana supaya tersusun?
Setiap hari juga, nak tidur, kepala ligat berpusing, nak buat macam mana supaya dakwah tersusun?

dapat menyalur fikrah pada kesayangan hati, supaya membuah amal.
bingung.

Teori banyak yang dapat, tapi entah, aku masih gagal membuahkan pada waqi’ sendiri.
Praktikal, juga ada, tapi tetap tak memuaskan hati aku.

Hingga kadang-kadang, aku jadi bosan. Bukan bosan untuk beramal di jalan ini, tapi bosan untuk berfikir, membiarkan diri bergerak mengikut arus. tapi bukan bermakna membiarkan diri selesa pada kesakitan ummah, cumanya mencari dan terus mencari agar diterjemah kepada amal yang lebih muntij.

merancang. dan merancang. tapi sukar sekali melaksanakan.
alhamdulillah, kesayangan tidak punya masalah.

tapi, fikrah yang ingin disampaikan, belum lagi terbumi pada hati mereka (mungkin?)
Allah. T_T 

mungkin aku lupa. mungkin aku yang kurang meminta. mungkin aku yang belum suci, hingga doa-doa itu sukarnya untuk Dia tunai.

tau tak, harapan seorang murobbi itu, melahirkan seorang murabbi yang dapat melahirkan seorang murobbi yang lebih baik darinya, untuk meneruskan rantaian perjuangan rasulullah nih?

sedih.
bukan sedih dengan kesayangan hati.

tapi sedih dengan diri sendiri. sebab tak mampu, dan tak dapat lagi untuk menanamkan sebuah fikrah membentuk kefahaman dalam hati kesayangan aku.

kerap kali membandingkan diri dengan mereka.
rasa, gagal yang sentiasa muncul.

Allahu. tunjukkan aku jalanNya.
takut tau, tinggal setahun lagi di sini, tapi, murobbi impian aku tak bisa aku lahirkan lagi.

2:272. Bukanlah kewajibanmu menjadikan mereka mendapat petunjuk, akan tetapi Allah-lah yang memberi petunjuk (memberi taufik) siapa yang dikehendaki-Nya. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikit pun tidak akan dianiaya (dirugikan).

pujuk hati. dengan ayat Dia.
bukan untuk hidup selesa, tapi cuma mau lebih usaha.

 

Escapism.

melarikan diri, bukan satu cara terbaik untuk selesaikan masalah, malah mungkin menambahkan lagi masalah yang tersedia ada. 

nak lari mana-mana pun, jua tetap bumi Allah. 

***

“Jom ke Tanah Suci”. 

“Bukan tanah yang menyucikan hati manusia”. -Perbualan mereka 1400 tahun dulu. 

***

Melarikan diri, untuk mencari ketenangan jiwa?
Tenang tu, Allah yang bagi, bukannya dengan melarikan diri baru Allah kasi. 

Ke melarikan diri untuk berfikir? Mengambil masa beberapa tempoh yang ada?
Tapi, untuk berfikir, tak perlu hingga melarikan diri. 

***

cuma. nak jauh dari masalah yang ada. kejap. kejap je. Tapi yang Allah bagi peringatan ni, tahu apa yang dia buat tu, menzalimi diri sendiri. dan orang sekeliling. tapi hati ini kadang-kadang, jasadnya sendiri tak mengenali. 

Allah je yang kenal. Allah je yang tahu. 

***

End up, berkampung dekat sini. dekat rumah ni. Dekat tempat ni. 
Sehingga setiap orang yang bertemu hati ni, dalam rumah ni, bertanya:

“Eh, bukan awak dah balik sana ke?”

Hanya mampu melempar senyum. 
Allah jua lebih tahu penyebabnya.

***

Setengah benda, pada kita mudah, tapi orang fikir rumit.
setengah benda pula, pada orang mudah, tapi kita pula yang fikir rumit. 

tapi, itu bukan petanda untuk kita pendam perasaan. 
hati itu bukan untuk simpan masalah, tapi simpan Allah semata. 
dan, macam mana nak simpa Allah dalam hati kalau berkecamuk masalah tanak selesaikan dan duk simpan dalam hati? 

***

“Akak, escapism wasnt a good choice to solve a prob, eyh?” me. 
“…..” her. 

“but seriously, right now, i just want to run. playing hide and seek. then come back hoping that my prob is settle.” 
“come here lah. run to masjid. preparing urself for ramadhan?”

***

Bangun tidur, hari jumaat, dengan kepala yang sakit. 
“Sakit kepala? tak cukup sujud kot qiyam tadi?” sisi hati. lagi satu. 

7:128. Musa berkata kepada kaumnya: “Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah; sesungguhnya bumi (ini) kepunyaan Allah; dipusakakan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya dari hamba-hamba-Nya. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa”.