2 ayat.

Bukan sekadar tsabat, tapi tsabat dengan kefahaman. 
Bukan sekadar bergerak, tapi bergerak untuk membina.

dulu minta doa agar tsabat, tapi sekarang kena ubah dah doa tu. agar tsabat dengan kefahaman. 

dulu juga minta doa, agar kaki sentiasa bergerak, ye, akhir-akhir ni baru sedar bahawa kita bukan sekadar bergerak, tapi kita bergerak untuk membina. 

kriteria generasi ta’sis itu: muntalaq bab 14. 

umat sedang sakit, kita nak main2 lagi?
kena hentam lagi dengan muntalaq bab 3. 

minggu lepas, barang hilang, habes licin tak jumpa. 
minggu ni, ada lagi yang hilang.

moga dosa hilang juga. 

 

beberapa cebisan rumusan

untuk 3 bulan. 

i) januari – bermulanya masuk sekolah. sekolah best, cikgu best. tapi yang best tak selamanya kan? lagipula, kalau indah sangat berpegang pada dahan kelapa dibuai bayu lembut memukau, alamak beberapa saat je dah jatuh. 

ii) februari. – macam-macam perkara, mukhayyam, cuti panjang tak balik kampung, sekolah ganti setiap sabtu, hantar asignment, tulis dan hantar draft 1: proposal, demam, emosi tak stabil nangis fikir pasal adik-adik binaan….dan segala benda yang tak habis kalau dibuat senarai. 

tapi aku belajar sesuatu, terasa Dia begitu dekat. Terasa bermakna setiap solat. Mungkin Dia nak ajarkan aku erti taqarrub. 

iii) March – masih minggu pertama. Pengalaman mengajar. Aku, tak suka marah-marah. tapi keadaan memaksa. dan end up stress dengan budak-budak, stress ngan diri sendiri. lagi satu tambahan, mengajar kali ni tiada langsung unsur tarbiyah yang aku terapkan. Allahu. rasa berdosa ngan murid-murid. 

——————————————–

cuma satu aku harap,

Allah bagi lagi peluang masa lapang. 
Allah bagi peluang masa sihat.
Allah bagi aku rasa untuk untuk terus tsabat.