Sentap 1: Kalau tak kerana kesabaran seorang murobbi tu, mungkin dah lama murobbi awak tinggalkan awak. So, kiralah sebanyak mana sabar awak terhadap murobbi awak kalau sikit-sikit nak frust. Sikit-sikit nak frust. Apa kessss.

Sentap 2: Dakwah dan tarbiyyah ni dah banyak mengeluarkan tenaga, duit, masa, usaha untuk membentuk seorang mutarabbi yang boleh membentuk mutarabbi yang lain. Agak-agak diri tu rasa lemah, rasa nak berhenti, rasa penat, tanyalah balik pada diri, semua yang dikorbankan untuk membentuk seorang diri awak tuh, berbaloi atau tak? heh?

Sentap 3: Setahun ikut tarbiyyah dengan perjalanan yang betul, sudah mampu menghasilkan seorang yang boleh bergerak. Bukannya tak pernah dengar lagi Shahadatul Haq kan? So, kalau diri awak tu tak bergerak-gerak lagi, maknanya tak faham-faham lagi lah tuh kenapa awak ikut tarbiyyah.

Sentap 4: Orang yang ditarbiyyah, mana ada buat sesuatu perkara untuk tujuan suka suki sagu hati dik oii. Dah lupa ke KI (Khalifah/Ibadah) yang awak dengar berpuluh-puluh kali dah dalam Ini Story Kita sejak awak mula-mula ikut tarbiyyah lagi?

Sentap 5: Redha itu pahala, tak redha itu jawab sendiri dengan Allah.