anak-anak tahun 1

bismillah.

tahuni, ditaklifkan oleh Allah (yang pastinya) melalui GB (read: guru besar) untuk ajar tahun 1. Fuh fuh. dan ajar pula bahasa melayu.

susahnya ya allah. bukan nak cakap mereka tu susah faham, tapi how to deliver the message everyday dengan bahasa yang mereka faham. dan how to make sure, kefahaman hari ni, tak hilang pada esok hari. dengan keadaan kelas tengahari yang motivasinya hanya untuk balik.

Engkau je yang tahu kan Allah? ;’)

Setiap hari mesti rasa berat, rasa susah, rasa demotivated. sebab tak tahu cara. everyday mesti jumpa cikgu-cikgu lama tanya hari ni ajar apa, ajar macam mana, murid2 yang tak grab cater macam mana. everyday. pernah je la nangis sebab rasa fail. rasa teruk. rasa useless, helpless,hopeless.

anak2 tahun 1 ni, tulis tarikh dan hari pun perlu diulang ulang berkali-kali. selang tak selang perlu diberitahu dan ditunjukkan seorang demi seorang. and, what did u feel when, the thing that u already show, teach, write, but somehow they like tak grab pun? tak masuk lagi anak2 yang tak fokus langsung. hanya akan fokus bila saya tanya:

“sape nak balik hari ni? kalau nak balik kena buat ape? sape bising maksudnya ape?”

barulah kelas tu akan bunyi suara. semangat. tapi in 15 minit sahaja. the rest, is history. fasa awal persekolahan. jadi cikgu tahun 1, then u know how hard it is untuk merendahkan bahasa kita, sikap kita, hati kita, just to make sure, the message is delivered.

sama juga. dalam dakwah. fasa awal. fasa taarif. fasa pengenalan. Mengenalkan mad’u dengan islam yang sebenar…

susah. bahasa, cara, interaksi, semua kena berhati2 agar tak jadi penyebab mereka lari dan ada mindset, islam ni teruk. padahal, pelakunya yang tak cukup syumul.

acap kali juga menangis sebab rasa helpless, rasa hopeless, rasa susah untuk bagi orang rasa dan faham. (hakikatnya, lupa bahwa kefahaman tu Allah yang bagi.)

kita yang kena banyak pergi pada mereka, macam tahun 1. they dont really want to study (some of them) tapi bila kita duk sebelah dia, fokus nya kemain. tapi 30 orang kottttt….akan ada banyak benda salah yang diorang akan buat. dan kadang2 saya rasa kejam, bila kerja dah siap tapi sebab salah huruf besar huruf kecil, saya minta diorang padam balik. dah buat sesiap, suruh padam balik sebab tulisan tak cantik. kesian. tapi sebab nak mendidik. kalau foundation tak kuat, bila meningkatnya mereka nanti, banyak benda nak kena betulkan. sedangkan kefahaman makin perlu ditambah, dan makin banyak yang mungkin sukar diterima akal.

photo_2017-04-05_22-31-06

kita yang kena banyak tunjuk sambil cakap. tunjuk kena lebih banyak dari cakap. satu persatu, dan kadang ada je la rasa tak cukup sabar. rasa tertanya-tanya bila adik yang kita rasa dah mula nampak tarbiyah tu, tapi akhirnya dia yang paling mencabar.

Menurut As-Syeikh As-Syahid Mustapha Masyur dalam buku beliau iaitu “JALAN DAKWAH”, beliau menggariskan tiga marhalah dakwah ataupun tiga peringkat dakwah yang utama iaitu : 1. Peringkat Taarif 2. Peringkat Takwin 3. Peringkat Tanfiz

Marhalah Ta’rif ataupun peringkat pengenalan dihuraikan sebagai marhalah propaganda, memperkenalkan, menggambarkan fikrah dan menyampaikan kepada orang ramai di setiap lapisan masyarakat. Perlu difahami term masyarakat itu tidaklah merujuk kepada satu masyarakat yang besar seperti gambarannya adalah suatu negara mahupun negeri atau daerah. Masyarakat juga boleh difahami sebagai golongan manusia yang berada di sesuatu tempat yang hidup dalam suasana yang sama sebagai contoh masyarakat kampus yang majoriti utamanya adalah golongan pelajar. Maka penyampaiannya adalah berbeza dalam setiap lapisan masyarakat.

kuncinya adalah SABAR.

dan tidaklah menidakkan, fasa takwin, fasa tanfiz tu tak penting. sebab…..

“Likullim marhalatin rijaluha wa likullim marhalatin masaakiluha” (Setiap marhalah itu ada rijalnya, setiap marhalah ada masalahnya – Ust Rahmat- “Sang Murrobi”).

setiap fasa ada mujahadahnya tapi pada titik yang berbeza, maka bersabarlah. 

Sabar merupakan perintah Allah S.W.T. “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan shalat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah: 153).

sabar dalam ketaatan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s