Bismillah.

Minggu lni, serasanya akan berkisar tentang benda yang sama. Dan semalam, saya meminta waktu yang berdua, dengan murobbi. Mencari suara untuk berbual. Berusaha membuka ruang, untuk orang lain.

Jujurnya, saya bukanlah orang yang pandai bercerita. Cerita saya berbelit-belit. Sehinggakan duku ada satu saat terasa yang, cukuplah bercerita. Orang makin tak faham.

Kemudian memilih medan ini. Agar segalanya lebih tersusun.

“Akak, saya tak tahu nak mula dari mana. Akak tanya je, saya akan jawab.” Permulaan kepada perbualan itu. Walaupun saya tahu, dia cukuo faham dengan cara saya.

Perbualan dalam kereta itu, melegakan sedikit.

“Jangan prnah compare diri kita dengan orang. Apa yang kita nak buat sekarang dan sedang buat adakah apa yang awak nak tunjukkan pada Allah. Dan takde istillah lambat atau cepat. Kalau Allah lorongkan jalan itu, d2ngan c2pat, maka cepat la. Kalau allah lorongkan lambat, maka lambat la. Cuma, kita perlu tanya diri kita btul ke kita dah buat habes baik? Kalau dah all out, pedulikan apa orang kata. Teruskan dengan apa kita buat. Mungkin ujian untuk awak pada saat ini adalah untuk jadi firm dgn apa yang awak faham.”

image

berusaha. Bermujahadah.