bismillah.

ada satu ketika, kita rasa penat sangat dengan kehidupan yang kita lalui, rasa tak focus, rasa serabut, rasa berselirat, hingga kita rasa kita nak stop dari buat semua benda.

erm, buat ke? ke ayat lagi tepat, dasri fikir pasal semua benda?

dalam keadaan yang kacau tu, kita cuba nak lari, kita cuba nak cari kehidupan yang kita rasa kita nak, kehidupan yang kita rasa kita bole cope, kehidupan yang kita rasa tak serabut.

tapi rupanya…

jauh mana kita lari, jauh mana kita pergi, hakikatnya kita masih berada di dunia. bukan lagi negeri abadi, syurga yang menanti. untuk apa lah diciptakan syurga dan neraka kalau hidupnya kita di dunia penuh dengan jalan yang indah dan mudah?

perlukan mujahadah itu?
tak wujudkah sebuah putus asa itu?

beberapa hari ni, saya mengalami semua fasa itu. serabut. berselirat, kacau. rasa nak lari.dan lari pun.hampir aksiden. emosi+alone+driving is not a good combination.  rasa down. putus asa. hingga muncul perasaan dalam diri, ‘aku ni hidup masih bertuhan kah?’

dan sehari ini, in denial state. tak tahu nak denial dengan apa. tapi rasa hati pada satu sisi sangat bermujahadah, dan pada satu sisi yang lain sangat nak rebel.

mujahadah tu tak mudah sayang, sebab tu nak dapat syurga tu susah. bangun, mandi bersih2, solat dan tilawah tadabbur. cari balik hati.  – mesej masuk.

kaki melangkah mengikut perintah. tiba waktu tilawah, quran yang bertanda bacaan terakhir berada di dalam kereta, maka guna sahaja quran dalam bilik dengan mengagak bacaan terakhir pada surah az-zumar. surah ke tigapuluhsembilan.

tiba pada ayat ke53.

“katakanlah (wahai Muhammad): wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah!, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Kalaulah,

Allah masih tak berputus asa pada kita,
orang sekeliling masih tak berputus asa pada kita,

kenapa kita, boleh berputus asa pada diri kita?

#fafirrul ilallah. berlarilah, menuju Allah. selagi ada masa.