Entah sejak bila meninggalkan ruang ini yang dulu digunakan untuk meluah rasa dalam hati. Kembali, untuk terus mencoret agar aku boleh melihat, aku yang hari ini lebih baik dari aku yang dahulu.

Harapnya.

Lembaran pertama tulisan yang tercatat dalam buku ini, membawa refleksi kepada diri sejauh mana hati ini terikat pada dunia. khususnya pada manusia.

Sedang berusaha untuk membetulkan kembali hati yang terikat kuat pada manusia. Yang aku sedar, ia bukan sebelah pihak, iaitu bukan pada pihak aku sahaja, tapi pada pihak lagi satu.

Berusaha untuk meletakkan segala kecintaan dalam hati itu, hanya pada Dia dan dalam masa yang sama, memaksimumkan nilai ukhwah yang kami rasa, kerana Allah.

Kata murobbi, bukanlah hubungan itu yang perlu diputuskan, kerana pastinya hubungan yang Allah jalinkan ini, pastinya ada sesuatu manfaat yang Allah nak kami ambil.

Mungkin kerana terhijab oleh keindahan ukhwah yang disuntik oleh virus yang menyebabkan kami begini. Allahu.

kata YM dalam tulisan ni, manusia ni, Allah ciptakan fitrahnya sukakan sesuatu yang kekal. saat kehilangan datang bertandang, manusia ni akan rasa sedih sangat. kerana perasaan dan harapan agar apa yang hilang, akan terus kekal. sedangkan Allah ciptakan dunia ni, bersifat sementara.

sangat contradic dengan sifat yang hati kita nak tu.

untuk hidup dalam keadaan bahagia tanpa derita, letakkan lah cinta tu pada tempat yang sepatutnya. bukanlah bermakna perlu hilangkan cinta pada manusia tu, tapi letakkanlah pada tempat yang sepatutnya.

janganlah kerana cinta pada creation menyebabkan terubahya cinta kita pada Creator. sedangkan selayaknya cinta itu untuk Creator, bukan pada creation.

saat membaca, aku bertanya pada diri, bagaimana nak pastikan cinta kita pada creation tak melebihi cinta kita pada Creator?

soalan tersebut menyingkap ingatanku terhadap perbualan dengan murobbi di tengah pekat malam saat hati hati yang lain sedang enak beradu.

TAK KENAL MAKA TAK CINTA.

sebagaimana dengan kenalnya aku dan dia yang membawa kepada hubungan yangsangat erat ini. sehinggakan orang yang pertama kali bertemu kami pernah bertanya, “you berdua ni, bestfriend ya?”

aku bertanya kembali, ‘kenapa akak cakap macam tu?’

jawapannya, “sebab boleh lihat, boleh rasa aura tu.”

sehingga ke saat ini, masih berusaha untuk meletakkan hubungan ini ditempat yang sepatutnya. dan cita-cita kami, untuk hidup serumah di syurga nanti.