bismillah.

musim-musim sekarang, musim exam. musim study. musim susah nak ajak untuk usrah (mutarabbi yang belum cukup kefahaman). Musim kritikal yang menuntut masa untuk di luangkan pada belajar. 

kemudian, masuk dewan exam, mula dengan derap langkah kaki kanan diikut mulut kumat kamit membaca sebanyak mungkin doa selagi mampu. mengharap agar dipermudahkan menjawab semua persoalan yang timbul. dan ditimbulkan. 

keluh kesah.
tenang setenangtenangnya. 

sama ada semua yang dibaca muncul dalam kertas soalan, atau sebaliknya. dalam pada itu, mulut belum berhenti. sama ada menyebut ‘hish, tak masuk pulak apa aku baca ni..’ atau ‘ya Allah, permudahkan. susah atau senang, hasil Engkau yang tentukan, ive done my job with studies. sekarang masa untuk aku bertawakkal.’ 

mengharap dan meminta agar si punya kuasa memberi hasil yang terbaik yang patut diperolehi seiring dengan banyaknya usaha yang dilimpahkan. tapi….

sayang. keputusan yang diperoleh mengecewakan amat. bukan sahaja tidak cemerlang, malah gagal terus! 

dipersalahkan segalanya. soalan yang susah, kawan yang tak membantu. dewan yang sejuk. otak yang pelupa. perut yang lapar. sedang dia lupa bahawa orang beriman itu beriman dengan qada’ dan qadar. sepatutnya sedar bahawa takdir itu di dalam kuasa Allah, maka Allah kata kun, maka jadilah. tidak kira berapa banyak usaha yang telah dicurahkan. nasib mulut tak sempat menyebut, ‘sia-sia je aku study bagai nak rak.’

mungkin neraca kita yang salah? pada rasional kita, siapa yang usaha, pasti berjaya. tapi kita lupa, bahawa kita beriman yang Allah memegang takdir kita. bukan usaha kita. 

teori usaha tangga kejayaan itu, teori yang lapuk. seringkali manusia menyatakan Allah tidak adil berdasarkan keputusan yang diperolehi tidak setimpa dengan usaha yang dicurahkan. mungkin kita lupa, neraca pertimbangan kita sememangnya salah? 

logiknya, siapa yang berusaha, pasti akan berjaya. tapi bukan semudah itu definisi kejayaan bagi orang beriman. pada pandangna masyarakat, orang yang berjaya orang yang dapat hasil yang terbaik, tapi pada pandangan Allah, orang yang berjaya adalah orang yang berusaha. 

kita dihitung berdasarkan apa yang kita usahakan. bukan pada hasil yang kita curahkan. pahala Allah kasi berdasarkan effort kita, bukan hasil kita. bukanlah bermakna kita tak perlu bersungguh-sungguh, itu konsep tawakkal yang salah. tapi kita kena letak pada akal kita bahawa, ‘apa sahaja yang aku dapat, moga semua itu tak melunturkan iman aku pada Mu.’

it’s okey as long as u put ur effort on it. 
it’s okey. 

=)