hari ni alhamdulillah Allah bagi peluang untuk duduk dan berhenti sejenak untuk berfikir, merancang tentang macam-macam untuk tempoh setahun ni. Crucial time saya agak.

merehatkan sebentar kepala, saya menarik buku fathi yakan. bukan yang agak famous, dan rasanya kebanyakan orang memang akan kenal buku nih. Apa Erti Saya menganut Islam. Randomly picked, terbuka muka surat 88. 

——-

ok, rasa yang sangat skema. haha.

ikutkan, manusia ni, ada 3 jenis. 

jenis yang pertama, bila dia buat salah, dia memang buat tak tahu, takrasa apa dan buat donno. tak kisah sama ada salah dia dengan manusia atau salah dia dengan Allah. tapi of course, nak highlight part salah dengan Allah. Sebab rasanya, part salah dengan Allah yang jarang orang nak ambil kisah, melainkan ditiup oleh aura hidayah. 

orang jenis macam ni, kalau ikut buku tu, merujuk kepada orang-orang kafir. Orang yang lterlau mengikut hawa nafsunya dan ignore apa sign yang Allah kasi. ini, orang yang bermasalah. 

jenis yang kedua pula, orang yang buat salah, tapi cepat sedar, cepat minta maaf, cepat taubat.hah, nak qoute dari buku ni, lagi best dia tulis. 

golongan yang kedua ialah golongan yang berjihad melawan dirinya, bertarung memerangi hawa nafsu mereka. Kadangkala mereka menang, dan kadangkala mereka kalah. Apabila mereka tersalah, mereka bertaubat, apabila mereka melakukan dosa, mereka menyesal dan memohon keampunan daripada Allah. (pgs. 90)

dalam surah ali-imran, ayat 135,  Allah cerita pasal benda ni. Allah menghulur harapan bahawa buat salah itu adalah normal, dan perlu untuk kembali balik pada Dia. mana ada orang yang tak pernah buat salah. sewaktu penciptaan manusia, malaikat dah bertanya awal-awal lagi, “kenapa nak ciptakan manusia yang akan buat kerosakan pada muka bumi? tak cukupkah kami yang sentiasa bertasbih memuji mu?” 

Tapi Allah kata, “aku lebih mengetahui.” 

sangat normal okeyyhhh untuk orang buat sesuatu kesalahan, tapi benda normal jangan jadikan tak normal pula. Sebab yang normal bila orang buat kesalahan, tapi dia tak akui kesalahan dia, dan tak minta maaf terhadap kesalahan yang dia buat. 

itu, memangggg sangatttt takkkkk normaallllll okeyh! 

So, besar mana pun salah kita, dosa kita, sila kuatkan hati untuk kembali pada Allah. Manusia akan bercakap-cakap, sebab mulut manusia itu takde penutup, bukan macam mulut tupperware, mulut botol air. 

erm. sambung pasal buku tu, siapa golongan yang ketiga? 

takyah sebut. takyah cerita. ini hanya golongan nabi. golongan yang maksum. golongan yang tak pernah buat salah, tapi amalnya takboleh nak dibanding langsung-langunsg dengan kita ni. kalah. ibarat kerak bumi dengan awan kot? iman yang rapuh, macam awan, kejap ada kejap takda. 

golongan yang ketiga, syetan pun surrender. huuhu.