alhamdulillah. belajar kali ni memang seronok. walau kadang kala muka kelam mata terkebil-kebil memandang pensyarah sedang kepala jauh terbang tanda fokus sudah hilang kerana tak faham apa yang dipelajari. 

Bicara firman-Nya:

20:124. Dan barang siapa berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

rugi orang yang dilalaikan dari menerima peringatan. Kadang-kadang, Allah bagi je peringatan tu, tapi kerana kesombongan sendiri, ditutup hati, telinga mata dan lisan untuk memahami, mendengar, melihat dan menyebut segala jenis peringatan yang diberikan. 

sedih. 

kerana akhirnya, Allah sendiri yang akan mengunci segala anggota dan deria untuk mendapat peringatan tersebut. 

naudzubillahi min zalik. moga kita tak tergolong dalam golongan itu. 

…………………………………

satu sebab yang membuatkan aku terasa seronok belajar kali ini, sentiasa muncul peringatan dari bibir mereka. kalau dilihat pada kulit luar buku, mungkin orang kata tak layak menerima peringatan dari mereka yang tak seaqidah dengan kita, mereka yang tak mengamalkan ajaran islam. 

tapi, tanya lah pada hati, apa yang kau lihat? pemberi nasihat atau nasihat yang diberi? 

hari ni, seorang pensyarah bukan islam membuat perbandingan kadar ketakutan manusia terhadap sesuatu makhluk antara muslim dan non-mus. Katanya, ‘pastilah kamu (muslim) lebih berani. banding dengan dia. sejak kecil lagi itu kamu doa. sembahyang. kalau dia kecil-kecil main saja. sekarang pula, kamu tiap2 lima kali sehari sembahyang itu pada tuhan, dia ini seminggu sahaja, kalau ikut logik, kamulah yang lebih berani.” aku diam memerhati. 

jeda seketika. kemudian dia menyambung, “apa mau takut? Tuhan ada, takut itu hiilang. Tiada kuasa lagi besar dari kuasa Tuhan.” 

aku mengangguk. 

dan itu bukan yang pertama kiranya untuk pengajian kali ini, ada beberapa lagi siri yang ada. dan, boleh dikatakan, peringatan itu sentiasa wujud, cuma mungkin sebelum ini aku yang kurang menghayati.