terasa sudah bermula cabarannya. bermacam perasaan bersimpul. umur yang semakin meningkat, juga mendebarkan. topik perbincangan rakan-rakan, mula meresahkan. sila faham sendiri. 

dan dalam perbincangan mereka, kadang aku bertanya sendiri, ‘macam mana kita nak tahu bahawa kita dah bersedia untuk melangkah ke alam lagi satu?’ 

………..

………..

………..

tutup tajuk. 

2014 bermula dengan beberapa kejutan. musibah. ujian. untuk orang-orang sekeliling. hanya mampu bertanya khabar dan menghulur doa aga dimudahkan segalanya untuk mereka. 

teringat tazkirah pendek ‘ibu’ pagi itu, “siapa sangka, silap yang kita buat 1 saat itu beri pengaruh besar dalam hidup kita?’ 

Allah juga yang tahu apa hikmah yang ingin diberikan. disangka baik musibah itu apabila hikmah tersingkap. aku, hanya mengirim sabar agar mereka-mereka tabah. 

tidak adil rasanya untuk menghukum manusia atas kesilapan yang dilakukan. dan tidak adil juga untuk mensisihkan mereka walau teruk mana pun salah mereka.