Ada seorang adik bertanya, “akak, macam mana kita nak lupakan kenangan yang menyakitkan kita?”

Berbalam-balam mata nak menjawab soalan ni, sebab diri sendiri pun masih struggle. tapi bila ditanya soalan tersebut, aku tau dia sedang berusaha untuk menjauh dari perkara-perkara yang buruk yang aku tahu kisahnya. 

soalan tu, ibarat macam soalan untuk diri sendiri. pain. 

tapi, dah jauh berjalan, takkan nak berpatah balik kenangan yang muncul hanya sekilas cuma? kan? tambahan lagi, tengah kemas-kemas bilik untuk pindah masuk MQ (Mifathul Qalbi-RI), tiba-tiba terjumpa pula benda-benda yang membawa aku jauh ke belakang. Seakan membawa hidup yang lama ke alam sekarang atau aku yang berpatah arah melihat apa yang aku dah tinggalkan. 

lebih mudah berbicara pada adik yang baru nak tempuh perjalanan itu, sebab, “been there, done that”. 

bukan untuk membuka kisah sendiri, tapi i tell when she in needs. dan memang dia perlu pada penguat iaitu tak lain dan tak bukan, Allah Pencipta Hati. dan for sure Dia lebih tahu bila akan dihilangkan segala kenangan yang bertanda di situ sini. 

dan no matter what, 

kena sentiasa ingat bahawa Allah akan uji apa yang kita nak buat, tambah lagi apa yang kita nak buat itu adalah jalan menuju kepada Allah. Hey, tellme, syurga tu mahal ke murah? =) Pain.

dan, bila kita kata, “yes, memang aku nak kejar apa yang Engkau redho ya Allah,” terusan hati diuji. Diuji dengan kenangan yang pernah wujud. malah mungkin diuji dengan dia yang pernah hadir mengganggu gugat hati. 

apa yang perlu dibuat? 

pergi pada Allah. gangguan tu takkan mendekat pada orang yang dekat hatinya dengan Allah. remember that? =) Pain. memang sakit. kita dah hidup berapa lama dengan keadaan tu? dan tiba-tiba nak tinggalkan macam tu je? itu harganya, tapi it’s worth. 

sebab kita ni hamba. hanya milik Dia. apa yang kita perlu, Dia akan kasi, nanti. cuma, perlu lebih sabar. sebagaimana perlunya untuk sabar nak dapat hidayah dan petunjuk. dan perlunya untuk sabar untuk berjalan di atas jalan hidayah dan petunjuk yang membawa kita kepada Allah. 

take a deep breath. dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.He won’t leave. =)