kita kata, kita nak masuk syurga,
tapi amal kita tak menunjukkan pun kita nak ke sana.

kita kata kita nak masuk syurga,
tapi kita tak pernah tanya macam mana caranya nak ke sana.

kita kata kita nak masuk syurga,
tapi bila diajak kita kata tak bersedia.

kita kata lagi, kita nak masuk syurga,
tapi kenapa kita ni banyak sangat memberi alasan pada Dia?

——-

kita kata kita tak suka kemungkaran berleluasa,
tapi kita tak pernah mencuba mencegah kemungkaran yang bermaharajalela.

kita kata kita nak mencari redha Allah,
tapi kita sentiasa buat benda yang Allah tak redha.

kita yang pelik.
kerap kali berkata-kata,
tapi tak pernah cuba membuktikan dengan kerja,
sedangkan nilaian Allah terhadap mereka yang praktikal,

maka, takkan kita hanya nak tetap dengan kata kita?

masa, tak pernah menunggu.
tangguhkan lah segala apa yang kau kata,
kalau bisa menangguhkan pertemuan dengan Dia.

cuba.