kerana Dia, tulisan ini tercipta. 

hampir sebulan aku di sini. jauh ke hujung negeri sembilan. seminggu berulang-alik 2 3 kali juga. mengambil nafas iman. untuk usrah sendiri. dan usrah adik-adik. 

masih diberi peluang untuk berada dalam keadaan duduk beriman saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran. masih lagi. alhamdulillah. 

tapi. 

ada waktunya, ada waktunya kering itu muncul. hidup di sini, aku suka. aku gembira. jauh dari hiruk pikuk suasana yang masih mencari rentak menyebarluaskan agama ini. aku aman sahaja di sini andai ditanya pada zahirnya. 

tapi batinnya. 

keras. kontang. kering tak bermaya. seakan merasai apa yang pernah akhawat yang jauh dipedalaman bercerita. seakan merasai apa yang pernah mereka rasakan. tapi pastinya aku lebih jauh beruntung. kerna aku masih lagi dipilih oleh Dia untuk kekal dalam bulatan iman. 

hurm. 

kata tulisan akhawat dan ikhwah yang ku skrol dari laman sesawang, memberi aku pengertian bahawa tarbiyah bukan hanya ketika dalam bulatan. bahkan tarbiyah yang sebenar itu, apabila aku masih lagi mampu beramal, dengan istiqamahnya disaat aku jauh dari bulatan. 

kerana, makin lama dalam jalan tarbiyah ni, kita akan makin faham, bahawa tarbiyah ini bukan bertujuan untuk membawa kita beramal saat berada di dalam bulatan, bersama akhawat tersayang, diperhatikan dan dibawah teguran serta nasihat murobbi, tetapi tarbiyah itu untuk membina iman kita kepada Allah saat kita kejauhan dari lingkungan iman. 

itu tanda kemenjadian tarbiyah itu. 

jauhnya skop perhubungan dengan manusia, bukan bermakna kita perlu jauhkan skop perhubungan dengan Allah. Bahkan, semakin jauh kita dari sentuhan manusia bernama murobbi itu, makin dekat kita pada Allah. kerana itu. tarbiyah sebenar. 

membentuk manusia yang memilik jiwa dan tarbiyah dzatiyah (tarbiyah dalaman) yang tahap menyentuh bulan. 

mencari sendiri solusi supaya iman berada di paras paling atas. 
sebab, kebergantungan hidup kita hanya pada Allah. 

tapi bukanlah bermakna tidak normal untuk iman itu jatuh disaat kita jauh, cumanya solusi perlu di cari dengan pantas, agar hati tidak menunjukkan tanda selesa dengan kejatuhan itu. 

teringat suatu ketika dulu, bersama murobbi berbual dan bercerita hati yang tiada rasa walau amal dalam mutabaah segalanya disetel. jawapan aku waktu itu, 

“bila rasa setiap amal itu hilang rasa nikmatnya, saya akan kurangkan sedikit amal-amal sunat.sebab nak dapatkan balik rasa itu bila buat semula.” itu, pandangan waktu itu. yang saat baru nak belajar mengangkat kaki untuk bertatih. 

sedangkan sepatutnya, makin hilang rasa basah, makin bertambah amal. supaya hati tak nikmat dengan kefuturan sendiri. 

bila rasa kering, carilah sebanyak mungkin cara supaya ia kembali basah.kerana hati yang kering itu, hati tanpa emosi. hati yang hampir mati. 

dan pintalah sungguh-sungguh kekuatan dari Dia walau waktu itu hati lemah melampau. keep on. moving dengan doa. kalau tak mampu sangat. kalau tak mampu sangat. kalau tak mampu sangat untuk move dengan langkah kaki. 

kerana kita ni tak memilik sebarang kekuatan pun.