kembali ke sekolah.

minggu ke dua aku di sekolah. subhanallah bahagia tengok muka innocent kanak-kanak. hilang rasa marah, hilang rasa tension.

cerita 1: murid tahun3

“cikgu, bulan puasa syaitan kena ikat kan? dia kena ikat pakai tali apa? kena ikat kat mana?”

“Bagus soalan kamu, tapi kan anak-anak, soalan jenis macam tu, Allah je yang tahu jawapannya. cikgu, tak tahu. dan, kalau kamu jumpa jawapannya, bagitahu cikgu.”

“cikgu, bulan puasa ni ada hantu cina tak?” -Alif (rumah depan kubur cina)

“Hantu tu apa? (jin). Jin tu apa? (syaitan). Jadi, kalau syaitan kena ikat, maknanya hantu cina ada ke tak?” membiarkan mereka berfikir sesaat dua saat sebelum dijelaskan dengan lebih detail.

“cikgu, bulan puasa ni, syaitan dah kena ikat, tapi kenapa orang jahat ada lagi?”

Aku mengutarakan kembali soalan. “okey, siapa yang tahu kenapa orang jahat ada lagi walaupun syaitan dah kena ikat?”

“Sebab, yang jahat tu manusia cikgu. bukan syaitan. syaitan buat keja dia je cikgu. Kita kan manusia, ada jahat. ada baik.” antara jawapan yang paling bijak. dan, aku membiarkan jawapan tersebut di hadam orang rakannya yang lain.

“cikgu, bulan puasa ni pintu neraka tutup rapat, pintu syurga buka luas2 ye cikgu? Aku mengangguk sekilas. membiarkan mereka bermain-main dengan soalan-soalan yang muncul dalam kepala.

“untunglah kalau mati sekarang kan cikgu? boleh masuk syurga terus.” Afiq mengeluarkan hipotesis.

“kalau macam tu, kita bunuh diri je lah weh. boleh masuk syurga terus.” Afiq menyambung kata.

“haish. kejap, sebelum nak bunuh diri, cikgu nak tanya, bunuh diri tu boleh ke tak?” penuh berlumba-lumba mengangkat tangan.

“tak boleh cikgu. Allah tak bagi.” dan beberapa jawapan lain yang tidak ku ingat. 

“Hah. betul pun. bunuh diri haram. haram tu berdosa. Allah tak bagi. kalau kita buat apa yang Allah tak bagi, apa akan jadi?”

“masuk neraka cikgu.”

itu cerita tahun 3. mereka yang baru nak membesar.

aku agak sensitif bila lihat kanak-kanak yang punya curiosity tinggi disekat soalan2 nya hanya kerana si dewasa penat melayan. 

jangan dibunuh soalan itu,
kelak nanti membesar tanpa berfikir.

kerna waktu kecilnya sudah ditutup akalnya untuk berfikir.

“wahai kanak-kanak. kamu itu masih suci. moga membesar boleh menyucikan yang lain.”

Advertisements

One thought on “kembali ke sekolah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s