agak pelik, bila pergi masjid tengok ramai duk bergumbira seronok bergambar dengan masjid instead of masuk dalam tu and iktikaf or do something untuk menambahkan iman?

dan agak pelik juga, sekitaran masjid putra di waktu hampir tengah malam, masih ramai yang bersukaria di hadapannya instead of mengejar dan memaksimumkan waktu2 seputar ramadhan ini?

ada juga beberapa perkara pelik yang lain.

bila baca quran, berlagu, bertarannum, bertajwid, tapi bila diminta ceritakan kisah2 alquran, gagal?

ada satu kisah, seorang kakak di selatan ireland, menyambung pengajian dalam bidang perubatan. alkisah, tertangkap oleh tarbiyah. maka kesedarannya untuk mendekatkan balik dirinya kepada Allah.

salah satu caranya, belajar bahasa arab untuk memahami alquran. untuk memahami alquran.

maka, waktu itu, dia punya seorang teman, asalnya dari kuwait, berbahasa arab komunikasinya di tanah sendiri iaitu kuwait. sebelum mula belajar, si teman meminta dia untuk memilih mana2 ayat untuk dipelajari bahasanya.

bismillahirrahmaanirrahim.

kakak tersebut memulakan bacaan. sekitar beberapa ayat, si teman tersebut menangis.

“Kenapa awak nangis?” tanya kakak tersebut.
“Kenapa perlu awak nak belajar bahasa arab, sedangkan bacaan quran awak sudah bagus, sangat merdu?” sambil menangis temannya bertanya.

Tangisan kemudiannya berjangkit.

the rest is history. pandai2 faham sendiri. kalau tak faham, inbox, kita borak lebih.

sekian.