Pasar malam hari Khamis, di Desa Rhu. Mencari juadah untuk berbuka.

“Laila, nak ikut tak? Ke nak pergi sendiri? Pukul 6 kitorang nak pergi pasar malam.” Teman sebilik mengajak. Tapi rasa macam malas nak ikut. Sebab keinginan hati hanya roti boom. Kempunan seminggu lepas tak tertunai lagi.

Laila berpaling ke arah temannya. Mengerling sekilas sebelum kembali menghadap laptop nya yang hidup segan mati tak mahu. Mulut menyambung kata, “siapa lagi yang ikut Ina?  hurm rasa macam malas. Tapi nak tak nak kena beli makanan juga. kan? Okeyhlah. kau turun dulu, later aku turun. Nak siap jap.” Ina meninggalkan temannya yang sedang membetulkan tudung.

Di pasar malam…

“Banyak kau beli makanan? tadi macam taknak ikut. Alih-alih dia yang beli paling banyak.” Nurul bercoletah. Hujan renyai-renyai menangisi keadaan di Mesir barangkali. Juga di Palestin, lanjutan kejatuhan Presiden Islam, Dr. Morsi.

“Takde lah lapar. Tapi, mak aku suka minum air cendol nih. Ayah aku suka makan kuih nih. Ni pati soya anak-anak buah aku ngan abang aku suka sangat dengan ni. Kaklong ngan kakngah aku suka sangat dengan keropok nih. Takdelah banyak sangat pun.” Bibir Laila menyebut satu persatu.

Laila berjalan perlahan. Membuka kembali payung yang ditutup keluar sahaja dari kawasan pasar malam. “Laila, kau…..okey?” Lambat-lambat Nurul mengutarakan soalan.

Wajah diangkat. Matanya merah. Air mata, bertakung. Kepala kembali ditunduk.

“Aku. okeyh.” Perlahan, sangat. Hampir sahaja kedengaran esak tangis yang tanpa lagu itu.

“Huhu. Sori. Kacau mood. Sori.” Esak, masih kedengaran. Tapi esak yang cuba disembunyikan. Mungkin, dia masih dihantui bayangan lalu. Hidup dalam kenangan, tak mudah. Tapi entah sampai bila? Kesian juga. Yang merasa cuma yang memikul beban itu. Yang melihat, hanya layak memandang kesedihan tersebut tanpa memahami sedikitpun. Mungkin hanya tolak ansur yang melampau yang cuma wujud, yang turut sama memberi perasaan tersebut pada dia.

Kehilangan keluarga. Pasti sakit? kan?

“Ramadhan, dah nak dekat. Meh, kita doa banyak-banyak, supaya mereka tetap segar di sana. menunggu kedatangan engkau.”

“Moga dihimpun di Jannah, Laila. Moga. Moga.” Ina. dalam hati.

***

Rindu. Tak terhalang, moga menambah pahala. moga menambah doa.
moga menambabh juga taat pada mereka berdua. Di halaman tercinta.