“nak marah boleh tak?” Ain, tanya orang sebelah. Erm, bukan orang sebelah pun. tapi orang yang jauh beribu batu. seberang laut. bukan sabah sarawak. bukan juga indonesia. tapi, kawan yang jauh dimata, dekat di hati.

“kalau dengan marah, imanmu bertambah, maka silakanlah. tapi andai dengan marah, imanmu berkurang, maka elakkanlah.” Mesej dari orang sana diterima.

“Tapi nak marah sangat. sangat.” Air mata mengalir. Pintu bilik dah siap dihempas.

“Istighfar sayang. Syaitan lagi suka melompat-lompat tengok awak kalah dengan nafsu sendiri.” Ain menangis lagi. tak kuat. Dia rasa marah, tapi dia tahu, perkataan itu, ‘la taghdob.’. Tiga kali Rasulullah sebut saat seorang lelaki zaman itu mengeluarkan soalan.

“panas. baran. it is not easy my dear. so hard to let it go.” Ain membalas lagi mesej tersebut. Bukan mudah rupanya untuk seorang yang panas baran, mendidik diri menjadi seorang penyabar. Tudung labuh bukan pengukurnya. Hadis Marah yang dihafal juga bukan mudah untuk diaplikasi.

“dear, if you can’t, then, just let it be in your heart. but, just for a while. ONLY. atleast, jasad, akal terjaga dari marah tu, instead of u let it out. nanti tak pasal-pasal ramai sangat orang yang terkesan dengan tingkah marah tu. kan orang sabar itu, lagi kuat dari orang yang pemarah? Allah sebut kan…Dalam surah apa sayang? Saya lupalah.” Samsung Champ masih lagi berbunyi.

Ain mengambil Umar dalam backpacknya. Backpack, hadiah dari sana. Tahun lepas. Warna ungu.

“….Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu, niscaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang (yang sabar) di antaramu, mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir…” (Al-Anfal, 65)

Menangis lagi.

“Touche. Menangis.” Mesej dihantar pada orang jauh.

“Let it be. It soften your heart. it soften mine too.” Bunyi lagi Champ yang dipegang. Terlihat, keychain pada Champ. Juga, hadiah dari sana.

“Iloveyou dear.” Mata masih tak henti mengalirkan air. Sudah hilang marahnya. hati yang dilembutkan.

“Loveyou too. Marah tu, sifat syaitan. Marah, dibenarkan bila ia melibatkan akidah kita, iman kita. other than that, just let it go? atau, pendam dulu dalam hati, then let it go, later. jangan lama-lama. Rosak hati nanti. Merana saya kat sini tengok awak merana kat sana. Okey? gtg. Class. Assalamualaikum wbt.” Panjang berjela mesej terakhir untuk waktu itu. 

Membawa kaki melangkah ke surau usai sahaja kelas. tujuannya satu, menghalang syaitan bermaharajalela mengawal nafsunya.

biarlah, hanya diletakkan Allah sebagai Pelindung. Kerana Dia Sebaik-baik Penolong.

****

Ramadhan. Moga lebih baik dari tahun yang sudah.
Tapi, deep dalam hati, rindu juga tangisan pada ramadhan lepas.

manis.