“Al syuhh adalah sifat terlalu inginkan sesuatu hingga membawa kepada kedekut dan zalim” -muntalaq.

kedekut dan zalim.

terlalu inginkan pahala, sehinggakan kita melarikan diri beruzlah bersama Allah hingga membiarkan yang lain terus dalam kesesatan dan kehinaan.

kedekut dan zalim. kejam?

Sedangkan dalam qu’ran terang tang-tang Allah sebut, “Tidak akan memudaratkan mu orang yang sesat bila kamu telah mendapat petunjuk.”

“Siapakah yang akan memerangi musuh jika ahli ibadat itu mengasingkan diri dari masyarakat?” -muntalaq

kita, seronok buat amal. seronok buat ibadah. tapi, kita lupa untuk bersama orang lain juga, untuk berseronok membuat amal.

dan lagi teruk, “duduk pula di rumah-setelah beruzlah di masjid.” -muntalaq

mengosong tempat dari barisan perjuangan yang sepatutnya dipenuhkan untuk duduk bersenda gurau dan berseronok dengan keluarga.

“Ketahuilah, mana-mana orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun dia berada sebenarnya tidak dapat tidak telah melakukan kemungkaran, bila dia duduk sahaja di rumah ertinya dia tidak membimbing manusia, tidak mengajak mereka ke arah kebaikan. Walhal di luar sana, masih ramai manusia yang jahil tentang agama dan hinggakan tidak tahu syarat-syarat solat. Apatah lagi mereka yang tinggal di kampung-kampung pedalaman.” -Imam Ghazali.

kalaulah dengan keberadaan kita di rumah/(bilik?) orang yang ada di rumah/(bilik?) terkesan dengan dakwah kita, maka tidak mengapalah.

namun, yang menjadi masalah, bila mana keberadaannya di rumah/(bilik?) tidak memberi kesan langsung terhadap penambahan iman mereka yang berada sekitarnya. Lagi parah, memberi kesan lebih teruk, bukan sahaja terhadap keluarganya, tetapi terhadap dirinya sendiri.

sakit.

kalau para sahabat, kubur-kuburnya, jauh dari tempat lahirnya, kerana daei itu pengembara. mengembara mencari mad’u.

bagaimana mungkin, dalam bilik, dalam rumah bisa kita menyebarluaskan agama ini?

“hello, sekarang kan ada facebook, internet semua benda canggih manggih tuh…”

“sejauh mana keberkesanannya kepada individu tersebut?”

berikanlah yang terbaik untuk Allah. atau sekadar kita buat sesuatu hanya semata-mata kita nak lepaskan tanggungjawab syahadah kita?

mana follow up nya setelah kita menyampaikan agama pada mereka?

ke hanya sekadar kita berpegang pada “balighna walau ayat?”

******

sesi membakar diri. melepak di bilik. sebab takde kelas. robot. yang mati.