random. menunggu pensyarah di luar bilik. bukan, di luar dewan kuliah. di sebelahnya kolam ikan, dan pokok yang menghijaukan pemandangan. 

dia, di tiang sana. aku di tiang ini. jarak, hampir tiga meter. jarak yang selamat. Sepi. sebab, dia lelaki. 

“aku rasa, aku dah banyak sangat membazir masa. lalai.” random dia bercakap. takda angin, takdak ribut tiba-tiba keluar kata-kata itu. aku memandang pokok di hadapan. tanpa sebarang respon. 

“aku rasa game yang aku main tu, melalaikan aku sangat-sangat. tidur jadi lambat. bangun jadi lambat. lepas tu, kerja pun jadi tertangguh.” aku menelan air liur. game. dan lelaki. common. 

“ko main game ape sampai macam tu sekali? Game Pokemon? ke Adventure life yang ko tunjuk hari tuh?” (Pokemon Ruby, pokemon red dalam Gameboy Visual Advance yang diinstalled dalam lappy.) aku menguis-nguis kaki pada simen. awkward. 

“aku main game online.” game online. spm dulu. hurm. aku masih mendengar patah-patah yang dia keluarkan. 

“faham je. aku pun pernah main juga dulu.” Dia tiba-tiba terdiam.

“ko, pernah main game online? ko main game ape?” aku senyum sekilas. memejam mata. 

“game apa ko nak aku cakap? fiesta. ragnarok. yang ni yang sempat aku main sampai level berape entah. abang aku takdak kat rumah, aku pun dah time tuh spm, aku stop. tapi. hurm. macam ko cakap. melalaikan. banyak benda jadi tak setel. so, aku faham lah apa perasaan ko sekarang. dah terjebak, susah nak lepas, tapi, tengok, sama ada hati nak atau tak. Allah dah bagi perasaan tu. Allah dah bagi kesedaran. choose.” 

“ko pernah main semua game tu???” Terkejut. Entah. 

“tak perlu nak cerita apa yang kita dah buat. yang lepas, pengajaran untuk aku. berapa banyak masa dah dihabiskan untuk benda yang tak berfaedah. ko sendiri pun rasa kan benda tuh?”

tett. tett. bunyi mesej. henpong dia.

“jom ar masuk je terus dalam tu. Encik suruh masuk je.” 

perbualan, tergantung. 

************

hurm, setiap orang, akan pilih hiburan yang berbeza untuk hiburkan hati dia. setengah orang, mungkin dengar lagu, setengah orang, mungkin dengar quran untuk hiburkan hati dia. atau, main game. atau. entah. terpulang. suka hati. 

hiburan tak salah. Fitrahnya macam tu. 

tapi, hiburan itu, garam. hatihati. 

terlebih letak, kucing pun tak makan lauk tu walau itu ikan salmon. 
terkurang, pun tak sedap jugak. 

yang penting, ambillah selayaknya. 
selayaknya kita boleh ambil. 

dan, kalau boleh, carilah hiburan yang membawa kita kepada Allah. 
bukan sekadar memenuhi hati kita yang kosong tuh. hiburan. tak salah. tapi, terlebih boleh jadi tekanan darah tinggi. rosak buah pinggang. 

merana. 

47:36. Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.

 

kita, takda pilihan pun sebenarnya. Allah je yang patut kita pilih. 
sebab, for sure, akhirat nanti kita akan cari Allah juga kan? 

live hell or live well, 
we choose.