bila aku bercakap, bila aku menasihat. 
kebanyakkan apa yang aku pernah rasa.
kebanyakan, apa yang aku pernah lalui.

sakitnya jatuh. peritnya untuk bangun kembali.
bertahan saat diuji dengan benda yang sama, berulang-ulang kali.
sukarnya, nak tetapkan hati untuk positif dengan apa yang Dia takdirkan.

aku bercakap. aku bercerita, apa yang aku cuba dan tengah berusaha untuk buat.
aku yang kau nampak pada hari ini, bukan lahirnya begini.
ceritanya panjang. kisahnya panjang. 

aku, hanya ingin mengajak, membawa kamu bersama aku.
huluran tangan, bukan sekadar untuk menjarakkan kamu dari jahiliyyah itu, tapi, untuk mencari teman, berpimpinan tangan melangkah dan mengembara kepada Dia.

banyak kali, aku mendengar kau berkata, “awak tak rasa apa yang saya rasa…”

mana kau tahu? 

wajah menghadap bantal, sambil bercerita pada yang Esa. air mata tak henti mengalir. 
ada kau lihat? 

sama ada, kau nak, atau tidak. kau nak atau tidak.
andai kata, kau nak, kau akan hiraukan apa sahaja yang menghalang. kau akan hiraukan. kau akan hiraukan.

tapi, andai kata hati kau berbelah bahagi, hati kau meragui Dia, maka kau akan rasa susah. 
kau akan rasa banyak sangat halangan.

sisters. aku bukan bercakap kosong. 
aku cakap. sebab aku pernah rasa.

kau tak tahu. sebab aku tak pernah bagitahu. 
masa lampau, cukuplah untuk dijadikan pengajaran. 

aku yang kau lihat kuat, juga sedang berusaha. juga sedang bermujahadah. 
yang kadangkala jatuh tersungkur juga. tapi, kerna rahmat dari Dia, yang rebah bangkit dengan lebih gagah. 

sebab. Aku taknak jatuh lagi sekali. 

Image

 

kalau kau nak, Allah tunjuk jalan, kau akan pilih jalan yang Allah tunjuk tu. 
sekarang, tanyakan pada diri, kau nak atau tidak?