hari ini. 

“cikgi arrrr. saya rasa arrr saya mau punya kawan yang boleh borak-borak dengan saya arrr. boleh kongsi masalah dengan saya arrr.” kakak yang ngajar bahasa cina meja 45 darjah dari meja aku memulakan perbualan. masing-masing menghadap buku RPH (rancangan pengajaran harian.)

aku hanya memandang dia, kemudian senyum menggangguk dan mengiakan. Kemudian mengangkat wajah, dan menyambung,

“tapi kan cikgggiii arrrrr, saya masih tidak jumpa woo itu kawan…” Dia, mungkin jarak umur 10 tahun dengan aku. 

“ala akak, cari je sesape yang dalam bilik ni. Saya hujung minggu ni dah habis dah.” Seperti faham bahasa yang cuba disampaikan. Dia, pernah meluahkan masalah pada aku, dengan mata berkaca. 

sepi kembali bertandang. kipas jua pemecah sunyi. masing-masing tekun menulis rph. 

“cikgggiii arrr…you tada boyfriend ooo?” aku tersentak. senyum diberi sekilas pada nya. 

“akak, kalau dah ada, lama dah saya kahwin.” aku gelak. soalan random entah dari mana yang dikeluarkan. 

“betul wooo?” kembali menghadap buku rph. juga kembali gelak. 

****

bila tengok anak-anak murid yang hypernya bukan setakat pada tingkah laku, tapi juga pada mulut, pada tangan, pada kaki. sekali diejek, laju je tangan kaki menyinggah pada orang yang mengejek. mulut pula tak henti mengeluarkan kata-kata yang agak kasar untuk kanak-kanak seusia itu. 

bukanlah aku mengatakan bahawa kata-kata seperti (bang*ang, ba*i,) dan seangkatan itu tidak kasar andai terkeluar dari mulut mereka yang dewasa tetapi hemat aku adalah membawa kita semua berfikir, anak sekecil itu sudah menjadi rutinisasi mereka menyebut perkataan-perkataan sebegitu? 

Allahu rabbi. 

Aku ingin menyampaikan dakwah ini kepada janin di perut ibunya.

-hassan albanna. 

bila melihat anak-anak kecil itu, aku mula berfikir, tentang ayat 28 surah al-israa’  

janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu.

Jangan menghampiri, maknanya, jangan dekati pun. bukan larangan untuk terlibat, tetapi larangan untuk dekat. 

Betapa Allah nak kita jaga kesucian hati. kesucian hubungan. kesucian perkahwinan. dan kesucian keturunan kita. 

dulu-dulu mak ayah kita, perkahwinan adalah dibawah aturan keluarga. bercinta selepas nikah. muncullah kita. hasil perasaan yang muncul selepas nikah. 

kita, hasil perasaan dan hubungan yang muncul SELEPAS nikah. 

Hassan albanna kata, dia nak sampaikan dakwah tu pada janin dalam kandungan. dan ada salah seorang hamba Allah (ku lupasiapa dia.) kata, didik anak 40 tahun sebelum kelahiran dia.

faham tak? 

kalau tak faham, inbox. kita borak lebih. =D