kain putih, suci kan?

semalam, sesi mendidik anak-anak. tahun 4.

“okeyh, mari sini semua cikgu nak cakap sesuatu. minggu depan kita main bola sepak.insyaAllah.” aku mengukir senyum paling indah untuk mereka. bahagia mereka berkelakuan sangat baik pada hari itu.

“cikgu…cikgu..!”
“cikgu…cikgu…!”

berebut-rebut mereka mahu bercakap. aku membiarkan buat masa seminit.

“okeyh dah. sekarang cikgu yang nak cakap. awak senyap dulu. sape nak cakap, angkat tangan. kalau tak minggu depan takyah main bola. kita duk dalam kelas je. nak?” Tegas aku bercakap.

“woi, diam lah. nanti tak boleh main bola.” Hakim menjerit.

“okeyh, dengar cikgu cakap. Minggu depan kita main bola sepak. tapi dengan syarat. dengan syarat ye. kamu tak boleh main ganas-ganas, tarik-tarik baju tackle-tackle melampau. kedua, tempat dan kawasan saiznya cikgu yang tentukan. faham?” aku melihat wajah mereka satu persatu. bagai tidak puas hati.

bingit semua mahu bercakap. “okeyh diam. sape nak cakap angkat tangan, tunggu cikgu tunjuk dia dulu, baru boleh cakap.”

“saya.”
“saya.”
“saya.”

“okeyh, zikri, kenapa?” Pantas dia menyambung, “gol cikgu buat, kecik sangat. tak best cikgu.” aku memberi senyum. sekilas. “okeyh, kalau kamu nak gol luas boleh, tapi kita takyah main bola sepak, kita main permainan lain tapi yang pakai bola. dan kamu boleh buat gol besar mana kamu nak. boleh?”

“dah lah weh. nak main ke tak nak? ikut je lah syarat cikgu tu.” Megat bersuara.

“tapi cikgu, lagi satu, diorang main mulut celupar cikgu. kata orang macam-macam. pas tu ejek nama bapak saya.” aku menarik jari telunjuk ke bibir. isyarat untuk mereka diam dan memberi peluang aku bercakap.

“baiklah. dia kata bapak awak macam mana?” terdengar serentak mereka menyebut, “Nazmaaaaaannnnnn.” dengan hujung sebutan beroktaf tinggi.

“tengok cikgu. dia ejek lah.” terasa ingin tergelak. sebut nama macam tu je pun. Aku menarik nafas.

“okeyh okeyh. meh dengar kejap. cikgu nak tanya, orang ejek kamu macam-macam, kamu ada rasa sakit tak? ejek je kan? bukan tampar ke tumbuk ke sepak ke kan?”

mereka menggeleng. aku menyambung kembali kata-kata. “tapi ada yang kata bodoh cikgu. ada yang kata otak senget. ada yang kata babi lah.”

aku istighfar. pasti perkataan-perkataan sebegitu rutinisasi hidup mereka.

“okeyh, cikgu nak tanya, kalau orang kata kamu bodoh, kamu rasa kamu bodoh ke pandai?” serentak mereka menjawab, “pandai cikgu…” eh eh.

“jadi, kalau apa orang kata tu, salah ke betul ke, biar je. sebab kamu tahu kan kamu bukan macam tu. contoh, kalu Prakash kata kamu bodoh, dan kamu balas dengan kata dia bodoh, jadi siapa yang bodoh sekarang?”

“dua dua cikgu…” hah! pandai pulak.

“kalau kawan kamu kata kamu babi, cikgu nak tanya, kamu ni babi ke manusia? manusia kan? jadi, kalau kamu balas dengan kata kat kawan kamu babi juga, siapa yang babi sekarang?”

“dua dua cikgu.” eh eh. “tapi kalau tengok sekarang, kamu ni baby ke manusia?” lagi sekali, mereka menjawab, “manusia cikgu.”

“faham tak? kalau orang kata kita macam-macam, dan kita sakit hati, pastu kita balas balik kat diorang kata benda yang sama, kita ni samalah macam dia, betul tak?” bermain psikologi dengan mereka. nada suara aku masih normal. hati puas.

“betul cikgu. lagipun kan cikgu kan cikgu kan malaikat tengok kan cikgu kan…” lupa siapa nama dia, tapi aku masih ingat wajah innocent dia.

“betul. kiri kanan kita ada malaikat yang jaga. kanan ni, yang tulis semua benda baik yang kita buat. yang kiri tulis semua benda buruk yang kita buat. nanti kita mati, kita boleh tengok buku mana lagi tebal. kalau buku belah kanan lagi tebal, maka kita ni orang yang baik. orang baik, semua orang sayang kan? macam hari ni, kamu semua sangat baik hari ni, cikgu sayang.”

semua tunjuk wajah senyum. aku makin puas hati. alhamdulillah. alhamdulillah.

“okeyh, masa dah tamat, minggu depan kita pj lagi. tapi ingat pesan cikgu yea anak-anak yang baik ni.balik kelas, hati hati, jaga keselamatan.”

“baik cikgu. Ā assalamualaikum. ”

****

post agak panjang. sebenarnya agak panjang. tapi, aku singkatkan. kanak-kanak, perlukan perhatian. tapi sayang, persekitaran tidak memberi peluang untuk memerhatikan mereka.

kain putih, dicorak macam-macam, jadilah macam macam.