Pada suatu hari, berdekatan stesen komuter kajang, aku duduk di atas kerusi sambil menunggu seorang akhawat untuk datang menjemputku. untuk ke nothingham (bunyi macam jauh, tapi kat semenyih je.) 

menanti ketibaannya, aku membuka Furqan (nama quran aku bagi sesape yang tahu, saje nak cakap) menyambung bacaan bagi memastikan mutabaah amal part tilawah settle. Bacaan terakhir berhenti di Surah Al-Maidah, maka haruslah menyambung bacaan dari sana. 

Sedang asyik menikmati keindahan bacaan sendiri (masuk bakul angkat sendiri), datang seorang pakcik teksi. Muda tak muda, tua tak tua, tapi aku tetap nak cakap yang itu adalah pakcik. Berdiri di sebelah kerusi tempat aku duduk. Tiba-tiba dia bertanya, 

“baca quran dik?” Aku menjawab soalannya. Mad’u. Mad’u. Dalam hati aku mengingatkan. 

“Yup.” Aku melempar senyum padanya. Dia kelihatan berminat.

“Nampak ke dik? kecik je tulisan quran ni pakcik tengok.” Erm, memang agak kecik, tapi mata aku boleh consider okeyh dan sihat lagi alhamdulillah. 

“dik, yang tulisan melayu kat sebelah ni, apa?” woah. Dia macam berminat. aku sedikit teruja. Maka bermula lah bla bla bla aku pada pakcik tersebut mengenai quran. 

kemudian. tiba-tiba sahaja dia bertanya…

“surah al-maidah ye dik? apa maksud al-maidah tuh?” Aku, angguk dan keras secara tiba-tiba. Dalam hati juga bertanya sendirian.

“ha’ah. selama ni baca, tak pernah nak buat further study pasal quran selain dari dapat dalam usrah sendiri, dan baca untuk usrah adik-adik.” Hati aku membebel sendirian. 

Pakcik itu, dah berlalu. Tak sempat aku menjawab. tapi perjalanan dua hari itu sekitar kl dan menggunakan public transport, agak membuka pandangan aku. 

well. telan air liur. tarik nafas. 

banyak benda lagi kena buat. hati harus kukuh dengan Allah. sepatutnya, menulis kat sini pun tak sepatutnya menjadi satu habit, sebab ibarat kelihatannya aku tak mempunya sebarang kerja nak buat. 

tapi aku percaya, moment seketika cuma Allah bagi ini, untuk aku berkongsi rasa, kerna kadang-kadang dan selalu, apa yang kita tulis, ada orang perlukan. akan ada orang inginkan. 

***

Rasulullah pada zaman itu, dalam surah al-qalam, dikata gila, sebab dakwah yang baginda buat, kalau ikut zaman sekarang, takdak lagi orang kata aku gila sebab buat dakwah. 

aku jadi berfikir, “sudah all outkah kerja ku selama ini?”