late night conversation: 

awak taknak masuk SIPMA untuk squash? takde orang. Ada chance untuk menang. Praktis, then bulan April nanti pemilihan.” 

Senyap. 

Saya dilantik jadi Pengurus Keseluruhan Permainan. Kerja saya adalah memastikan bahawa setiap sukan ada atlitnya. bla…bla…bla...” sambungan bicara dari dia, aku dengar dengan teliti. 

Priority. 

Sayang cikgi. Kalau awak rasa awak boleh main, awak ada stamina, awak ada alat, go on. Nanti pemilihan untuk SIPMA awak mungkin terpilih. Cuba dulu.” Bicara nya tak terhenti setakat itu. 

Senyap bertamu lagi. Melepaskan keluhan nafas. Priority. Keperluan kehendak. Redha Allah. Abid khalifah. Semua, bercampur aduk. Adik-adik. Dan, satu perkara yang aku yakini, soalan dari mereka. Dan memang, aku tak punya alasan. 

“Saya, berminat. Tapi, saya takkan dapat bagi komitmen.” Jujur. Rasa lega, sedikit. 

Sebenarnya, kalau diikutkan dengan ada yang dah aku terima sepanjang hampir tiga tahun di tarbiyyah, tidak sepatutnya aku punya doubt sebegitu. Seharusnya aku yakin dengan apa yang dah Allah bagi pada aku. Tidak timbul sepatutnya isu VERSUS dalam hati. 

Sebagaimana semalam, Tag No. Adidas King Of The Road aku pandang sepi. 

Tidak sepatutnya aku timbulkan isu ini. Dan, bila diuji sebegini, baru aku sedar, bahawa ujian ini, sampai bila-bila pun takkan selesai selagi aku, tak berjaya hadapi. 

***

Bangun dengan bersemangat untuk sihat untuk d&t, aku bergegas ke court squash. Melepaskan lelah dan penat di sana. Seorang. Tapi hati merasakan bagai ada sesuatu yang melihat dan memandang. 

aku tahu, Dia ada di sana. Sedang melihat aku. senyum. =’) 

Image 

Rasa puas. Rasa segar. 

Alangkah baiknya, andai qowiy pada jasad dan fizikal, d&t juga qowiy!