selalu, saya tulis matang.

Perbualan semalam masing terngiang-ngiang. Dan juga kata-kata murobbi semalam juga masih segar. 

***
Tahun lepas, setahun yang agak mencabar. Banyak buat benda pelek. Pelek tapi masih lagi dalam norma orang islam. 

Tahun lepas, bila tension, stress dengan apa yang buat tak menjadi, saya akan lari. Menyepikan diri. Kerana saya takut, keberadaan saya tanpa suara bersama kawan-kawan menimbulkan rasa yang kurang senang pada hati mereka. Maka…lebih selamat dari sekejap. 

Lari jumpa orang lain yang faham masalah saya, atau lari menyembunyikan diri dari manusia dengan menikmati alam. sama ada di padang, di taman, di pantai. segalanya mungkin.

Bergantung kepada tahap ketensionan. 

Lari jumpa orang biasanya, saya akan lari jumpa mereka di FK, atau lari balik rumah kakak sendiri, atau lari pergi rumah murobbi. Tak bercakap, tapi jasad saya wujud di situ. 

zaman itu…

Maka semalam kami berborak dan tanpa sedar bercerita tentang tahun lepas. Makanya, dia bertanya pada saya, “Tahun ni, dah berapa kali awak pergi FK?” Sepi bertandang seketika. 

Baru perasan, dan baru sedar bahawa hujung-hujung minggu saya tahun ini, dan hari-hari sekolah saya, tiada waktu lagi saya ke sana. dalam tempoh sebulan ini. Seolah-olah, masalah-masalah yang pernah berlaku seperti tahun lepas, mampu saya hadapi, mampu saya terima. Walaupun banyak benda saya rasa saya kena buat, tapi rupanya banyak yang Allah mudahkan untuk saya. 

dan dia menyambung kembali perbualan, “maknanya, tahun ni, lebih matang lah eh?” Haha. Saya tersenyum dan tergelak. Mengimbau kembali definisi matang oleh mereka suatu ketika dulu.

“matang itu, bila kita kena uji, Allah datangkan dugaan untuk kita, kita tak cepat melatah. dan kita tahu, kepada siapa kita harus kembali.” Definisi Matang yang pertama. 

 

“matang itu, bila kita mampu bergerak, tanpa kita jatuh. dan andai kita jatuh sekalipun, kita mampu bangkit semula. Matang yang menggerakkan kaki kita untuk melangkah lebih jauh.” Definisi Matang yang kedua.

dan, dari peristiwa2 lepas, saya belajar, untuk lebih banyak ‘buat’ dari ‘cakap’. Stop complaining. Setiap benda yang berlaku pada saya, pada kita, dari sekecil perkara, hinggalah sebesar perkara, dibawah kekuasaan Allah. Elak macam-mana sekalipun, sesuatu perkara tu dah Allah takdirkan. 

Maka, hiduplah sebagaimana yang Allah perintahkan. iaitu Abid dan Khalifah. 

Kalau dulu, setiap perjalanan tarbiyyah diri saya, dari benda kecil, hingga benda yang besar, rasa macam sangat stress. kadang-kadang stress dengan murobbi, stress dengan usrahmates yang tak pernah wujud, stress takda daurah, stress takda orang yang faham saya kat sini, stress adik-adik tak berjaya dibentuk. dan macam-macam stress lagi. 

manusia, komplen banyak, buatnya tak kan? aha.

belajar. dari situ. maka, kita akan lebih matang. sebenarnya masih lagi proses. 

***
semalam, waktu usrah, taaruf untuk usrahmates baru untuk tempoh 4 bulan ke hadapan, “umur saya 22 tahun.” 

murobbi terkejut. Dia tanya, “dah 22 tahun yer? dah besar dah.” Telan air liur untuk perkataan besar tuh. 

dan hingga sekarang, saya masih lagi rasa saya seorang adik kecil yang perlukan kakak. 

***

saya cinta adik-adik saya, sebagaimana saya cinta murobbi saya. sebagaimana saya cinta jalan dakwah dan tarbiyyah ini. dan kerana cinta, ia akan meminta segalanya dari saya.