“Marah lagi pada akak?” Aku bertanya pada dia dihujung kerusi. Mata tak lepas dari memandang matahari yang menyilau. Syukur, ada penghadang pada mata. Dia senyap, tak terkata. Mungkin melayan perasaan. Bisik hati kecil ku. 

Aku menapak, perlahan menuju ke hujung sana. Menyedut vitamin dari matahari pagi yang memancar. Aku menoleh ke belakang. Dia masih pegun di situ. Tak berganjak sedikitpun. Mata bertemu mata. Menghulur isyarat pada pandangan itu. Kaki, perlahan ku angkat untuk melangkah. 

Setapak. Dua tapak. Aku menoleh lagi. 

“Tak nak ikut akak jalan-jalan riadhah di sekeliling taman ni?” Aku memancing suaranya dengan soalanku. Ternyata, dia masih lagi menyepi. Aku berhenti. Berpusing menghala ke arahnya. Dia bangun, berjalan ke arah bucu beranda. Bertenggek di situ, persis seorang pencinta alam. Ah, mungkin dia sememangnya pencinta alam. Bukankah perkenalan antara kami masih lagi singkat? 

“Awak kenapa senyap? Okey tak? Ke tak sihat?” Suara semestinya berbaur risau. Sepasang mata milikku masih tidak lari dari memandangnya. Matahari makin kuat sinarnya. Gaya menyokong peningkatan suhu dalam hati. Istighfar ternyata tidak melegakan aku. Mungkin, hati terlalu banyak mengumpul syaitan. Seperti aku agak, sepi bertandang lagi. 

Aku berjalan, meninggalkan dia. Jauh ke seberang sana melintasi jambatan gantung. Tenang melihat hijau di sekeliling. Tetapi, ketenangan itu tidak menjamah hati. Hanya bermain disekitar anak mata. Mentadabbur alam, beristighfar, cuba meredakan peningkatan tekanan darah panas. 

5 minit berlalu….

Aku, sudah berada di penghujung jambatan. Ternyata, ketenangan masih tidak muncul. Aku berpatah ke belakang. 30 minit tanpa sebarang titik pertemuan. Aku tahu, yang kurang itu pada hati aku. Mungkin kurang dari sudut diplomasinya atau tolak ansurnya. Atau, lebih jelas lagi, kesabaran yang setipis kulit bawang. Mungkin lebih tipis dari itu. Terbayang Titian Sirat menuju ke syurga. Halus dan kecilnya laluannya itu, yang mampu direntasi oleh mereka yang punya iman di dunia, untuk pelaburan akhirat. 

Terasa basah, pada tubir mata. Aku mengajak dia pulang. Tidak muntij perjalanan hari itu. Tidak muntij. Allahu akhbar. 

Dia, jauh ku tinggalkan dibelakang. Sesekali aku menoleh, mempastikan dia tidak terlampau terkebelakang. Menapak ke kereta. Humaira’ namanya. Sesuai dengan warnanya. Merah kemerahan. Bisu bertandang antara kami. Gear satu dimasukkan tatkala clutch kereta dipijak. Vroomm..Humaira’ meluncur laju, keluar dari perkarangan parkir Taman Botani. 

Aku mencari ruang dan peluang, untuk berbicara. Ku fikir, perjalanan hari ini, memberi peluang pada aku untuk bermuayasyah dengannya, tapi ternyata, ia tidak seperti ku harapkan. Kecewa.

Pulang, tanpa sebarang penyelesaian. Sama-sama diam. Diam aku mengawal perasaan dalam hati, diam dia, hanya Allah yang tahu sebabnya. Sepi, tanpa bicara. Hingga ke petang hari.

 

Buzz!

Ku pandang skrin laptop. Khubaib namanya, disebabkan oleh ketahanan terhadap suhu yang tinggi. Tak pernah sekalipun overheat, walaupun aku tidak menggunakan cooler pad. Tertulis nama Serikandiumar pada Skype yang berkelip-kelip. Kak Dira. Senyum pada bibir, menghilangkan resah pada hati.

Srikandiumar: Assalamualaikum wbt.😉

Bee_owl: Wkslm wbt. Akak! ^_^

Srikandiumar: Ape cer dating tadi?

Bee_owl: Haha. Gaduh. Erk, hampirlah. =_=

Srikandiumar: Apekah???

Bee_owl: Dah tu, duk senyap macam tu? Orang tanya tak jawab. Macam bercakap sorang-sorang. Alhamdulillah berjaya mujahadah tahan mulut tadi. Kalau tak….gaduh lah kot dalam kereta tadi.

Srikandiumar: Ya Allah…-_-

Bee_owl: haha. Entah apa kena. Biarlah dia nak merajuk pun. Kalau fikir ikut logik, tak padan nak marah berhari-hari sebab jaulah yang tak jadi tu.

Srikandiumar: Haha. Awak ni.

Bee_owl: Gelak pulak dia orang duk bercerita ni.

Srikandiumar: Berapa lama awak date dengan dia kat Taman Botani?

Bee_owl: Erm. Setengah jam.

Srikandiumar: Setengah jam je? Dari jauh tu pergi Taman Botani semata-mata nak kenal dia. Tup. Tup. Awak pergi setengah jam je?

Bee_owl: Dah tu, pergi sana tengah hari. Pukul 10 pagi. Matahari dah memancar terik dah. Kepala pun dah naik sakit dah.

Srikandiumar: Haha. Awak. Lucu. Cerita awak kurang menarik kot untuk pujuk dia.

Bee_owl: Huhu. );

Bee_owl: Okeylah, fine. Saya yang tak sabar. T_T

Srikandiumar: Tarbiyyah, Shida. Tarbiyyah. Tarbiyyah kan dalam pelbagai rupa, bentuk dan keadaan? Tak semestinya tarbiyyah tu waktu dalam usrah je, daurah ke, jaulah ke, rehlah ke. Tak semestinya dik. Kalau kita luaskan hati kita, nyamuk yang hinggap kat pipi tu pun boleh jadi satu tarbiyyah. Tengoklah pada cara kita memandang sesuatu tu.

Bee_owl: Dah banyak dah saya sabar. Kalau fikir ikut kepala sendiri, saya pun nak mengamuk juga. Tak boleh ke atleast bagi respon bila saya tanya?

Srikandiumar: Tarbiyyah, Allah nak bagi pada kita, ikut level kita. Tahap kemampuan penerimaan kita terhadap sesuatu tu untuk pembinaan diri kita. Allah nak uji tahap sabar awak dengan menjadikan dia sebagai perantara. Awak rasa awak dah cukup sabar, nah, sekarang terbukti, sabar awak masih tak cukup.

Bee_owl: Huhu.

Srikandiumar: Sabar tu kan, tak ada limit. Kalau ada limit, Rasulullah pun takkan mampu kot untuk sabar. Tapi Baginda buktikan, sabar tu tak ada limit kan?

Bee_owl: =.=

Srikandiumar: Kita nak menyentuh hati. Sebab tu perlukan hati juga. Kalau nak menyentuh tanpa hati, macam mana hati yang disentuh tu boleh tersentuh?

Bee_owl: Boleh, dengan kuasa Allah! Haha. =_=

Srikandiumar: Buat main. Lepas tu, nangis. Lagipun kan, awak betul-betul sure ke, dia senyap tu sebab merajuk jaulah tu cancel?

Bee_owl: Dah tu sebab apa lagi? Dengan orang lain dia boleh elok je cakap.

Srikandiumar: Never assume. Ask. It’s much more better. Kan selemah-lemah ukhuwah tu, berlapang dada? Kalau tanpa tanya dan selidik, awak dah assume macam-macam. Shida. Shida. Be matured.

Bee_owl: Okeylah fine lah. Saya yang tak matang lagi.

Srikandiumar: Eh, merajuk ke? Haha. Proses kematangan lah ni. Itulah tujuan tarbiyyah. Refleksi diri. Muhasabah balik diri. Adalah tu yang kurang dengan Allah.

Bee_owl: huhu. Jaga hubungan dengan Allah. Allah akan jaga balik hubungan kita dengan manusia.

Srikandiumar: Tahu pun! =)

Bee_owl: Dah asar kak. Baru je. Saya out dulu, assalamualaikum wbt. Jazakillahu khair katheera. Take care. Assalamualaikum wtb.

Srikandiumar: Aseefah jiddan kalau ada yang terkurang. Moga dipermudahkan urusan. Assalamualaikum wbt. Doa banyak-banyak ukhti.

Bee_owl: Insyaallah. Wkslm wbt.

Aku mengeluh panjang. Mengingatkan tentang ketidakmatangan pada diri, yang terlalu cepat melatah. Aku pandang pada dia yang sedang nyenyak tidur di katil sebelah. Lena. Hati memohon doa, Allah menjaga hatinya, dan memberinya kefahaman agama. Takut sekiranya dosa-dosa yang ada pada hati aku, menyebabkan terhalangnya dia menerima kefahaman dari Tuhan. Mungkin, titik hitam itu hanya kecil pada hatiku, tapi pada sisi Allah, ia sesuatu yang amat besar.

Esok. Moga mendung dihati berarak pergi. Mendatangkan pelangi walaupun hujan tak kunjung tiba.