Sebulan yang dikumpulkan. Mungkin cukup sebaldi andai air mata dikumpul. Terasa setiap saat Allah uji. Allah duga. dan aku, hanya ikut arus yang Dia takdir.

Cuma, kadangkala penat. tapi aku tahu, Allah tak uji kalau luar kemampuan kita.

### halal

“Apa yang antunna nampak dan terbanyak bila disebut ukhwahfillah? Mesti dah pernah dengar sebelum ni kan?” Kenyit-kenyit mata pada orang-orang dihadapan.

Round table (walaupun duduk bersila).

“bagi saya, ukhwahfillah tu, dalam satu perkataan, HALAL!” Dan aku terpegun dengan mulut tertutup.

Ukhwahfillah tu, ukhwah yang membawa manusia untuk sama-sama mengajak manusia kepada Allah. Hubungan persahabatan atas dasar islam yang mana sepatutnya membawa manusia untuk mengenali Alllah, bersama-samanya.

###Kopi

Image

rindu itu akan hadir bila: lama sangat tak bertemu mata bersulam kasih berbual mesra.
rindu itu akan terubat bila: suara bertemu suara atau mata bertemu mata atau kulit saling bergeseran.

dan rindu yang paling aku cari, bila rindu untuk sujud, menyembah pada Dia.

###hak

makin ramai orang dalam lingkungan diri kita makin ramai orang meminta supaya hak mereka dipenuhi. Dan memang, ruang kita dari sudut tenaga, masa dan uang sangat terbatas.

Tapi, kita cuba. Cuba sebaik mungkin untuk penuhi hak semua orang yang ada sekeliling kita, jauh atau dekat, rapat atau tidak, mereka ada hak ke atas kita.

melainkan…

kita bersikap individualistik!

###korban. 

manusia itu, akan sanggup mengorbankan apa sahaja, apa sahaja demi cinta. Demi cinta, segala pasti boleh! kerna cinta itu bukan kata nama tapi ia kata kerja.

dan kata kerja itu, menunjukkan perbuatan. Mana mungkin kita kata kita cinta tapi kita tak sanggup buat sesuatu perkara yang membuktikan cinta kita.

aku jadi berfikir…

mana mungkin kita cinta sesuatu kalau kita masih belum berkeupaya berkorban, dari sudut hati, perasaan, uang dan tenaga? ops, masa juga.

dan,

manusia yang cinta, tidak akan mengeluh dengan apa yang dah dikorbankan, walau banyak mana bahagian dirinya yang terkorban.