#buku

konon nak buat projek satu hari satu buku, tapi berat sangat, maka diletak satu minggu satu buku, tapi rupanya tak mampu juga. 

akhirnya, satu bulan satu buku. =D Habis juga bacaan Air Mata di Jalan Dakwah – Umar Hidayat

#bus

Semalam, mendapat jemputan untuk Konvesyen Penubuhan Sekretrariat Suruhanjaya Pencegah Rasuah. Bertolaknya pagi hari, 7.00pagi. Berbaju formal. 

Tengok pada bus, aku kecewa. “ingatkan boleh rasa naik bus baru.hurm. Takpelah, kurang-kurang bukan bus tata. bersyukurlah. Alhamdulillah.” 

makanya, bergeraklah ke Auditorium Institut Integriti Malaysia (IIM) untuk program tersebut. oleh sebab aku sentiasa kalah pada aircond, makanya diakhir-akhir mathurat, aku syahid. Tersedar jam 8.00pagi something. rupanya…

bus tersadai di tengak highway! =D 

dalam hati, “doa terkabul. Boleh naik bus baru.” Dan aku berfikir seketika, “nak dapat sesuatu, kena korbankan sesuatu.’ 

Makanya, menolaklah bus para bakal-bakal ketua keluarga. (sebab ada seorang lelaki tak turun untuk tolak bus.)

dan bas pun bergeraklah. dan menunggu bus baru hingga jam 10.30 pagi. akhirnya, kami membatalkan lawatan sambil belajar kami ke IIM.

Doa, punya kuasa besar, maka hati-hati dengan doa. tambah lagi doa orang yang dizalimi.